GRS cadang sambung Darurat demi nyawa, Warisan mahu PRK biarkan rakyat ‘mati’ seperti PRN Sabah
14:06 Jun 18, 2021  |  By SabahKini2
GRS cadang sambung Darurat demi nyawa, Warisan mahu PRK biarkan rakyat ‘mati’ seperti PRN Sabah

Warisan mahu Darurat ditamatkan. Warisan bertegas mahu PRK di Batu Sapi dan Dun Bugaya mengikut SOP. GRS cadang darurat disambung demi nyawa rakyat. Kesan PRN Sabah bukti pilihanraya perlu ditangguh. Sikap 'berani mati' Shafie Apdal korbankan rakyat

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini telah mengingatkan kerajaan tidak perlu ada lagi Pilihanraya jika mahu menangani kes Covid-19 yang merebak sebelum ini di Sabah.  Katanya sekiranya Darurat ditamatkan bulan ogos ini kerajaan tidak mungkin dapat menghalang pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri yang ditangguhkan sebelum ini.

Dr Noor Hisham menegaskan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong yang kini mempunyai kuasa sama ada Darurat yang dijadualkan berakhir pada bulan Ogos, akan diteruskan

"Terserah kepada Yang Dipertuan Agong untuk memutuskannya," 

“Jika kerajaan menamatkan Ordinan Darurat, kita harus mengadakan tiga pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan pilihan raya di bawah perlembagaan. Katanya

[ARTIKEL BERKAITAN- PRK dan PRN Sarawak tidak boleh dihalang jika darurat ditamatkan kata Dr Noor Hisham ]

 PRK dan PRN Sarawak tidak boleh dihalang jika darurat ditamatkan kata Dr Noor Hisham
Rakyat mahu dengar orang pakar kesihatan atau orang politik gila kuasa?


Titah Agong dan Majlis Raja-raja

Selepas Mesyuarat Raja- Raja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin dan mempercepatkan langkah vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

Majlis Raja-raja juga menggariskan tujuh perkara yang perlu diberi keutamaan pasca pertemuan di Istana Negara yang berlangsung baru-baru ini antara lain yang utama ialah Program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin dan  tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021.

Bagaimanapun seperti juga yang berlaku sebelum ini permohonan Tan Sri Mahaiddin melaksanakan darurat tahun 2020 tidak diluluskan namun dengan data dan perkembangan terkini kes Covid-19 yang dipersembahkan kerajaan akhirnya Agong meluluskan Proklamasi Darurat pada 12 Januari sehinggalah 1 Ogos 2021.

Ini bukti Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan atas pertimbangan budi bicara setelah mengambil kira pandangan semua pihak. Ia haruslah soal apakah yang memberi kebaikan lebih besar kepada rakyat dan negara, bukan aliran pemikiran mana yang popular.

Apa yang berlaku sekarang ialah peningkatan kes Covid-19 berlaku sehingga 9,020 kes menjelang penghujung Mei lalu menyebabkan kerajaan telah melaksanakan PKP 3.0 untuk sekali lagi menghadapi gelombang kes Covid-19.

PKP1 dan PKP2 telah berjaya membuktikan penurunan kes sehingga ke tahap sifar kes pada bulan julai tahun 2020 malah sifar kematian selama 26 hari. Penularan kes berlaku selepas pembukaan sektor ekonomi yang menyebabkan ramai tidak mematuhi SOP.

PKP 3.0 dan Langkah darurat melalui ordinan tertentu selain Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 akan diuji lagi di kala kerajaan memfokuskan segala usaha kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilakukan secara berfasa sekarang.

Darurat Tangguh Pilihanraya

Proklamasi Darurat itu telah berjaya menangguhkan empat pilihanraya kecil iaitu Parlimen Batu Sapi, Gerik, Dun Bugaya (Semporna), Dun Melor (Kelantan)dan terbaru Pillihanraya DUN Negeri Sarawak.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tamat Darurat atau bahayakan nyawa rakyat adakan 4 PRK dan PRN Sarawak?]

