Warisan jadi 'Parti Malaya' mahu tanding 222 kerusi parlimen
03:10 Oct 23, 2021  |  By SabahKini2
Warisan jadi 'Parti Malaya' mahu tanding 222 kerusi parlimen

Bosan streotaip Warisan milik 'Sempornarian', Shafie nekad menjadikan Parti Warisan Sabah sebagai 'Parti Malaya' dengan memperalatkan parti MUDA dan menggunakan pengaruh Dr Mahathir Pengerusi Pejuang. Slogan 'Sabah Kita Punya' mungkin tidak berguna lagi

Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dulu berkata mereka parti lokal kini bersedia untuk melebarkan sayapnya ke Semenanjung sebagai ‘Parti Malaya’ dengan menjalinkan kerjasama parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang belum lulus pendaftarannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya sudah membuat persediaan untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen pada PRU-15.

Katanya, keputusan untuk bertanding di semua kerusi Parlimen itu telah dibuat pada peringkat Majlis Tertinggi parti berkenaan.

Beliau berkata, pengalaman luas beberapa pemimpin WARISAN yang pernah berkhidmat pada peringkat nasional, menjadi antara faktor kesediaan parti itu berbuat sedemikian.

“Kita menawarkan diri dan memutuskan untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen pada PRU-15.

“Jika UMNO, PBS (Parti Bersatu Sabah), GPS (Gabungan Parti Sarawak), PKR dan PAS bertanding di Sabah atau Sarawak, takkan WARISAN tidak boleh menawarkan diri sebagai pilihan pada PRU-15,” katanya

Mengulas lanjut mengenai kerjasama dengan MUDA pula, Shafie Apdal berkata, perkara itu masih dalam proses perbincangan dan sebarang keputusan berkaitan akan diperhalusi.

“Kita mengadakan pertemuan dan perbincangan mengenai perkara ini, termasuk untuk memperhalusi bagaimana ia dapat kita realisasikan.

“Ia dilaksanakan sebaik mungkin dan disusun rapi bagaimana untuk memastikan penyertaan golongan muda ini boleh berkhidmat bagi menentukan masa depan negara, dapat kita jayakan.

“Kita sudah menyatakan kesediaan kerjasama (WARISAN-MUDA). Kalau dapat kita jayakan, ini akan kita lakukan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak rayuan supaya MUDA didaftarkan sebagai sebuah parti politik, pada 14 Disember depan.

Jika Parti MUDA gagal didaftarkan maka Syed Saddiq dikatakan akan bertanding di bawah Parti Warisan memandangkan Warisan telah membayangkan penubuhan cawangannya di Parlimen Muar

Sebelum ini Parti Pejuang di bawah Tun Dr Mahathir turut mengintai menggunakan Parti Warisan namun Pejuang telah berjaya didaftarkan. Bagaimanapun Warisan terus bertuankan Dr Mahathir

Naib Presiden Warisan Datuk Jaujan Sambakong juga telah melancarkan  penubuhan warisan Semenanjung di Negeri Sembilan dan Kelantan sekalipun sanggup menyalahgunakan permit rentas negeri.

Jaujan Naib Presiden Warisan salah guna permit rentas negeri langgar SOP lancar Warisan 'Malaya'

Ketika ini, WARISAN mempunyai lapan kerusi Parlimen, iaitu Mohd Shafie (Semporna), Datuk Darell Leiking (Penampang), Datuk Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu), Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (Kota Belud), Ahmad Hassan (Papar); Datuk Rozman Isli (Labuan) dan Ma’mun Sulaiman (Kalabakan).

Idea Warisan jadi 'Parti Malaya' ialah usaha Shafie Apdal agar Parti Warisan lari dari stereotaip parti Warisan milik orang Semporna dan bajau suluk sahaja. Shafie sedar penyebaran pengakuan video ucapan Shafie Apdal dalam Bahasa ‘Bajau Suluk’ kepada bangsa, keluarganya dan ‘Sempornarian’ telah memberi kesan buruk kepada kempen Warisan dalam kempen PRN tahun lalu. Persepsi Warisan milik 'Semporna' mesti dilenyapkan dengan idea Warisan jadi Parti Malaya.

Dalam masa sama Warisan jadi ‘Parti Malaya’ kerana dilaporkan dana hasil kroni Peter Anthony projek JKR RM1.5Bilion yang diuruskan Max Chong boleh digunakan dalam PRU ke 15 nanti. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan lebar sayap ke 'Malaya' ditaja Syarikat kroni Peter, Max Chong JKR? ]

Shafie Apdal buat masa ini perlu menunjukkan dia adalah pemimpin nasional bukan sekadar ‘jaguh kampung’ memandangkan usahanya sebelum ini untuk dipilih menjadi Perdana Menteri bawah Pakatan Harapan gagal bersaing dengan Anwar Ibrahim. Sekalipun para ADUN Warisan mula goyang dan mula lompat parti Shafie mahu meneruskan misinya termasuk memperalatkan Syed Saddiq Parti MUDA.

5 Comments