Siasat status warganegara Ketua MIC Sabah Projek IC Dr Mahathir
05:01 Jan 20, 2022  |  By SabahKini2
Siasat status warganegara Ketua MIC Sabah Projek IC Dr Mahathir

NGO, Aktivis dan PBS persoal Peer Mohamad Kadir sebagai warga India projek IC Dr Mahathir. Ketua MIC Sabah itu juga saksi dalam RCI 2013. Kerajaan Negeri akan menyiasat status warganegara Ketua MIC itu.

Baru-baru ini sekumpulan aktivis di Sabah termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) mempersoalkan identiti Ketua MIC Sabah Peer Mohamad Kadir, yang sama namanya seperti individu dari India yang memasuki Sabah dari negara itu pada 1984.

Peer Mohamad Kadir yang pernah kontroversi kerana pernah membuat pengakuan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 2013 berhubung status kewarganegaraan berhubung insiden Projek IC di Zaman Dr Mahathir Mohammad PM4.

Portal media dan blog-blog pernah melaporkan isu Peer Mohamad Kadir sekitar tahun 2013 itu. Kini Peer Mohamad Kadir menjadi Ketua MIC Sabah dan juga mendapat manfaat dilantik dalam GLC Sabah termasuk isu mendapat BRIM dan anggota RELA.

Bagaimana MIC boleh melantik Peer Mohamad Kadir sebagai ketuanya? Projek IC Peer di JPN Kota Marudu maka tidak hairanlah jika 
Presiden PBS Maximus Ongkili MP Kota Marudu sangat mengenalinya


Peer Mohamad Kadir - Laporan RCI

Sehubungan itu, Presiden PBS Maximus Ongkili dan beberapa NGO menggesa pihak kerajaan melakukan pemeriksaan semula latar belakang terhadap Ketua MIC Sabah itu.

PBS menunjut penjelasan kerana parti itu sentiasa komited untuk membersihkan Sabah daripada pendatang tanpa izin (PTI).

“Kami percaya negeri dan negara secara keseluruhannya adalah milik rakyat Malaysia yang tulen.

“PBS turut khuatir terhadap dakwaan bahawa Peer memasuki Sabah dari India pada 1984 dan memperoleh kad pengenalan enam tahun kemudian melalui cara yang meragukan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBS

Sesi berbeza; Datuk Dr. Joachim Gunsalam PBS /TKM Sabah melayan Pee Mohamad Kadir tetapi Presiden PBS
menentang keras sebagai PTI Projek IC. Apakah laporan polis juga meliputi bantuan pelabur Ketua MIC itu kepada Dr Joachim?

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, Pemuda PBS juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu tidak lama lagi. 

“Kami berharap siasatan akan membuka “kotak Pandora” secara keseluruhan. Kami ingin tahu bagaimana beliau boleh mendapat kewarganegaraannya serta maklumat-maklumat lain agar tindakan sewajarnya boleh diambil” katanya.

 

Semakan menunjukkan Peer Mohamad Kadir masih mengundi di Parlimen Kota Kinabalu dan Dun Likas

 

Siasatan Kerajaan Negeri

Susulan dakwaan itu Kerajaan negeri akan menyiasat laporan mengenai Ketua MIC Sabah Peer Mohamad Kadir yang didakwa mendapat dokumen pengenalan diri secara tidak sah selepas beberapa tahun berhijrah dari India ke Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, beliau mengetahui mengenai dakwaan itu melalui media sosial tetapi tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya.

Beliau turut mengesahkan bahawa Peer Mohamad adalah orang sama yang dikaitkan dengan Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu yang dilantik kerajaan negeri untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

"Kita akan siasat perkara itu. Saya belum dapat maklumat lanjut tetapi nama yang disebut Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu itu adalah Pengerusi MIC Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tiga usaha sama pelaburan antara kerajaan negeri dan Yayasan Sabah dengan syarikat tempatan serta luar negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

 

2 Comments