Rakyat Sepanggar derita tiada air, Edward Pengarah sibuk Projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS ratusan juta milik kroni!
00:09 Sep 10, 2021  |  By SabahKini2
Rakyat Sepanggar derita tiada air, Edward Pengarah sibuk Projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS ratusan juta milik kroni!

Adun Datuk Yakub Khan sudah bersuara, rakyat sudah bersuara. Apakah Edward Lingkapo Pengarah JANS kisah? Rakyat sedang sengsara dia sibuk fokus projek ratusan juta Ibu Pejabat JANS baharu. Sibuk laksana projek Darurat paip untuk kroni tapi rakyat susah..

Nampaknya isu bekalan air Sepanggar tiada air kembali panas apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yaakub Khan meminta Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ir Edward Lingkapo meletak Jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

Isu tiada di Sepanggar malah kebanyakan tempat di seluruh Sabah bukan isu baru. April lalu Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri terpaksa turun padang ke Sepanggar melihat sendiri isu air dan mengarahkan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menyelesaikannya.

Sudah banyak kali arahan dibuat, siri mesyuarat kabinet negeri juga menegur Edward Lingkapo agar menyelesaikan masalah air yang melanda. Peruntukan mengatasi bekalan air diberi, projek darurat dilaksana tetapi hasilnya mengecewakan.

Teguran Datuk Yaakub Khan secara terbuka yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah pastinya punya asas yang kukuh. Memandangkan beliau adalah ahli kabinet sudah tentu mempunyai maklumat terperinci mengenainya.

Bagaimanapun sebagai adun dan juga wakil rakyat di Kawasan Sepanggar sudah tentu beliau juga tidak senang dengan isu yang kerap berulang walaupun Pengarah JANS berkata sudah menyelesaikannya.Yang menjadi mangsa wakil rakyat di kawasan Parlimen. Setidaknya selain tindakan di peringkat kabinet di akar umbi rakyat sedar Datuk Yakub senang melaksanakan kerjanya.


Datuk Yaakub Khan turun padang melawat sendiri Loji air

Beliau berkata dalam portal Sabahmedia.com isu bekalan air yang sentiasa mengalami masalah sejak sekian lama memberi kesan buruk kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Masalah bekalan air di kawasan Sepanggar sudah semakin meruncing, sudah beberapa kali perbincangan dan arahan dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.

“Namun sehingga kini masalah ini tetap berlaku dan berterusan, rakyat terus marahkan saya kononnya gagal untuk menyelesaikan namun ini memerlukan tindakan serius dan segera  JANS untuk menyelesaikan permasalahan penyaluran bekalan,” katanya

Jadi saranannya jika  Pengarah JANS tidak mampu melaksanakan kerja meletak jawatan sahaja atau mohon berpindah ke tempat lain.

“Justeru itu, saya meminta pengarah JANS lebih serius atau meletak jawatan agar bekalan air disini serta di beberapa daerah lain dapat diselesaikan,” katanya.

Masalah Pengarah JANS tapi Setiausaha Perhubungan nak jadi hero!

Menjadi satu kemusykilan besar apa perlunya Alfian Sambas Setiausaha Perhubungan Awam Menteri Kerja Raya Sabah lebih sudu dari kuah menjawab isu air yang meruncing di Sepanggar sedangkan tugas itu sepatutnya dijawab sendiri oleh Edward Lingkapo Pengarah JANS atau pasukan media korporatnya.

Menteri JKR sendiri pun masih boleh bertenang dan tidak terburu-buru menjawab isu yang dilontarkan oleh ADUN Karambunai Datuk Yaakub Khan yang lebih tahu masalah rakyat di kawasannya. Tak mungkin beliau tak tahu memandangkan mereka rakan sekabinet. Teguran  Datuk Yakub jelas kalau dah tak boleh sangat buat kerja memang patutlah meletak jawatan. Beri orang lain yang mampu. 

Alfian Sambas ni tak pandai strategi ke? atau dia memang ada sesuatu dengan Edward Lingkapo itu?

