Azam Jaya punca 78 kes 'blackout' SESB, kebal saman dipayungi VVIP Istana Negeri?
07:07 Jul 10, 2021  |  By SabahKini2
Azam Jaya punca 78 kes 'blackout' SESB, kebal saman dipayungi VVIP Istana Negeri?

78 kes! Rakyat terbeban, syarikat rugi apabila 'blackout' di Kota Kinabalu kerana kedegilan syarikat Azam Jaya. Syarikat punya 'kabel' besar VVIP istana di Sabah. Saman, didakwa dimahkamah semua tak masuk. 'Flyover' retak, sapu konsesi RM500 juta..

Siapa tidak kenal syarikat kayangan VVIP dikaitkan istana negeri Syarikat Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd (AJSB)? Kontraktor kesayangan Shafie Apdal dan Peter Anthony Warisan ini merupakan syarikat paling kebal di Sabah daripada segala undang-undang dan monopoli projek jalan, selenggara, jambatan dan flyover.

Januari 2021 Azam Jaya mencipta kontroversi apabila Jejambat (Flyover) yang mereka bina retak dan bakal runtuh. Dahlah retak mereka merungut lagi menyalahkan kerajaan malah meminta tambahan kos membaikinya bagi projek 'Reka dan Bina' itu.

[BACA ARTIKEL BERKAITAN-

‘Flyover’ Luyang Azam Jaya RM300 juta dibangga Peter Warisan retak, mana SPRM?

Azam Jaya salahkan kerajaan, minta RM13 juta, ‘Flyover’ Luyang tidak selamat lagi?

 ‘Flyover’ Luyang Azam Jaya RM300 juta dibangga Peter Warisan retak, mana SPRM?
Apa status siasatan jejambat retak tidak ketahui sehingga hari ini.
SPRM pun senyap saja.Maklumkan syarikat kayangan istana negeri

 

Blackout angkara Azam Jaya

Paling mengundang marah ialah Azam Jaya punca 'Blackout' Kota Kinabalu. Azam Jaya syarikat milik Tan Sri Joseph Loh ini melakukan setiap bulan iaitu menyebabkan gangguan bekalan elektrik kerana kerja-kerja pengorekan kontraktor. Azam Jaya tidak pernah efisien bab keselamatan dan sering kali memandang mudah asalkan kerja kontrak mereka siap, untung berjuta. Korek dan merosakkan kabel elektrik perkara tidak penting buat Azam Jaya.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terlalu letih meluahkan rasa kekesalan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab Azam Jaya yang terlalu banyak berulang kali dilakukan.

Bayangkan menurut SESB sebanyak 78 kes korekan dilakukan oleh Azam Jaya serta tindakan undang-undang dibuat tetapi  Azam Jaya terlalu kebal.

Terbaru kerja korekan Azam Jaya pada 1 Julai 2021, jam 11.42 pagi di Jalan Universiti Malaysia Sabah berhadapan dengan Alam Mesra.

Pasukan SESB tiba di tempat kejadian pada jam 12 tengah hari terus melaksanakan kerja-kerja mengesan kerosakan kabel dan berjaya memulihkan bekalan semula pada jam 1.00 petang.

Kecuaian dan kesilapan Azam Jaya itu bukan sahaja menimbulkan kerumitan kepada pengguna SESB yang terlibat malah menyebabkan kerugian yang tinggi kepada SESB dan secara langsung turut menjejaskan imej SESB.

Kejadian ini telah menjejaskan kehidupan dan aktiviti harian kepada lebih 1,000 pengguna berdekatan menyebabkan gangguan bekalan di kawasan Taman Putera Jaya, Pekan Menggatal, Jalan Sulaman serta kawasan sekitar yang berdekatan.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset ), Ir. Idris Mohd Noor berkata, SESB tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Azam Jaya.  

“Di sebalik usaha-usaha pencegahan yang dilakukan bersama mereka termasuk dengan pihak JKR, insiden seperti ini tetap berulang dan SESB juga sedang dalam proses akhir untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan,” katanya

Apapun bagi Azam Jaya semua itu ‘Masuk telinga kanan keluar telinga kiri”. Azam Jaya tidak pernah gentar dengan undang-undang. Mereka berkata sentiasa dilindungi VVIP Istana Negeri.Laporan polis dan keluar masuk mahkamah perkara biasa bagi Azam Jaya.

