Selenggaraan Jalan JKR Sabah 'Sangat Teruk', SPRM tidur, kerajaan rugi RM145.1 juta bayar konsesi di 1755 ‘Jalan Hantu’
14:05 May 07, 2022  |  By SabahKini2
Selenggaraan Jalan JKR Sabah 'Sangat Teruk', SPRM tidur, kerajaan rugi RM145.1 juta bayar konsesi di 1755 ‘Jalan Hantu’

Nampaknya selenggaraan jalan Sabah dalam keadaan 'sangat teruk'. Jika tidak tular di laman sosial Pegawai JKR kawasan tidak akan bertindak.Sebelum ini terdedah 1755 'Jalan Hantu' pun dibayar kepada konsesi. Kerajaan rugi RM145.1 juta tapi SPRM Sabah tidur

Baru-baru ini tular satu video klip video di laman sosial Ah Dan, kelihatan keadaan jalan raya di kawasan Telupid, Sabah itu ternyata tidak rata serta dipenuhi dengan lubang.Klip video berdurasi 21 saat itu turut memaparkan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut meluahkan perasaannya menerusi sebuah lagu.

“Dari Kota Kinabalu pergi Sandakan, sampai Telupid ku kemurungan kerana jalannya macam di bulan,” nyanyi pemandu itu.

Jalan Telupid tular bukan baru. Ketika Warisan berkuasa Peter Anthony bekas Menteri JKR siap berjanji tahun 2019 bahawa jalan Telupid-Sandakan akan dibaiki sebelum tahun baru cina! Tapi rupanya sehingga sekarang jalan Telupid itu kekal bermasalah dengan kerosakan kerap berulang.

Nampaknya tak kira kerajaan jalan ini tetap mencetus masalah setiap kali perayaan. Hari ini giliran Menteri JKR GRS-BN pula diserang netizen.

Susulan itu Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Ali Ahmad Hamid ada 2 April lalu meminta agar semua Pejabat Daerah di negeri ini dapat menyerahkan status jalan-jalan terkini di kawasan masing-masing yang memerlukan perhatian baik pulih atau penyelenggaraan di kawasan masing-masing, agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan.

Alasannya status jalan sahih yang diperoleh dan bukan dibawah seliaan KKRS, akan membolehkan KKRS memohon dana dan perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut, sekaligus, menyegerakan proses baik pulih atau proses penyelenggaraan khususnya, terhadap jalan-jalan yang rosak.

”Agak sukar mengelak persepsi masyarakat, apabila berlaku isu-isu kerosakan jalanraya semuanya dikaitkan dengan JKR, walaupun jalan yang diadukan atau pun diviralkan di media sosial bukannya dibawah penyelenggaraan JKR ” katanya

Menurut Ali banyak ketegori jalan antaranya jalan persekutuan, jalan pertanian, jalan ladang, jalan pihak berkuasa tempatan atau jalan dari agensi lain yang bukan dibidang kuasa JKR untuk memperbaikinya apabila berlaku kerosakan.

”Dengan adanya status jalan ini memudahkan pihak JKR membuat tindakan susulan terutamanya bagi jalan yang tidak berstatus, dimana pihak JKR akan membantu Pejabat Daerah berkenaan untuk memasukkan jalan dimaksudkan ke dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) dan Sabah Road Record Information System (SARRIS) untuk tindakan lanjut.

Ali menambah pihaknya telah pun mengemukakan surat berhubung dengan perkara ini kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan agar setiap Pejabat Daerah memberikan kerjasama bagi mengenal pasti status jalan di kawasan masing-masing dan setakat ini ada tiga pejabat daerah sudah menghantarnya antaranya Pejabat Daerah Nabawan dan Tenom.

Selenggaraan Jalan JKR

Isunya sekarang Pegawai JKR hanya bekerja selepas ditegur diketuk baru bertindak. Tidak perlu jauh pergi saja ke selenggaraan Jalan Persekutuan Utama di Sabah.  Ada 7 Jalan Persekutuan Utama iaitu Laluan Persekutuan Malaysia R1, R13, R22, R500, R501, R502 dan R503. Selebihnya jalan Persekutuan Felda/Felcra dan institusi kemudahan persekutuan. Dilaporkan Jalan Persekutuan sedia ada adalah dalam kondisi 4 iaitu jalan dalam keadaan sangat teruk. 

Ini belum projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang sekarang sedang dibina dan ada syarikat yang melepasi tarikh siap tetapi jalan belum ada tanda-tanda siap sehingga hujung tahun ini. [Kita akan dedah Jalan Pan Borneo Sabah kemudian disiri lain]. 

Mintalah Datuk Ali Ahmad Hamid Pengarah JKR pergi sendiri ke Daerah kelahirannya Menumbok – Kuala Penyu. Laluan Persekutuan R502  merupakan laluan 70KM menghubungkan Beaufort ke Menumbok untuk rakyat Sabah ke Labuan. Kita tak perlu beri gambar Pengarah JKR ini tahu sendiri. 