Tamat Darurat atau bahayakan nyawa rakyat adakan 4 PRK dan PRN Sarawak?

Hari ini Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah menggesa Kerajaan Persekutuan melanjutkan Darurat sehingga disember tahun ini. Pengumuman penamatan Darurat tidak disambut baik oleh Kerajaan Negeri. Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata  Sarawak dalam dilema mempertaruhkan nyawa rakyat berhadapan pandemik Covid-19 dan juga mempertahankan demokrasi pilihraya.

Dewan Undangan Negeri Sarawak telah berakhir pada 6 Jun dan kini ditangguhkan kerana sehingga Darurat tamat. Sarawak mesti mengadakan pilihan raya negeri ke-12 dalam tempoh 60 hari dari 1 Ogos.

"Ini bermakna bahawa rakyat Sarawak perlu membuang undi ketika wabak Covid-19 masih memuncak

"Kami tidak akan mencapai 80%  imuniti kelompok sehingga ogos nanti". katanya 

Jika PRN Sarawak diadakan pada masa ini, tidak mustahil peristiwa sama yang berlaku ketika PRN Sabah akan berulang.

 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor juga mencadangkan agar Darurat dilanjutkan memandangkan PRK Batu Sapi dan DUN Bugaya perlu dilaksanakan selepas 60 hari ditamatkan. 

Kerajaan Negeri Sabah telah melalui tahap teruk ketika PRN Sabah dilaksanakan malah Ketua Menteri Sabah sendiri dijangkiti Covid-19 dan pegawainya meninggal dunia. Siapa lagi pemimpin yang boleh merasai bagaimana sakit dan susahnya ketika melawan Covid-19 jika bukan Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri sendiri?

Warisan memang sentiasa 'membunuh' rakyat

Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman dan Ketua Wirawatinya Isnaraissah Munirah Majilis menyelar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan beberapa pemimpin GRS apabila mencadangkan darurat dilanjutkan bagi mengelakkan PRK Parlimen Batu Sapi dan Dun Bugaya.

Apa Warisan lupa apa yang berlaku hari ini adalah berpunca kepada 'Bapa Covid-19 Negara' Datuk Seri Shafie Apdal yang membubarkan DUN Sabah bagi mengadakan PRN pada September lalu. Kesan PRN Sabah masih berbekas sehingga kini. PRN Sabahlah punca sebenar Gelombang Ketiga Covid-19 di negara ini.  Inilah hasil  Majlis Presiden PH dan langkah megah berani mati Shafie membubarkan DUN demi kuasa. 

 

Tak malukah Azis Jamman dan Warisan ketika Covid-19 melanda mereka merendah-rendahkan kematian kes dan orang dijangkiti Covid-19 sedangkan puncanya mereka? Kes Covid -19 menjadi persendaan dan lawak Warisan. 

Shafie dan Azis lupa ke apa mereka buat di Sabah sebagai punca Covid-19? Mari kita ingatkan supaya keturunan mereka mengingatinya.

Ketika PRN berjalan kluster Benteng Lahad Datu mencanak naik pada 28 Ogos 2020,  50 orang tahanan telah disaring dan 7 kes dikesan positif COVID-19. Shafie Apdal buat bodoh sehingga merebak lebih jauh bermula dari kluster ini.

Dalam Kempen PRN Sabah di Lahad Datu Shafie berkumpul ramai-ramai menggunakan Jabatan Ha Ehwal Agama Islam (JHEAINS) siap kumpul 1000 orang mahu  bertemu Shafie Apdal. Demi kuasa Semua SOP segala bagai ketika itu dimasukkan dalam 'tong sampah'. 

Apa hasil tindakan berani mati Shafie?

Sabah akhinya menjadi juara segala juara catatan kes COVID-19 tertinggi selepas PRN Sabah. Daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau melibatkan sekitar 950,000 penduduk adalah antara daerah terawal dilaksanakan PKPD (yang jauh lebih ketat berbanding PKPB di Selangor/KL dan daerah lain di Sabah) bermula 29 September 2020. Jika kita melihat trend 20 Oktober 2020 dan trend kes baru di 4 daerah terus menjulang tinggi. 