 

Bukankah lebih memburukkan keadaan apabila Setiausaha Perhubungan pula sibuk menjawab mempertahankan kesalahan Pengarah JANS dikala rakyat, netizen marah kepada kerajaan isu air tidak ada di Sepanggar. Yang bermasalah dan susah kerana tiada air ialah orang Sepanggar bukan rakyat di Tuaran yang beliau sebagai Ketua Pemudanya. Sepatutnya strategi yang baik ialah biarkan sahaja Pengarah JANS menjawab serta bergelut dengan isu. Rasa Pengarah JANS gagal maka dia berhentilah.

Jawapan panjang berjela yang disediakan oleh Pengarah JANS bukan jawapan yang rakyat mahu. Rakyat mahu solusi. Apa penyelesaian sudah dibuat. Kalau jawab perkara sama setiap kali tiada air rakyat akan muak bertambah marah. Kalau Pengarah JANS rasa boleh jawab isu semasa air maka Pengarah JANS jawablah sendiri bukan berselindung dibalik nama Pegawai Menteri. Sekarang Pengarah JANS dah berlindung di belakang pegawai. Siapa dapat nama buruk? Pengarah JANS ke Menteri?

 

Kegagalan Jabatan Air Negeri Sabah

Semua tahu sejak Amarjit Singh orang kanan Shafie Apdal menjadi Pengarah JANS masalah air di Sabah bertambah teruk.  Belum masuk saman ratusan juta oleh konsesi kepada kerajaan negeri (akibat tindakan Warisan) dan kini polemik bekalan air terus berlaku.  Banyak isu ketika Amarjit Singh (Setiausaha Bahagian Warisan) menjadi Pengarah JANS. Dari isu pelantikan, rombakan JANS, projek empangan, penamatan konsesi, pemberhentian pekerja dan banyak lagi. Isu-isu rasuah yang masih membelenggu di JANS sangat buruk. Insiden tangkapan Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS tahun 2017 masih segar selepas ratusan juta dirampas disembunyikan di rumah dan pejabat.

Selepas Amarjit Singh tidak disambung kontrak sebagai Pengarah JANS, Peter Anthony melantik pegawai bermasalah Edward Lingkapo sebagai Pengarah JANS yang baru. Edward pernah direman SPRM bersama Peguam Peter Anthony. Legasi Amarjit Singh dan Peter Anthony diteruskan. JANS semakin tenat dibawah Edward Lingkapo dan beliau dilihat sedang melingkupkan Jabatan Air Negeri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dulu direman SPRM, Edward Lingkapo Pengarah bakal lingkupkan Jabatan Air Sabah? ]

Dulu direman SPRM, Edward Lingkapo Pengarah bakal lingkupkan Jabatan Air Sabah?

 

Baklah apa  dia buat di Sabah? begitu banyak aduan dibuat terhadap JANS. Sabahkini2 sebelum ini melaporkan di Kota Kinabalu sahaja hampir 2500 aduan masalah air diterima dari bulan Januari hingga Jun.  Boleh rujuk aduan di pelbagai kawasan. Bayangkan berapa aduan di seluruh Sabah di terima? Sangat ironis cuba bayangkan daerah yang sentiasa banjir tetapi berlaku masalah air. Bukan kata air tak cukup tapi penghasilan air yang dirawat hanyalah sekadar laporan atas kertas. Tapi rakyat? kekal tiada air. Negara arab yang tiada air pun boleh selesaikan masalah air. Sabah yang banyak air tetapi gagal dibekalkan kepada rakyat. Kerja JANS ialah catu,catu,catu, catu tanpa notis. Buat projek tangki mahal-mahal tapi air tak dipam dalam tangki. Sampai bila nak catu? Sampai bila nak hantar lori air? 

