Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni
22:11 Nov 25, 2021  |  By SabahKini2
Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi  RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni

Bukan sahaja RM154.5 juta di bayar selepas PRN Sabah dalam skandal RM1.5b konsesi kroni Peter. Rupanya 1755 'Jalan Hantu' dengan kos RM145.1 juta perlu dibayar Kerajaan Sabah kepada konsesi kroni. Siapa dalang Pegawai JKR terlibat?

Sabahkini2 telah mendedahkan 4 konsesi jalan kroni Peter Anthony Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Kontraktor Sdn Bhd, AK Setia Bina Sdn Bhd dan Sinaran Mewah Sdn Bhd telah dibantu oleh Ir Max Chong JKR mendapat bayaran hampir RM45 juta kurang sebulan selepas PRN Sabah.

Sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan Negeri telah membuang RM154.5 juta kepada 4 konsesi itu. Apa sudah jadi? Walaupun terbukti kerja-kerja itu tidak dilaksanakan oleh kontraktor konsesi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah]

Jika selepas PRN Sabah dan hingga September 2021 sudah terbuang lebih RM154 juta kepada 4 konsesi bayangkan jika beberapa konsesi lagi misalnya seperti Syarikat Globinaco Sdn. Bhd (611943-X) dengan kontrak RM290 juta dan WKW Eramaju Sdn. Bhd (1000264-A) yang disebut gagal dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2.

Rakyat Sabah boleh melihat perbandingan kontrak konsesi dan jumlah kilometer jalan yang perlu di selenggara oleh konsesi. Dan konsesi mana paling murah PerKM melaksana kerja-kerja selenggaraan daripada harga serendah RM31,171.57 PerKM hingga tertinggi RM203,981.72 PerKM. Jika harga konsesi serendah RM31,000 PerKM kerajaan mampu menjimatkan hampir RM500 juta setahun. 

Info 4 konsesi kroni Peter Anthony kontrak selama 5 tahun

Dalang Pegawai JKR Skandal RM1.5B Punca MOF Sabah ambil alih projek  selenggaraan jalan?

 

Terdapat sumber Ir Max Chong JKR telah menghantar bajet tambahan bagi projek selenggaraan JKR sempena pembentangan Belanjawan Sabah 2022. Tentunya akalnya ratusan juta lagi diberi kepada konsesi kroni yang berkawtim dengannya.

Kerajaan Negeri Sabah sewajarnya menyekat segala peruntukan yang menyebabkan kerugian kepada Kerajaan. Hasil semakan Sabahkini2 selain harga kontrak 'mark up' melampau, pembayaran kepada konsesi ratusan juta selepas PRN Sabah satu  lagi penemuan baru ialah terdapat jalan hantu atau 'Ghost Road' atau Jalan tidak wujud telah dibayar kepada konsesi.

Ia melibatkan 1755 jalan atau 2210 kilometer panjang jalan. Jalan tanpa nama ini ditemui dalam beberapa Majlis Perbandaran dan Daerah di 27 Daerah di Sabah. Paling banyak di kawasan Majlis Perbandaran Sandakan (450 jalan), Tawau (450 jalan), Beaufort (153 jalan), Lahad Datu (144 jalan). Selebihnya daerah-daerah lain seperti dalam rajah di bawah. Hanya 4 Daerah sahaja tidak mempunyai jalan hantu iaitu Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Putatan. 

Apa motif Ir Max Chong memasukkan jalan hantu tanpa nama dalam permohonan perbelanjaan selenggara jalan JKR di bawah kuasanya malah telah dibayarpun pada tahun 2020? lebih 8000 kilometer jalan selenggara JKR namun sebenarnya hanya 6072 kilometer sahaja yang wujud. Bakinya 2210 KM tidak diketahui jalan nama apa? Jika 300 ribu gambar telah dihantar kepada SPRM bagaimana jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeriksa 1755 jalan hantu ini?

Paling mengejutkan Syarikat milik proksi Peter Anthony AK Kontraktor Sdn Bhd paling banyak mencuri wang rakyat melalui projek Jalan hantu di PBT Kawasan Timur Sabah begitu juga Nabalu Builders Sdn Bhd milik Pembinaan Azam Jaya.


Ir Max Chong dan JKR Daerah pasti punya jawapan 1755 jalan hantu di seluruh PBT Negeri Sabah ini?
Mengapa Sandakan, Tawau dan Beaufort begitu banyak?


Berapakah kerugian kerajaan Sabah bagi 4 Konsesi di Jalan Hantu?


Konsesi pertama ialah Sinaran Mewah Sdn Bhd.
Enam Majlis Daerah melibatkan panjang jalan 153.301 KM. Kos kerugian dibayar pada jalan hantu ini ialah RM12.1 juta. Jika kita menyemak pada tuntutan bayaran sebulan selepas PRN Sabah sebanyak RM 8.2 juta telah dibayar pada bulan Oktober 2020 sehingga disember 2020 ialah RM18.6 juta. Ini bermakna jalan hantu juga telah dibayar sekali. 

