PRK dan PRN Sarawak tidak boleh dihalang jika darurat ditamatkan kata Dr Noor Hisham
12:06 Jun 12, 2021  |  By SabahKini2
PRK dan PRN Sarawak tidak boleh dihalang jika darurat ditamatkan kata Dr Noor Hisham

Tan Sri Dr Noor Hisham DG KKM terus konsisten untuk tiada lagi Pilihanraya ketika menghadapi Covid-19. Beliau sekali lagi mengulangi bahawa Jika kerajaan menamatkan Ordinan Darurat PRK dan PRN pilihan Sarawak tidak boleh dihalang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya Darurat ditamatkan bulan ogos ini kerajaan tidak mungkin dapat menghalang pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri yang ditangguhkan sebelum ini.

Dr Noor Hisham menegaskan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong yang kini mempunyai kuasa sama ada Darurat yang dijadualkan berakhir pada bulan Ogos, akan diteruskan

"Terserah kepada Yang Dipertuan Agong untuk memutuskannya," 

 “Jika kerajaan menamatkan Ordinan Darurat, kita harus mengadakan tiga pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan pilihan raya di bawah perlembagaan. katanya

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan siri pertemuan dengan para pemimpin parti politik negara minggu ini untuk membincangkan perjuangan Malaysia menentang Covid-19 serta kesan politik dan ekonomi kepada negara ini.

Rabu lalu Agong bertemu dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan presiden Amanah Mohamad Sabu dari gabungan Pakatan Harapan.

Menghadap Agong: Tangani COVID-19 lebih utama, Darurat bakal dilanjut disember?

[ARTIKEL BERKAITAN- Menghadap Agong: Tangani COVID-19 lebih utama, Darurat bakal dilanjut disember? ]

Pada hari Khamis, Agong menerima perkenan menghadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Turut menghadap presiden parti tempatan di Sabah dan Sarawak.

Beberapa laporan media menunjukkan dalam situasi pandemik Covid-19 ini pemimpin pembangkang dan beberapa pemimpin BN mahukan Darurat ditamatkan serta Persidangan Dewan Rakyat diadakan semula.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tamat Darurat atau bahayakan nyawa rakyat adakan 4 PRK dan PRN Sarawak? ]

Tamat Darurat atau bahayakan nyawa rakyat adakan 4 PRK dan PRN Sarawak?

Tun Dr Mahathir pula mencadangkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) serta mencadangkan dirinya sendiri sebagai Pengarah MAGERAN kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Presiden  PKR, Amanah, DAP, PN dan BN tidak bersetuju dengan cadangan MAGERAN diketuai Tun Dr Mahathir.

Majoriti pemimpin parti nampaknya memilih KUASA berbanding NYAWA RAKYAT. Menamatkan Darurat sebagaimana kenyataan DG Tan Sri Dr Noor Hisham kerajaan perlu bersedia berhadapan Pilihanraya Kecil dan Pilihanraya Negeri yang tertangguh sebelum ini.

Jika Pilihanraya Kecil dan Negeri diadakan sebagaimana PRN Sabah september tahun lalu penularan Covid-19 pasti tidak boleh dibendung lagi. PRN Sabah membuktikan kesan pilihanraya sangat besar seperti apa yang berlaku sekarang.

 

 

4 Comments