Sumpah setia Warisan 'tak laku', Warisan pula mahu saman Adun Sebatik
01:03 Mar 02, 2021  |  By SabahKini2
Sumpah setia Warisan 'tak laku', Warisan pula mahu saman Adun Sebatik

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata mahu menyaman Hassan tapi Hassan pula berkata Sumpah Setia Warisan tak sah dan tak laku.

Seperti tidak menerima karma bagaimana Warisan mencuri ADUN BN pada 11 Mei 2018 sehingga pembentukan Kerajaan Negeri secara rampasan kuasa daripada Tan Sri Musa Aman hari ini, Parti Warisan menggunakan tindakan undang-undang terhadap Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir, yang mengumumkan tindakannya keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas pada Khamis lepas.

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata Hassan sebelum ini berikrar setia kepada parti sebelum pilihan raya negeri pada Sept 2020.

"Belum terima (surat berhubung perkara itu) namun ada surat yang beliau tandatangan dan berikrar untuk setia kepada parti di hadapan peguam kita secara sukarela.

"Ketika beliau keluar, beliau masih ahli Warisan namun kami akan memastikannya dari segi tafsiran perundangan, kita lihat bagaimana nanti," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata Warisan akan mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan terhadap Hassan yang menandatangani perjanjian untuk setia bersama Warisan di hadapan peguam parti tersebut.

Khamis lepas, Hassan A Gani mengumumkan keluar dari Warisan dan kini menjadi Adun bebas selain menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah serta kepemimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri Hajiji Noor

Susulan insiden itu dilaporkan 6 lagi bakal ADUN Warisan akan keluar parti menyebabkan semua adun-adun itu panik dan serta menafikan mereka keluar parti.

[ARTIKEL BERKAITAN-Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS? ]

Tindakan Shafie Apdal dan Warisan mengadakan sidang media seakan membuat ugutan adalah untuk menunjukkan kepada adunnya apa bakal dilakukan oleh Warisan.

Bagaimanapun tindakan undang-undang sebagaimana dilakukan oleh UMNO BN sebelum ini yang ADUN dan Ahli Parlimennya keluar parti bagi tindakan undang-undang terus gagal hingga kini. Begitu juga saman oleh PKR kepada ahli parlimennya. Tidak ada undang-undang boleh menyekat wakil rakyat daripada melompat parti setakat ini. 

Apa jadi pada Datuk Jaujan? Tiada apa yang berlaku malah beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah

Ia juga apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan sebelum ini yang menarik semua MP dan ADUN BN menyertai PH. 

Sumpah setia Warisan ‘Tak laku’

Menyedari Hassan A Gani Pg A keluar parti memberi kesan kepada Warisan, hari ini Warisan juga mendedahkan video angkat sumpah Adun itu. Video angkat sumpah dan menandatangani Aku Janji adalah perkara biasa sebagaimana BN dan parti lain.

Sehubungan itu Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mengakui membuat sumpah setia tahun lalu dan mengganggap ia dibuat secara paksaan serta tidak sah

"Betul saya bersumpah tapi sumpah ini tidak sah kerana terpaksa.

"Sekiranya saya tidak bersumpah saya tidak akan dicalonkan.

"Saya sokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana rakyat di kawasan Sebatik," katanya

Skrip video berjanji setia, menandatangani surat peletakan menjelang pilihan raya negeri Sabah pada 26 September merupakan sebahagian daripada elemen memaksa wakil rakyat. Jika dalam aku janji parti PAS sehingga kepada jatuh talak pun pemimpin PAS (menyertai Amanah) boleh dilanggar inikan pula sekadar video yang dirancang.

 

 

16 Comments