Konsesi Kedua ialah A.K Setia Bina Sdn Bhd.  Tujuh Majlis Daerah melibatkan 440. 392KM panjang jalan. Lebih 400 jalan hantu dikesan. Daerah Beaufort merupakan daerah ketiga terbanyak jalan hantu. Kos kerugian dibayar pada jalan hantu ini ialah RM4.8 juta. 

 

Semakan tuntutan bayaran selepas PRN Sabah ialah RM 7.2 Juta. AK Setia Bina telah membuat tuntutan bayaran pada disember 2021 dua bulan selepas PRN Sabah. Syarikat dari Sarawak ini nampaknya mendapat laba daripada konsesi kroni Peter Anthony dan Mac Chong. 

Konsesi ketiga ialah A.K Kontraktor Sdn Bhd. Empat PBT. Melibatkan 587 jalan hantu. Sandakan sahaja 470 jalan hantu. Kerugian kerajaan ialah RM48.6 juta.    Mengapa Ir Max Chong memilih konsesi daerah terbanyak jalan hantu? jawapannya AK Kontraktor adalah kepunyaan Peter Anthony. Ir Max Chong mencipta jalan yang tak wujud agar memudahkan tuntutan bayaran dibuat kepada AK Kontraktor.

Bukti AK Kontraktor Sdn Bhd milik Peter Anthony boleh baca di ARTIKEL INI

Jalan yang sedia ada didaftarpun konsesi dah gagal laksana kerja.
Bayangkan  587 jalan hantu. Berapa kos bayaran telah dicuri oleh AK Kontraktor?

 

Maka tidak hairanlah semakan tuntutan bayaran menunjukkan AK Kontraktor telah mendapat bayaran konsesi RM18.7 juta sehingga bulan disember 2020. Sebulan selepas PRN Sabah pada 19 Oktober, AK Kontraktor telah dibayar RM11.8 juta. Mengapa? Sebab dana Pilihanraya sudah dibayar lebih awal maka claim perlu dikejar semula sebelum kerajaan bertukar tangan. Atau jika dalam tempoh peralihan Kerajaan GRS tidak boleh berbuat apa-apa kerana Pegawai Kementerian dan Bendahari Negeri sudah menguruskan bayaran.

 

Konsesi Keempat ialah Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, konsesi kesayangan Shafie Apdal dan Peter Anthony dinaungi VVIP Kayangan. Syarikat dimiliki oleh kumpulan Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd. Siapa tidak kenal Azam Jaya. Konsesi yang tidak boleh disentuh dan didakwa. Kes Flyover Luyang RM300 juta retak mereka masih kebal. Blackout 78 kali pun SESB tak berani dakwa di mahkamah. Betapa berpengaruhnya Azam Jaya ini. 

Melibatkan 637 jalan hantu dengan 450 jalan dikesan di Majlis Perbandaran Tawau dan Lahad Datu 144 jalan. Panjang jalan ialah 1003.484 kilo meter dengan anggaran kerugian Kerajaan Sabah ialah RM79,493,082.34. 

Mengapa Ir Max Chong memilih Borneo Nabalu Builders atau Azam Jaya untuk memperbanyakkan jalan hantu? Sebab mudah berurusan dan komisen mudah dibayar.

Semakan bayaran konsesi kepada Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd lebih luar biasa kerana selepas PRN Sabah pada 26 September 2020, Konsesi Nabalu mendapat SECARA PUKAL RM21.9 JUTA pada 19 Oktober 2020. Begitu banyak claim Nabalu Builders? Bagaimana mereka boleh dibayar sebanyak RM 21.9 juta? Apa agaknya mereka buat di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak? Siapa yang periksa atau audit jalan konsesi Nabalu? Gambar-gambar yang dihantar kepada SPRM jelas konsesi ini tidak pun membuat kerja. 

 

Bagaimana dengan 637 jalan hantu di Zon Selatan ini? Bukan sikit jalan hantu tetapi lebih 600 jalan. Jika RM 79.4 juta kerugian Kerajaan Sabah kerana jalan hantu bayangkan berapa mereka dah curi daripada tuntutan bayaran RM 21.9 juta di atas.

Sabahkini2 boleh menyebutkan bukti butiran bayaran, baucar, nombor perbendaharaan dan nilai-nilai bayaran sebenar wujudnya skandal ini. Namun cukuplah buat masa ini bukti-bukti ini kita berikan kepada SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tindakan segera. 

Sekarang Belanjawan Sabah 2022 nak diumumkan. Para pegawai penyangak macam Ir Max Chong JKR hantar lagi kertas kerja untuk tambah bajet. Mohon MOF menyekat sebarang peruntukan tambahan yang tidak munasabah memudahkan ketirisan berlaku.

Lebih baik penjimatan projek selenggara jalan RM500 juta ini diberi kepada rakyat dalam pembangunan lain bukan jalan hantu yang merepek ini. 

 

39 Comments