[VIDEO] Pegawai Kewangan Negeri Sabah beri projek kepada kroni Dr Yusof Warisan?
16:08 Aug 01, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pegawai Kewangan Negeri Sabah beri projek kepada kroni Dr Yusof Warisan?

Dulu Shafie dan Dr Yusof bawa Alan dari KPM pindahkan ke Sabah sebagai Pegawai Kewangan. Misinya satu demi mengawal projek persekutuan. Kini seminggu 2-3 kali sering bertemu berbincang mengenai projek perlu diberi kroni Warisan. Apa motif?

 

Boleh Klik Video Youtube
KRONI AKRAB: Hj Alan Abdul Rahim Pegawai Negeri Sabah dengan Datuk Dr Yusof Yacob
Ketua Penerangan Warisan

sejak menjadi Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah. Alan dipindahkan
dari Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya ke Sabah oleh lobi Dr Yusof dan sokongan

Shafie Apdal ketika sebagai Ketua Menteri Sabah- Penjelasan artikel di bawah

__________________________________________________________________

Rakyat Malaysia mesti masih ingat, selepas sahaja Pakatan Harapan menang PRU14 pada 17 Mei 2018 PH telah mengeluarkan pekeliling perbendaharaan menangguh semua perolehan kerajaan secara tender terbuka,tender terhad dan rundingan terus bagi perolehan bekalan, perkhidmatan, perunding dan kerja. Di bawah Lim Guan Eng DAP  sebagai Menteri Kewangan PH semua diubah serta merta. Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 29 Jun 2018 menjelaskan penambahbaikan pelaksanaan perolehan kerajaan itu. Arahan Perbendaharaan (AP) 192 kuasa Lembaga Perolehan Agensi juga telah diubah.

 

Paling kontroversi dan mencetuskan kemarahan di Sabah dan Sarawak ketika itu ialah beberapa Kemententerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipimpin oleh Dr Mazlee Malik Menteri Pendidikan cuba menghapuskan kuasa Jabatan Pendidikan Negeri apabila menggunakan kuasa mengarahkan pembatalan perwakilan kuasa pengawal KPM kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Sarawak bagi projek perolehan Bekalan dan Perkhidmatan melalui surat KPM 14 14 November 2018 sejajar dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 192 Lim Guan Eng.

Tujuan Dr Maszlee ketika itu membatalkan perwakilan kuasa untuk Sabah dan Sarawak hanya satu iaitu untuk memonopoli perolehan tender bekalan perkhidmatan seperti bekalan makanan bermasak kantin sekolah, pengawal keselamatan, tender kerja lain-lain lagi. Lantaran itu dalam disember 2018 Dr Maszlee telah membatalkan lebih 400 tender membabitkan pelbagai perkhidmatan di sekolah seluruh negara termasuk beberapa Kolej Matrikulasi. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah]

Jika sebelum ini Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa meluluskan tender RM5 juta ke bawah dengan pembatalan ini bermakna semua perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja diputuskan oleh KPM di Putrajaya.

“Pegawai Pengawal (KSU) telah mewakilkan kuasa kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak untuk mempertimbangkan tender kerja dan perkhidmatan yang dilaksanakan Jabatan Pendidikan Sabah/Sarawak yang bernilai RM5 juta da ke bawah.

Walaubagaimanapun berdasarkan surat Kementerian Kewangan  (MOF) bertarikh 29 Jun 2018 menyebut, bagi projek di Sabah dan Sarawak Pegawai Pengawal mempunyai pilihan sama ada untuk membuat pertimbangan dan keputusan di peringkat Lembaga Perolehan Kementerian yang menyalurkan peruntukan tersebut atau di Lembaga Persekutuan Sabah/ Sarawak (LPPS)”.

Shafie Apdal Ketua Menteri dan Dr Yusof Yacob Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah tidak menyenangi tindakan Dr Maszlee ketika itu dan memohon kuasa kewangan itu dikembali kepada Lembaga Persekutuan Sabah.

Ini bermakna Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah perlu dikuasai oleh Kerajaan Warisan terlebih dahulu agar semua perolehan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah RM5 juta diputuskan sendiri oleh Negeri Sabah bukan Lembaga Perolehan KPM.
 

Dalam tempoh 2019 begitu banyak polemik Dr Maszlee KKM dengan Kerajaan Negeri Sabah berhubung perolehan projek di Negeri Sabah. Dr Maszlee juga mengarahkan pegawainya melaporkan kepada SPRM tentang penipuan tender di Sabah seperti penipuan akaun bank, lesen dan lain- ain lagi yang dimainkan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah. SPRM melakukan tangkapan kepada syarikat kontraktor dan pegawai Jabatan Pendidikan. Semua ini usaha Dr Maszlee bagi melengahkan pemberian kuasa penuh kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Perundingan Dr Maszlee, Dr Yusof dan Shafie Apdal


Tukar Pengawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah

Oleh itu Dr Yusof Yacob Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah diarah oleh Shafie Apdal mencari Pengawai Kewangan Persekutuan baru di Sabah yang boleh menjadi 'alat warisan' di Sabah. Dr Yusof mempunyai kuasa menguasai perolehan tender bekalan perkhidmatan bekalan makanan bermasak kantin sekolah, pengawal keselamatan, tender kerja lain-lain lagi di Sabah.