Apa pengarah JKR tu lihat sendiri? Bukankah jalan-jalan bertar itu berlubang teruk? lubang yang ditampal ala kadar seperti berjalan ke bulan jugak. Tidakkah SKN Datuk Seri Panglima Hj Safar Untung baru-baru ini ke Menumbok melihat sendiri?

Begitu juga Datuk Limus Jury Pembantu Menteri JKR yang juga ADUN Kuala Penyu tak kan tak nampak kerosakan di Laluan Persekutuan Beaufort-Menumbok itu? Tak malu ke kepada rakyat Beaufort dan Kuala Penyu dua orang individu berkuasa di Kementerian Kerja Raya Sabah tapi tak boleh selesaikan jalan berlubang?


Datuk Ali Ahmad Hamid Pengarah JKR Sabah dan Datuk Limus Jury Pembantu Menteri KKRS asal Kuala Penyu.
Tak mungkin mereka tak nampak?

Senarai sedia ada pun JKR sudah gagal selenggara lagilah jalan yang belum wujud, baru atau mungkin jalan-jalan hantu yang sekarang Bahagian Selenggaraan Jalan bayar kepada beberapa konsesi kroni.

Konsesi Jalan Majlis Daerah seliaan JKR misalnya ialah Syarikat A.K Setia Bina Sdn Bhd. Rakyat Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu, boleh nilai sendiri apakah mereka berpuas hati dengan selenggara jalan bernilai RM400 juta untuk 5 tahun atau RM80 juta setahun itu? Malah syarikat mendapat peruntukan tambahan RM44 juta. Siapa tandatangan kalau bukan Pengarah JKR atas nasihat Ir Max Chong?

Apa mereka buat? Bayaran 'claim' dibayar tetapi selenggara jalan tak buat pun. Boleh baca pendedahan Sabahkini2 mengenai konsesi ini sebelum ini!

ARTIKEL BERKAITAN- Konsesi 'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa?

ARTIKEL BERKAITAN- RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu 

ARTIKEL BERKAITAN- SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’ Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar! 

 

Boleh periksa semula jalan-jalan dalam senarai yang hanya gimik tetapi tak buat pun.
Belum masuk jalan 'hantu' lagi. Ada 32 'Jalan Hantu'. 

Ini belum termasuk daerah-daerah lain yang netizen sedang tularkan..

Alasan paling klasik JKR ialah tiada peruntukan kerajaan persekutuan atau mungkin MOF Sabah tetapi bila disemak bayaran dibuat kepada konsesi. Ada VO tetapi jalan tidak diselenggara. 

Jadi salah siapa? agensi ke pemimpin parti? 

Jalan Hantu – Kerajaan rugi ratusan juta

Mahu tanya kepada JKR Sabah bagaimana dengan jalan hantu (Jalan tidak wujud) tetapi bahagian selenggaraan jalan Ir Max Chong bayar kepada konsesi jalan Majlis Daerah? Pegawai JKR Daerah nampaknya bersekongkol dengan konsesi untuk menandatangani Perakuan Siap Kerja tapi jalan tak buat.

Di mana SPRM Sabah?  S. Karunanithy  Pengarah SPRM Sabah hanya nak tangkap kes-kes ‘cap ayam’.  Kes jerung  besar nampaknya hanya lalu di depan mata.

Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan sebulan selepas PRN Sabah hampir RM 45 juta disalurkan kepada konsesi secara tergesa-gesa dan sehingga September 2021 RM154.5 juta disalurkan kepada konsesi kroni yang disusun oleh Pegawai JKR selenggaraan jalan Ir Max Chong!

Bukan itu sahaja Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta membayar 1755 ‘Jalan Hantu’ atau jalan tidak wujud kepada 4 konsesi kroni ini. Hendak minta laporan dari pejabat daerah bagaimana kalau jalan tanpa nama pun JKR bayar konsesi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni ]

No of road 1577.. Tiada nama jalan tapi bayar 'claim'.

 

Setakat ini Sabahkini2 hanya mendedahkan butiran bayaran secara umum tidak mendedahkan nombor baucar bayaran dan butiran lain yang mengesahkan bayaran itu.

Mungkin tiba masa  dalam tempoh terdekat Sabahkini2 mendedahkan butiran itu menunjukkan MOF Sabah melalui Jabatan Bendahari Sabah (JBNS) membayar kepada 4 konsesi pada jalan yang tidak wujud pun.

Mungkin selepas itu barulah SPRM percaya atau bertindak. Jika selama ini mereka acah-acah serbu, ambil fail lepas tu simpan mungkin dengan butiran bayaran dengan dengan tarikh lengkap barulah SPRM benar-benar beraksi. Jika ada bukti bayaran  bolehlah SPRM menyemak siapa pegawai menandatangani Perakuan Siap Kerja pada jalan yang wujud itu. 

Apapun menurut sumber S. Karunanithy Pengarah SPRM Sabah bakal ditukar tak lama lagi. Jadi kita nantikan saja sama ada SPRM Sabah berubah atau kekal ditakuk lama terlindung dalam 'kawtim' pemimpin politik.

 

 

36 Comments