Lihat saja komen aduan dalam laman sosial. Kumpulan Whatapps atau telegram kawasan perumahan. Itu belum masuk komen-komen menyerang Kerajaan GRS, Ketua Menteri dan wakil rakyat di kawasan. Kerja Pengarah JANS Edward Lingkapo senang saja beri nombor pegawai dia yang urus. Begitulah berulang-ulang sehingga dia habis jawatan Pengarah JANS. 

BACA ADUAN INI DALAM FACEBOOK DEX DANISH

Agak-agak Alfian Setiausaha Perhubungan tu nak tak jawab telefon netizan aduan masalah air di Sepanggar itu hari-hari macam Datuk Yakub Khan dan pemimpin tempatan di kawasan itu? 

Lihat pula kenyataan media daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik Dr Aliakbar Gulasan (PAS) berkata lebih 5,000 penduduk di Sepanggar merayu kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) supaya masalah air yang menghantui penduduk dapat diselesaikan dengan segera. Tiada notis catuan air diberikan.

"Notis catuan tiada langsung diterima menyebabkan penduduk tidak mempunyai sebarang persediaan untuk menyimpan bekalan air ketika ketiadaan air," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, pihaknya sudah menghubungi bahagian aduan dan jurutera JANS Kota Kinabalu untuk mendapatkan maklum balas berhubung situasi yang mereka hadapi.

"Kami juga sudah menghubungi pengarah jabatan yang bertanggungjawab dengan masalah air ini namun sehingga kini tiada tindakan," katanya.

Oleh itu dengan masalah di atas menjadi lebih musykil apa perlunya 

EDWARD Lingkapo tidak peduli masalah rakyat dia utamakan projek!

Mesyuarat  Jawatankuasa  Antirasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan siri 6 Bil 2 tahun 2021 merekodkan Jabatan Air Negeri Sabah diranking ketiga dalam tahap rasuah perkhidmatan awam di Sabah bagi tahun 2020.

Edward sendiri sudah pernah direman SPRM lebih 4 hari. Bukanlah menghairankan. Di JANS sekarang beliau mengarahkan pegawainya Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Air Daerah dan Pegawai Kerja Air Daerah meneruskan pemanggilan Sebutharga tanpa mengikut peraturan kewangan AP 54 Kuasa Membelanja Peruntukan (KMP) oleh Pegawai Pengawal. Tiada kelulusan Menteri Kewangan Sabah pun tak apa. buat saja belum termasuk peruntukan darurat secara rundingan terus. 

Edward juga sedang sibuk membina Ibu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah secara kaedah 'Land Swap' nilainya pasti ratusan juta yang beliau cadangkan iaitu syarikat kroni terowong Pulau Pinang Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd Jv Wira Syukur yang dulu diluluskan kerajaan Warisan melaksana Projek Empangan Papar RM3b. Edward sibuk menyerah tanah kerajaan itu membina projek mewah dan sebagai tukar ganti maka syarikat konsesi perlu menyiapkan pejabat Jabatan Air Negeri Sabah. Dah dapat projek Empangan Papar beri lagi projek ibu pejabat Jabatan Air. 

Lokasi 'Land Swap' dengan pemaju Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd Jv Wira Syukur

Tanah yang dicadangkan dilaporkan Tanah Gaya Park milik Jabatan Air Kota Kinabalu Sabah. Land Swap merupakan kaedah membangunkan fasiliti kerajaan dengan dibiayai melalui tukar ganti tanah negeri dengan pihak swasta. Ya projek runding terus. 

 

Siapa tak kenal syarikat Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd dan Wira Syukur di belakangnya Vizione Holdings Berhad. Lim Guan Eng kenal sangat syarikat ini.  Lebih lanjut boleh baca artikel Sabahkini2 sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS ]


Kamu rasa Rakyat Sabah dan orang Sepanggar, Pengarah JANS Edward Lingkapo mahu peduli mengenai masalah kamu tiada air? TIDAK beliau sedang mempercepatkan segala bentuk projek yang menguntungkan kroni dan Peter Anthony. Dari dia fikir masalah rakyat baik dia fikir bagaimana mendapatkan wang untuk bersara nanti.

 

 

25 Comments