Arak TIMAH dilulus 2019 Zaman PH, Mujahid bekas Menteri Agama, Saifuddin Menteri KPDNHEP lupa?
00:10 Oct 18, 2021  |  By SabahKini2
Arak TIMAH dilulus 2019 Zaman PH, Mujahid bekas Menteri Agama, Saifuddin Menteri KPDNHEP lupa?

Bukan main sakan portal PH milik PKR dan Amanah memutar fakta isu arak jenama TIMAH. Syarikat telah wujud sejak 1982.Bagaimanapun jenama TIMAH diluluskan zaman PH tahun 2019. Tidak mungkin syarikat yang telah membuat pelaburan lesen mereka ditamatkan

Baru-baru ini netizen kecoh mengenai jenama arak TIMAH. Kenapa marah? TIMAH bukan Fatimah bukan nama orang Melayu atau semestinya nama orang Islam.

Kamus Dewan juga mendefinisikan timah sebagai Bijih Timah “Logam berwarna putih dan tidak berapa keras (Biasanya digunakan untuk menyalut besi dll).

Wiski TIMAH dilancarkan secara rasmi pada 7 Okt lalu oleh Pengarah Winepak Corp, Gilbert Yeo dan Kenny Yeo.  Winepak Corp bukan syarikat baru mereka sudah bertapak sejak 1982 malah lebih awal dari itu.

Seperti pengeluar atau kilang arak di negara ini mereka membuat pelaburan, R&D, menyertai pertandingan antarabangsa sehinggalah mengeksport keluar negara. Winepark memenangi beberapa anugerah di luar negara termasuk Wiski Timah yang memenangi Silver Medal di San Francisco World Spirits Competition in 2020 dan Silver Medal in the International Spirits Challenge (ISC) U.K  in 2020. Pada tahun  2021, Timah diberi anugerah Silver Medal di International Wine and Spirit Competition dan Gold Medal for Best Malaysian Whisky di International Whisky Competition.

Bukan hanya TIMAH tetapi arak keluarannya Vodka Kharaso juga mendapat pengiktirafan dunia. 

 

Tidak mungkin kamu boleh membatalkan lesen Winepak Corp, TIMAH selepas mereka membuat pelaburan dan diluluskan di zaman PH. Kerajaan boleh banyak kali bertukar tetapi syarikat berniaga, melabur dan mendapatkan keuntungan serta membayar cukai kepada kerajaan akan meneruskan perniagaan. 

Persoalannya mengapa PH dan pemimpin AMANAH marah arak TIMAH sekarang? Bukankah Menteri agama PH ialah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa jua. Mengapa mereka tidak bersuara atau menghalangnya ketika PH berkuasa dan syarikat Winepak Corp mendaftarkan produk TIMAH di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 6 Ogos 2019?

Menteri KPDNHEP zaman PH ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. Mengapa Saifuddin tidak mempertikaikannya dengan pegawai atau dalam kabinet mungkin. 

Kilang Winepak di Puchong. Ahli Parlimen Puchong ialah Gobind Deo DAP dan Adun di kawasan parlimen
itu ialah Adun Seri Serdang daripada parti Amanah. Menteri Agama daripada Amanah mengapa agaknya ketika berkuasa mereka tidak pun mengusulkan kepada Menteri KPDNHEP Saifudin Nasution ketika itu?

 

Hari ini portal milik PKR dan Parti Amanah memulakan serangan kepada PAS dan menghasut netizen kononnya kerajaan hari ini meluluskan lesen arak tetapi hakikatnya syarikat telah berniaga lama dan mendapat paten nama TIMAH pada zaman Kerajaan PH. Tidak pula portal PH itu mengulas mengenai kelulusan TIMAH tahun 2019. Mengapa? sebab bimbang terkena batang hidung sendiri.

Sejak TIMAH dilancarkan 7 Oktober lalu netizen, para pembenci dan pendokong Pro PH menjadikannya sebagai isu politik untuk menyerang kerajaan.

Sekalipun syarikat pengeluar arak Winepak Corp menjelaskan jenama TIMAH itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu. Apakah PH fikir menggunakan nama TIMAH dan membayar paten nama dan gambar Captain Speedy itu percuma? Pastinya hak eksklusif seperti itu menelan belanja jutaan ringgit.

Winepak Corp menjelaskan gambar lelaki pada label produk tersebut ialah salah seorang individu yang memperkenalkan budaya minuman berkenaan pada era pentadbiran British dulu, iaitu Tristram Charles Sawyer Speedy atau Kapten Speedy. Laman web syarikat itu juga menjelaskannya.

"Berdasarkan kepada sejarah itu kami menggunakan nama TIMAH.

"Kami tidak berniat menjadikan nama kami untuk mencetuskan kontroversi. Sebarang pentafsiran nama kami yang tidak ada kaitan dengan pelombongan bijih timah Malaysia adalah palsu.

"Timah dibuat untuk dinikmati oleh orang bukan Islam yang berumur lebih daripada hal yang dibenarkan undang-undang," katanya.

Antara info yang menyebut mengenai Kapten Speedy dan lombong Bijih Timah di Larut Perak

Strategi PH salahkan kerajaan

Mengapa salahkan Kerajaan? Di negara ini sesiapa juga individu atau ahli perniagaan boleh mengeluarkan produk masing masing-masing selagi tertakluk kepada undang-undang Kerajaan. Bukan sahaja nama TIMAH tetapi juga nama dan produk lain.

Sesiapa kerajaan berkuasa pun tak mungkin akan mengharamkan lesen kilang arak. Rakyat Malaysia berbilang bangsa, keturunan, Bahasa dan agama. Semua hak rakyat Malaysia dijamin dalam Perlembagaan negara.  Teringat laungan Khalid Samad MP Shah Alam 'menang hari ini subuh kilang arak ditutup'. Tetapi dah beberapa penggal PH memerintah di Selangor tidak ada satupun kilang arak yang ditutup. 

Maka jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary daripada PAS itu berasas bahawa tidak wajar mempersalahkan pengeluaran arak baru jenama TIMAH itu.

Perusahaan mengeluarkan minuman keras Winepak memang sudah wujud di negara ini tetapi ia bukanlah dikeluarkan oleh kerajaan tetapi pihak swasta.

Cuba fikir mengapa agaknya Saifudin bekas Menteri KPDNHEP dan Dr Mujahid Yusof bekas Menteri Agama PH berdiam dalam isu TIMAH? Sebab mereka tahu TIMAH ini lulus zaman PH! Apapun di zaman PH dulu bab menjual agama ni Mujahid Yusof Raya adalah pakar. Mujahid pernah berkata khalwat hal peribadi malah pesta arak atau Oktoberfest dia kata boleh selagi tidak mengganggu orang Islam. Nampak tak!

 

By 

Adi Wira Perdana

 

 

4 Comments