Demo 'Mayat' anak muda PH di KL dikecam rakyat bakal cetus kluster Covid-19
21:07 Jul 31, 2021  |  By SabahKini2
Demo 'Mayat' anak muda PH di KL dikecam rakyat bakal cetus kluster Covid-19

Menurut Pengasas MUDA Tarmizi budak Syed Saddiq mereka tidak peduli mengenai Covid-19. Yang penting demo dan lawan. Rakyat pula mengecam himpunan ini bakal cipta kluster baharu. Frontliners kata 'Kami Staff KKM sudah penat!

Wajah anak muda PH.. Jenis kalau ada virus Covid-19 pun mereka telan

Hari ini kumpulan berpakaian hitam dianjurkan geng Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berkumpul bersama kira-kira 300 orang di luar Masjid Jamek berarak ke Dataran Merdeka mengadakan demonstrasi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Para penunjuk perasaan menggendong ‘mayat’ berkafan, merujuk kepada kematian akibat wabak Covid-19 dengan membawa plakad yang tertera “Kerajaan Gagal”. Jelas demontrasi itu melanggar SOP apabila tiada penjarakan serta mengadakan perhimpunan ketika pandemik.

Bagi penganjur Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), Mohamad Abdullah Alshatry dan Mohammad Asraf Sharafi Mohammad Azhar ia bukan baru kerana mereka pada 18 Julai lalu telah melakukan Flash Mob di Dataran Merdeka dan hanya dikompaun RM2 ribu. Mereka dilihat masih mampu membayar denda itu.


Tak pernah serik. 

PH dibelakang demo?

Naib Presiden PKR Tian Chua adalah antara ahli politik yang hadir sama ada tumpang nama atau dalang dibalik demontrasi itu. Malah DAP juga menghantar pasukannya untuk berdemo.


Fazira Ahmad Ridzuan- Wanita DAP

Tian Chua bekas Ahli Parlimen Batu itu berkata ingin melihat lebih ramai rakyat Malaysia dan golongan belia bersuara menentang ketidakadilan dan mendorong perubahan di Putrajaya.

“Kita sedang melihat kemunculan gelombang baharu aktivisme belia. Ini adalah sesuatu yang harus kita banggakan,” katanya ketika ditemui.

Turut menyuarakan sokongan penganjuran ini Syed Saddiq seperti dalam hantaran twitternya menunjukkan emoji ‘bendera hitam’ sebagai sokongan. Saddiq menghantar Setiausaha Agung MUDA dan AJK parti MUDA Tarmizi Anuwar mengatur agenda demonstrasi itu.


SUA MUDA bersama Tian Chia Naib Presiden PKR

 

Kecaman rakyat

Di laman sosial berita seperti Berita Harian, Sinar, Malaysia Gazette dan lain-lain lagi beribu komen rakyat mengecam himpunan itu yang jelas melanggar SOP dan boleh mencetuskan kluster baharu. Rakyat marah anak-anak muda kerahan PH mengadakan demonstrasi tetapi mereka sebagai rakyat kekal di rumah melihat perangai 'bodoh' anak-anak muda hasutan PH.

Dengan kes Covid-19 meningkat sehingga 17 ribu sehari dengan kes Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tertinggi kes harian himpunan budak Sekretariat Solidariti Rakyat, Undi-18 dan Parti MUDA mendapat kecaman teruk daripada rakyat. Yang menyokong hanyalah aliran mereka tetapi rakyat biasa meluat dan berkata 'kluster mayat' bakal berlaku.

 

Gambar-gambar yang tular jelas menunjukkan penganjur melanggar SOP.



 

Penganjur dipanggil polis

Terbaru lima orang daripada Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dipanggil untuk disoal siasat oleh polis berkaitan penglibatan mereka sebagai penganjur dalam demonstrasi itu.

Kelima-lima individu itu akan hadir balai Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 10 pagi esok dengan ditemani peguam Pakatan Harapan

Lima individu yang dipanggil pihak polis ialah Mohamad Abdullah Alshatry, Mohammad Asraf Sharafi Mohammad Azhar, Tharmelinggem Pillai, Qyira Yusri dan Sevan Doraisamy.

Tharmelinggem Pillai, Qyira Yusri penggerak Undi 18 merupakan pendokong kuat Syed Saddiq.


Tharmelinggem Pillai, Qyira Yusri penganjur SSR di Kuala Lumpur

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata perhimpunan itu melanggar peraturan dan seramai 400 peserta telah menyertai perhimpunan itu.

“Polis akan mengambil tindakan susulan kerana ia jelas melanggar Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya tiada sesiapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dengan sebarang perhimpunan di mana-mana tempat sama ada bagi aktiviti keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan.

Beliau berkata peserta berkenaan telah menyasarkan Dataran Merdeka maka polis telah menghalang mereka memasuki kawasan itu.

Mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Mohamad Zainal berkata kesemua peserta perhimpunan memakai pelitup separuh muka tetapi gagal mematuhi penjarakan fizikal.

“Jarak fizikal agar sukar dikawal kerana adakalanya kita terlupa, rapat antara satu sama lain. Tiada sebarang tangkapan dibuat dalam perhimpunan itu,” katanya

Penganjur SSR menyatakan mereka mematuhi SOP dengan mematuhi penjarakan fizikal namun gambar yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan penganjur jelas melanggar SOP.

Sebagaimana Mohamad Abdullah Alshatry dan Mohammad Asraf Sharafi Mohammad Azhar pernah dikompaun RM2 ribu kerana mengadakan demonstrasi Flash Mob Dataran Merdeka pertengahan julai lalu maka sudah tentu kali ini mereka perlu diambil tindakan tegas sekali lagi.

Dalam satu kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Azmi Abu Kassim berkata penganjur dan individu terlibat demonstrasi akan dikenakan tindakan kompaun di atas kesalahan Seksyem 21A Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan enyakit Berjangkit 1998 dan peraturan 17 (1) PPPDPB (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Semoga anak muda yang biadap dan kurang ajar tak takut Covid-19 ini wajar diheret ke mahkamah.

 

 

 

 

18 Comments