Akhirnya dengan kuasa Shafie Apdal dan sokongan  Dr Yusof Yacob Warisan berjaya membawa Hj Alan Abdul Rahim Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pegawai Kewangan Negeri Sabah, Pejabat Kewangan Persekutuan Sabah pada 4 November 2019. Orang dalam KPM sudah pasti dapat menyusun projek KPM di Sabah kerana kuasa Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah di bawah kuasa Alan Abdul Rahim. 

 


Bukan itu sahaja Azis Jamman Timbalan Menteri KDN ketika itu berjaya membawa Dato' Dr Muhammad Sade sebagai Pengarah Imigresen Sabah dengan menyingkirkan Datuk Musa Sulaiman (Orang Sabahan juga) ke Putrajaya (SUB Bahagian Kepenjaraaan, Anti Dadah dan RELA). Ini kerana Datuk Musa ketika itu sangat liat untuk bersetuju pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang digerakkan Warisan ketika itu. Maka seorang pegawai pro Warisan paling sombong seperti Dato Muhammad Sadee pro Warisan dilantik. Bagaimanapun beliau gagal bekerjasama dengan Pengarah Keselamatan negeri Sabah  Pn Sh Sitti Saleha Habib Yussof menjayakan PSS. Warisan juga tumbang di PRK Kimanis kerana isu PSS.

Dato' Muhammad Sadee Pengarah Imigresen Sabah yang bermasalah sekitar April 2020 telah mencetuskan kontroversi di Sabah kerana mencerca dan mengherdik petugas KKM di KKIA sebagai 'tidak guna otak'. Kesilapannya menyebabkan Ketua Pengarah Imigresen memohon maaf bagi pihaknya dan CUEPAC mendesak tindakan tatatertib diambil terhadapnya. Namun hingga kini kes itu senyap Dato' Muhammad Sadee merayu pemindahannya ditangguhkan dan diluluskan seerta terus berkhidmat di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN - Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN - Herdik Petugas KKM, Ketua Pengarah Imigresen mohon maaf sikap Pengarah JIM Sabah

Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah


Itulah hasil kejayaan pelantikan pegawai Warisan di Sabah. Dan sekarang semua pegawai ini masih berkhidmat di Sabah. Ramai BOD GLC dan pegawai kementerian telah dipindahkan namun saki bakinya masih ada sebagai Setiausaha Tetap, Pengarah, Ketua Penolong Pengarah malahan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidamatan Awam Negeri Sabah. 

Alan Rahim kroni Dr Yusof Yacob?

Sumber mendedahkan Alan Abdul Rahim berterima kasih kepada Dr Yusof dan Warisan kerana menaikkan pangkatnya sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Oleh itu sejak itu beliau memang sentiasa memberi kerjasama kepada Dr Yusof apa saja perolehan tender untuk Dr Yusof dan kontraktor kroninya. Maka tidak hairanlah selepas Warisan tidak berkuasapun Alan Abdul Rahim boleh lebih 3 kali seminggu bertemu, makan dna berbincang hal projek untuk kroni mereka. Setakat pertemuan biasa mungkin masih boleh dianggap rakan tetapi jika seorang pegawai tinggi kerajaan mengadap bekas bos terlalu kerap pastinya ada sesuatu yang diarahkan oleh Datuk Dr Yusof.[VIDEO DI ATAS MENUNJUKKAN PERTEMUAN ANTARA YANG KERAP DILAKUKAN OLEH ALAN DAN DR YUSOF.] Untuk apa Alan perlu sentiasa bertemu dan melaporkan kepada Dr Yusof jika tidak kerana projek dan peruntukan? 

Atau apakah Alan membocorkan maklumat kewangan kepada Dr Yusof dan Warisan. 


Sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah apa motif Alan Abdul Rahim sering bertemu degan Dr Yusof Warisan?
Projek apakah yang mereka bincangkan?

Banyak peruntukan persekutuan akan dikendalikan oleh Hj Alan Abdul Rahim ini. Diharap Datuk Seri Haji Hajiji Ketua Menteri Sabah menukar Hj Alan kerana kemungkinan beliau membocorkan maklumat projek, kewangan dan apa sahaja yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri akan diberikan kepada Warisan.  Begitu juga aprojek-projek KKM yang dahulu Dr Yusof sebagai bekas Menteri Pelajaran masih mempunyai 'tangan ajaib' untuk memberi projek kepada kroni mereka di Sabah.

Ini bermakna Projek dan peruntukan persekutuan di Sabah masih boleh dirompak oleh Warisan kerana pegawainya masih taat kepada pemimpin Warisan. Semua teknikal tender di pejabat Perbendaharaan Persekutuan Negeri Sabah masih dikawal oleh Warisan.

32 Comments