Fred Gabriel 'Warisan' salahguna kuasa Pengerusi Sabahnet mengapa salahkan Dr Yusof?
12:10 Oct 11, 2021  |  By SabahKini2
Fred Gabriel 'Warisan' salahguna kuasa Pengerusi Sabahnet mengapa salahkan Dr Yusof?

Keluar saja Dr Yusof dari Warisan, Shafie dan cytro Warisan sudah menyerangnya dengan pelbagai tuduhan. Kononnya ugutan rasuah dikaitkan dengan Sabahnet. Benarkah? Kerana Pengerusi Sabahnet sebelum ini Fred Gabriel pemilik asal 'Warisan' ..

Selepas sahaja Datuk Dr Yusof Yacob Adun Sindumin mengesahkan keluar Warisan pada 8 Oktober lalu  menjadi wakil rakyat bebas menyokong Kerajaan GRS maka bermulalah serangan terhadap Dr Yusof dan para pengikutnya.

Portal Warisan dan perbincangan aplikasi whatspps mereka mula menuduh kononnya Dr Yusof sedang diugut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek Sabahnet dan juga isu  Skandal hartanah Dudley International House, di Melbourne, Australia  MARA Incorporated Sdn Bhd melibatkan orang kanan Shafie Apdal Dato’ Mohammad Lan Allani.

Rasuah RM33.45 juta Mara Inc: Dato' Lan Allani 'Orang Kuat' Shafie Apdal hadapi 22 tuduhan

Hakikatnya sejak desas-desus keluar parti ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir dan juga 6 Adun Warisan orang paling awal mahu keluar parti ialah Dr Yusof Yacob bagaimanapun isunya di simpan bagi mencari masa keluar parti yang sesuai. Kini sudah terbukti Dr Yusof melangkah keluar meninggalkan Warisan. Bukan ahli biasa tetapi pemimpin kanan  Ketua Penerangan Warisan pusat dan bekas Menteri kabinet negeri yang menjaga portfolio Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.

Benarkah Wujud rasuah kontrak Sabahnet?

Sabahkini2 pernah mendedahkan di bawah Kerajaan Warisan, Sabahnet mendapat peruntukan RM32 juta pada tahun 2020 bagi melaksana pelbagai projek termasuk melaksana Kerajaan Elektronik melalui Perjanjian Sistem Kerajaan Elektronik di Sabah

Melalui SabahNet, hampir 200 lokasi baharu pejabat kerajaan negeri akan disambungkan ke SabahNet menjadikan bilangan pejabat yang dirangkaikan melebihi 700 pejabat dengan prestasi kelajuan rangkaian ditingkatkan kepada minima 30Mbps hingga 100Mbps untuk pejabat-pejabat luar Kota Kinabalu.

Kementerian dan Sabahnet turut menganjurkan kursus. Bagaimanapun terdapat kelemahan pada pemantauan kursus sehingga kurang berkesan dan mudah berlaku ketirisan kepada penyedia Latihan. 

Semua cytro Warisan sebelum ini bernaung di bawah Sabahnet dan beberapa kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan yang membayar media ketika itu. 

Pengerusi Sabahnet sebelum ini ialah Fred Gabriel ‘sipenjual’ parti Warisan kepada Shafie Apdal. Kecoh satu ketika mengenai Fred Gabriel sebagai balasan beliau dilantik pengerusi oleh Shafie Apdal. Sebelum PRN Fred Gabriel aktif menggunakan Sabahnet dalam kempennya untuk Kerajaan Warisan.

 

Shafie balas budi Fred Gabriel

Lebih menarik apabila Fred bekas CEO Tungkus Sandad Sdn Bhd melantik syarikat Omnitel Network Sdn Bhd (Sebelum ni nama Tungkus Sandad Sdn Bhd) melaksanakan Projek Last Mile Infrastructure Sandakan Sabah. Apakah ini benar? Sabahnet bawah Kerajaan GRS boleh mendedahkannya sekarang.

Mungkin kerana Pengarah Syarikat Omnitel Network Sdn Bhd bernama Ismail Palil cuba dikaitkan dengan Datuk Dr Yusof Yakob Bekas Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah itu? Setakat ini tiada berita SPRM menyiasat Fred Gabriel dan  Datuk Dr Yusof Yakob mengenai Sabahnet.

Jika benar pun Fred Gabriel Pengerusi Sabahnet terlibat rasuah atau salah gunakuasa mengapa tidak ditangkap saja Fred Gabriel? Bukankah dia yang melakukannya. Dia Pengerusi.  Jika Warisan mahu menyerang Datuk Yusof dengan Sabahnet mengapa perlu menikam Fred Gabriel orang kuat Warisan juga. 

Apa yang rakyat Sabah dengar ialah siasatan SPRM kes selenggara jalan RM1.5b 4 konsesi zaman warisan. Sekalipun tertangguh kes itu tetap berjalan terutama untuk mengherat Max chong KPP Selenggara Jalan JKR. 

 

 

3 Comments