RM300 juta SDB belum dibayar kini Air Asia disenarai syarikat PN17
18:01 Jan 17, 2022  |  By SabahKini2
RM300 juta SDB belum dibayar kini Air Asia disenarai syarikat PN17

Dulu Warisan bangga beri hutang kepada Air Asia guna Sabah Bank Development. Kini Air Asia hampir melingkup dengan hutang berbilion ringgit dan disenarai PN17. Apa jadi hutang Air Asia kepada Sabah? Apakah RM300 juta bakal lesap?

14 Januari lalu Bursa Malaysia mengkategorikan Kumpulan AirAsia Berhad sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17).

Syarikat penerbangan yang punya hutang berbilion ringgit itu terpaksa diletakkan dalam PN17 selepas kumpulan tersebut menepati beberapa kriteria untuk diletakkan di dalam kategori tersebut.

Syarikat-syarikat yang berstatus PN17 atau GN3 merupakan syarikat yang bermasalah dari sudut kewangannya, laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah dan syarikat mengalami kerugian yang teruk sepanjang sukuan dan tahunan.

September tahun lalu AirAsia X Bhd mencatatkan kerugian bersih RM24.63 bilion bagi suku tahun 1 April hingga 30 Jun 2021 berikutan peruntukan jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang.

Pada 5 Oktober tahun lalu, Kumpulan AirAsia mengumumkan syarikat penerbangan tambang murah itu menerima kelulusan Danajamin Nasional Berhad untuk pinjaman sehingga RM500 juta, untuk pulih daripada impak COVID-19.

Pinjaman tersebut 80% dijamin oleh kerajaan Malaysia, adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi bagi menyokong perniagaan yang terjejas akibat pandemik tersebut bagaimanapun Air Asia terus mengalami kerugian.

AirAsia yang telah diumumkan berstatus PN17 perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia. Sekiranya Air Asia gagal Bursa Malaysia boleh menggantung urusniaga saham syarikat tersebut dan berkemungkinan akan de-listed dari Bursa Malaysia.

Dalam satu kenyataan terbaru Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata kumpulan tersebut sedang merangka pelan untuk menyelaraskan situasi kewangannya untuk keluar daripada kategori PN17.

“Apa yang penting, kami bukan hanya syarikat penerbangan lagi (iaitu) bergantung sepenuhnya kepada tambang penerbangan.

“Kami adalah syarikat pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup sinergi, semuanya dijangka menjadi peneraju industri dalam bidang masing-masing di ASEAN,” katanya.

Bursa Malaysia sebelum ini menolak rayuan Air Asia melanjutkan tempoh pelepasan selama 18 bulan daripada dikategorikan sebagai syarikat PN17, yang berakhir pada 7 Januari 2022.

Fernandes berkata kumpulan AirAsia telah melaksanakan pelbagai langkah pengumpulan dana untuk meningkatkan kedudukan mudah tunainya, selain meletakkan asas yang kukuh bukan sahaja untuk bertahan, tetapi pulih daripada impak pandemik dengan lebih kukuh daripada sebelum ini dalam masa terdekat.

Beliau menambah, kumpulan tersebut telah meraih lebih RM2.5 bilion setakat ini, termasuk penempatan persendirian sebanyak RM336.48 juta pada suku pertama 2021.

Setakat 14 Januari 2022, terdapat 23 syarikat yang dikategorikan sebagai PN17 di Bursa Malaysia.

Antara lain ialah TH Heavy Engineering Berhad, Scomi Group Berhad, Konsortium Transnasional Berhad dan Brahim’s Holdings Berhad.

Pengesahan terbaharu daripada Bursa ini menyaksikan Kumpulan AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad kini tergolong dalam kategori tersebut.

Tony Air Asia bayar jutaan ringgit kepada Shafie kembali ke Terminal 2?

Status Pinjaman RM300 juta Air Asia- Sabah Development Bank Berhad

Sekitar oktober tahun 2020 selepas PRN Sabah gempar apabila Sabah Development Bank Berhad milik Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Warisan memberi kelulusan RM300 juta kepada syarikat Air Asia Group Berhad yang ketika itu sedang mencungap dengan hutang lebih RM66 Bilion.

Pinjaman mencurigakan itu dilaporkan bakal merugikan Sabah kerana status Air Asia yang tenat. Ramai berpendapat pinjaman itu diluluskan kerana kroni Shafie Apdal.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan!

Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan!

Apakah status pinjaman ini sekarang? Apakah Air Asia membayarnya atau para pemiutang termasuk SDB bersetuju bertolak ansur dengan Air Asia sebagaimana pengumuman AirAsia pada November 2021 dalam Mesyuarat Skim Pengaturan (SOA) bagi penstrukturan hutangnya

Lihatlah apa hasil tangan Shafie Apdal dan Warisan buat. Bukan sahaja Air Asia tetapi saman-saman dari konsesi air, pembalakan dan juga Sabah Forest Industries Sdn Bhd juga sedang berjalan. 

Ketika ini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor terus mengemudi Sabah dengan sangat baik walaupun berhadapan dengan kerja-kerja tangan kotor Warisan dan para pegawai yang bersekongkol dengan Warisan sebelum ini. Beliau terus bekerja demi rakyat. 

 

2 Comments