20 Okt: 245 kes 
19 Okt: 207 kes
18 Okt: 320 kes
17 Okt: 198 kes
16 Okt: 193 kes
15 Okt: 106 kes

 

Malah Sabah pernah mencatatkan kes lebih 1000 kes sehari pada penghujung oktober. Kawasan Setinggan Kota Kinabalu dan Semporna mencatat kes lebih tinggi. 

Jadi Azis dan Ketua Wirawati jangan lupa, Kerajaan GRSlah yang berjaya melandaikan kes Covid-19 Sabah sehingga kembali mencecah 2 angka baru-baru ini. Ibarat mati hidup semula.

Sabah berjaya keluar dari kes negeri paling teruk hingga menjadi negeri paling baik sehingga Tan Sri Dr Noor Hisham Ketua Pengarah KKM memuji Sabah dan negeri lain wajar mencontohi cara Sabah menangani kes. Lihatlah Kerajaan Negeri Selangor bawah PH yang terus memburuk hari demi hari sehingga mencatatkan kes 3000 kes sehari. 

[ARTIKEL BERKAITAN-(VIDEO) Tangani Covid-19, negeri lain perlu belajar dari Sabah- KP Kesihatan 

Maka sekarang Azis mahu mengecam  Datuk Seri Hajiji dan tindakan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu mencadangkan darurat terus dilaksanakan bagi tempoh enam bulan lagi?

Warisan tahu cakap, gila kuasa tapi tak tahu buat kerja. Apakah Warisan fikir PRK hanya dua di kawasan saja di negeri Sabah perlu PRK sedangkan negeri lain juga terlibat. Jadi Darurat bersasar sangat tidak tepat.

Sedangkan Proklamasi Darurat jelas bertujuan membolehkan kerajaan membuat ordinan dengan segera dikuatkuasakan bagi membantu usaha melawan pandemik termasuklah kebenaran untuk kerajaan mengambil alih fasiliti swasta dan tentera bagi tujuan pengawalan pandemik, perbelanjaan segera dalam pembelian vaksin serta urusan mengawal penularan dan mengenakan peraturan lebih ketat. Ia memerlukan keputusan segera yang tidak mungkin diperoleh melalui Parlimen yang akan digunakan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Wira dan Wirawati Warisan menggesa GRS supaya berhenti menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai alasan untuk melaksanakan darurat sedangkan mereka sendiri telah melihat apa kesan PRN yang dibuat oleh Shafie Apdal sehingga rakyat Sabah menolak kerajaan Warisan dalam PRN itu.

Dan sekarang Warisan sekali lagi mahu rakyat Sabah mati berhadapan dua PRK Negeri. Sifat mahu rakyat mati dulu sangat sebati dengan Warisan.

Warisan syor PRK akan mengikut SOP! Lihat saja kes Covid -19 PRN Sabah diatas lagi mereka sembang mahu mematuhi SOP. Mereka lah punca kemudian meminta pihak lain mematuhi SOP. 

Oleh itu cakap-cakap mahu kerajaan melaksanakan PRK dengan patuh SOP itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai. Warisan sudah membuktikan mereka gagal mematuhi SOP ketika mereka memerintah sebelum ini. 

Cukuplah rakyat Sabah dibodohkan oleh Shafie dan Warisan. Dan kini anak saudaranya si Azis Jamman pula mahu tunjuk pandai.

Baik ambil tindakan kepada Pegawai Khas yang kantoi kaki skodeng bawah Skirt dari sembang hal Covid-19. Tiada kredibiliti. 

Semua orang boleh beri pandangan namun keutamaan ialah nyawa rakyat. Jika sehingga ogos masih mencanak naik tidak wajar Darurat ditamatkan. Agong pastinya akan menerima data dan perkembangan kes terbaru yang dilaporkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa. 

25 Comments