SC Buktikan Azam tidak bersalah, tiada pelanggaran undang-undang beli saham
14:01 Jan 19, 2022  |  By SabahKini2
SC Buktikan Azam tidak bersalah, tiada pelanggaran undang-undang beli saham

SC buktikan Azam tidak melanggar undang-undang. Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan berkata siasatan berhubung inkuiri tersebut sudah selesai dan kes itu telah ditutup oleh pihak SC.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) semalam telah membersihkan Azam Baki selepas siasatan terhadap dakwaan beberapa siri artikel hantu Edisi Siasat blogspot yang menuduhnya mempunyai konflik kepentingan dalam isu pembelian saham, mengatakan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) itu tidak melakukan pelanggaran undang-undang.

SC berkata siasatan mereka tertumpu kepada dakwaan mengatakan Azam melanggar Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda), yang mengatakan akaun dagangan perlu dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

“SC memutuskan siasatannya dan berdasarkan bukti yang ada, SC tidak dapat secara muktamad memutuskan pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Sicda berlaku,” kata SC dalam satu kenyataan

“Berdasarkan siasatan kami dan dokumen yang diperolehi dari pihak-pihak berkenaan, kami mendapati kami tidak boleh secara muktamad membuktikan terdapat pelanggaran undang-undang sekuriti mengikut Seksyen 25 (4) Sisda 1991 berlaku,” katanya.

“Disebabkan itu, SC menutup fail siasatan tersebut.”

Sementara itu Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan berkata siasatan berhubung inkuiri tersebut sudah selesai dan kes itu telah ditutup oleh pihak SC.

"Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang dibuat oleh SC yang telah mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh saya.

"Oleh itu saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat," katanya

Azam sebelum ini telah mengeluarkan surat tuntutan saman kepada wartawan bernama Lalitha Kunaratnam yang memfitnahnya secara terbuka menggunakan maklumat blog Edisi Siasat.

Terbukti saham-saham murah yang didakwa atas nama Azam bukanlah rahsia merupakan milik adiknya yang laporan pemilikan saham itu dilaporkan dalam laporan tahunan syarikat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Miliki Saham 'Family Member' apa salah Azam Baki? ]

Semua syarikat itu juga tidak mempunyai kepentingan siasatan dalam kes SPRM.

Apa yang berlaku ialah serangan terhadap Azam Baki hanya politik dalaman dan bermotif dendam. Ini termasuk pemimpin PH DAP yang tidak senang dengan Azam Baki yang sedang melanyak pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dalam kes terowong bawah laut Pulau Pinang.

[ARTIKEL BERKAITAN- Serang Azam motif dendam pihak tertentu, tiga TKP SPRM sokong Azam ]

 

 

 

15 Comments