Warisan sibuk isu cabul Philip Among tetapi lupa pegawai Azis Jamman 'Skodeng' bawah skirt belum didakwa!
10:06 Jun 04, 2021  |  By SabahKini2
Warisan sibuk isu cabul Philip Among tetapi lupa pegawai Azis Jamman  'Skodeng' bawah skirt belum didakwa!

Pemimpin Warisan Plus nampaknya kecoh isu cabul Philip Among. Mereka mahu tindakan tegas. Tapi mereka lupa isu Farish Hussain bekas Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN Azis Jamman 'skodeng' bawah skirt belum didakwa hingga sekarang

Sejak kes bekas pemimpin STAR Philip Among didakwa melakukan gangguan seksual dan mencabul terhadap seorang peserta pertandingan ratu cantik di Sabah nampaknya muncul pemimpin Warisan PLUS bersuara menunjukkan mereka ‘hero rakyat’

Bekas pemenang Unduk Ngadau Jo-Anna Henley Rampas yang juga timbalan ketua Wanita Warisan mahu tindakan tegas diambil dan turut memuji mangsa kerana berani bersuara.

“Unduk Ngadau adalah satu acara meriah yang tertanam dalam budaya masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungut (KDMR). Jika dakwaan ini benar, ia mencemarkan imej pertandingan.

“Sebagai bekas pemenang, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana bertindak pantas untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut dan memastikan keadilan ditegakkan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” kata Rampas

Ketua Wanita DAP Sabah Jannie Lasimbang juga meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut secara terperinci, sekali gus bimbang wujudnya cubaan untuk menyembunyikan kejadian sebenar kerana lelaki itu berkait politik.

“Kami mahu polis siasat dakwaan tersebut dengan teliti dan menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau berat sebelah, tanpa mengira hubungan politiknya atau betapa kayanya dia.

“Gangguan seksual adalah jenayah serius,” katanya

Naib Ketua Wira Warisan YB Chong Chen Ben memuji mangsa berani tampil melaporkan polis. Katanya jika peserta Unduk Ngadau itu dari Kudat beliau sanggup menanggung kos guaman mempertahankannya.

 

Sebelum ini, Ketua Polis Sabah Hazani Ghazali mengesahkan telah menahan Philip Among berhubung dakwaan cabul itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Philip Among ditahan Polis cabul peserta Unduk Ngadau ]

STAR gantung Philip Among dakwaan mencabul peserta Unduk Ngadau

 

Di mana Warisan dan PH ketika isu skodeng bawah skirt pegawai khas Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN?

3 tahun telah berlalu sejak September 2018 isu Farish Hussain bekas Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN Azis Jamman. Sejak itu desakan pendakwaan terus dilakukan. Polis juga telah mengesahkan kes dihantar kepada pejabat peguam negara untuk pendakwaan.

Kali terakhir Sabahkini2 menulis mengenai kes ini ialah pada 17 Mac 2019 bertanya bilakah status siasatan kes ini. Najib Tun Razak dalam FBnya juga berbuat demikian. Namun apa status kes ini hingga sekarang masih tidak diketahui.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa?]


Di mana agaknya Joanna Rampas Timbalan Ketua Wirawati Warisan, YB Chon Chen Ben, Jannie Lasimbang DAP dan pemimpin Warisan PLUS lain ketika Pegawai Khas Azis Jamman Ketua Wira Warisan kantoi isu skodeng bawah skirt? Sehingga sekarang tiada pendakwaan. Jika berani tekanlah pihak berkuasa untuk didakwa segera sebagaimana kes Philip Among STAR ini. Jangan double standard.

Video sebagai bukti masih kekal di laman sosial

Hari ini dilaporkan Azis Jamman dan Farish Hussain Pegawai khas itu masih ke hulu ke hilir bersama. Kalau Azis Jamman Ketua Wira Warisan berani bolehlah dia minta semula pendakwaan kes pegawai khasnya dipercepatkan. Azis Jamman tak berani muka mulut mengenai kes cabul ini memang kes pegawainya Farish terdedah semula.

Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa?

16 Comments