78 Kes korekan- laporan media

Syarikat lain jika 78 kes pengorekan menyebabkan blackout mungkin dah lama pemiliknya masuk penjara. Tapi Azam Jaya mereka mampu melawan di mahkamah dengan wang berjuta. Laporan media mengenai 'dajal' pengorekan ini juga banyak sangat dilaporkan tapi Azam Jaya masih seperti itu juga. Media pun dah muak melaporkan kedegilan Azam Jaya ini. Masih syarikat milik taikun terkait VVIP istana negeri. Tiada siapa berani menyentuh mereka. surat 'Kuning' mereka panjang berjela untuk projek negeri. Biar putus 'kabel' di jalan menyebabkan 'blackout' jangan putus kabel atasan.

Siapa berani menyentuh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Lo'@ Lo Tain Foh?

13 Jun 2020- Sebelum PRN Sabah 2020. Mesyuarat Kabinet Negeri terganggu
pun Azam Jaya buat bodoh


15 Mac 2021- Masih degil dan sombong

 

Punca Banjir

Belum masuk cerita isu banjir di Penampang yang sering dikaitkan dengan pembinaan jalan, jejambat malah sambungan projek Jan Pan Borneo. Kontraktor Azam Jaya turut membina Pakej 6 Pan Borneo bernilai RM788 juta dari Putatan ke Inanam. Mereka tak kisah duduk di kerajaan BN atau Warisan PH projek mereka terus berjalan. Azam Jaya bijak membeli wakil rakyat. Banjir tak banjir mereka tak kisah. Wakil rakyat PH- Warisan pun mati akal menyalahkan Azam Jaya.


Kerana Azam Jaya ditatang penuh oleh pegawai JKR kontroversi  Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pemeliharaan Jalanraya maka Azam Jaya juga melaksana projek selenggara jalan konsesi MCDC yang kontroversi melalui syarikatnya Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd memperolehi kontrak 'mark up' paling menguntungkan  projek selenggaraan Zon Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak melalui dengan kontrak konsesi RM500 juta selama 5 tahun ataupun RM100 juta setahun bagi 490.24KM. Bayangkan! RM203,981 perKM, selenggara tak dibuat tapi tuntutan bayaran sejak sebelum PRN telah dibuat. 300 ribu gambar diberikan kepada SPRM tetapi SPRM pun tak berani ambil tindakan.

Boleh lihat Selenggaraan jalan Zon Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak sebelum ini. 

Kerja 'Mark up' melampau

Terbukti syarikat Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd merupakan milik keluarga Tan Sri Joseph Lo dan proksi Peter Anthony Mohd Sari Parman. Jesscia Lo @Lo Vun Che merupakan Pengarah Eksekutif di Azam Jaya Properties Sdn Bhd. 
 

 

 
 
 
Sekalipun 4 Konsesi RM1.5 bilion kroni Peter DITAMATKAN kontrak bersama dengan Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd milik Azam Jaya itu tidak mungkin sesekali melumpuhkan pengaruh Azam Jaya. 1000 kali pun putus kabel SESB kerana pengorekan kontraktor Azam Jaya tetap berani kerana mereka dilindungi oleh VVIP Istana Negeri. Cuba tanya SESB berapa kes dah Azam Jaya diputuskan mahkamah bersalah? 
 
Kerajaan GRS berani menamatkan konsesi 5 tahun Azam Jaya,  tak kan SESB hanya berani mengira pengorekan dan 'blackout' di Kota Kinabalu sahaja. Oleh kerana rakyat Rakyat Sabah khususnya Kota Kinabalu dah tahu punca 'blackout' oleh Azam Jaya eloklah kali ini kalau berlaku lagi rakyat pula saman Azam jaya. 
 
 
Notis penamatan Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd dan 3 konsesi Peter Warisan
telah dimulakan sejak 7 Januari 2021 melalui surat rujukan HQ.7(2020 (5)/
sehinggalah penamatan penuhnya pada 28 April 2021 rujukan KEW (S) 100-15/1/1Kit 3.6.
 

 

 

8 Comments