Kilang Sawit Bell milik BELL Group pendapatan tahunan RM59.2 juta, bakal didakwa tipu cukai jualan di Sabah
18:05 May 12, 2022  |  By SabahKini2
Kilang Sawit Bell milik BELL Group pendapatan tahunan RM59.2 juta, bakal didakwa tipu cukai jualan di Sabah

Pendapatan tahunan syarikat RM59.2 juta, Untung 40.7 juta. Bell Group saja pendapatan tahunan RM252.9 juta. Tapi di Sabah cukai jualan minyak sawit mereka tipu. Untung tapi tidak mahu bayar cukai. Apa kata Datin Dr. Wong Kwi Lian pemilik syarikat ini?

April lalu Sabahkini2 melaporkan Pejabat Cukai Jualan Negeri Sabah menyiasat beberapa Kilang Minyak Kelapa Sawit yang beroperasi di Sabah kerana di dakwa melakukan penipuan untuk mengelak bayaran Cukai Jualan Sabah.

Pengelakan ini dibuat dengan menyerahkan borang pengisytiharan cukai yang mengandungi butiran yang palsu kepada Pejabat Cukai Jualan Negeri Sabah Bahagian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Sabah.

Kuantiti yang diisytiharkan dalam borang pengisytiharan cukai jualan tidak sepadan dengan kuantiti yang diisytiharkan oleh kilang kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Kilang-kilang ini dikatakan telah mengisytiharkan kuantiti Minyak Sawit Mentah lebih rendah daripada yang sebenar kepada Pejabat Cukai Jualan setiap bulan.

Sumber mendedahkan salah satu kilang terlibat dalam penipuan itu ialah Kilang Sawit Bell Sdn. Bhd di Lahad Datu milik BELL Group atau BELL CORPORATION SDN. BHD yang berpengkalan di Subang Jaya Selangor. Kilang Sawit Bell beroperasi di Sabah sejak tahun 1990.

Pemilik Saham kepada kilang ini ialah Datin Dr. Wong Kwi Lian dan Bell Corporation Sdn. Bhd.

Bell Corporation Sdn Bhd aktif di Sabah tapi sayangnya jenis lari cukai. Tipu cukai

Syarikat induk Bell Corporation Sdn Bhd tetap dikuasi oleh Datin Dr. Wong Kwi Lian.

 

Syarikat seperti Bell Corporation Sdn Bhd  didapati mengelak dan dan menipu cukai jualan negeri yang telah mengakibatkan kerugian berjuta-juta hasil bagi Kerajaan Negeri Sabah sejak pelaksanaan 7.5% Cukai Jualan Sabah untuk Minyak Sawit Mentah.

Semakan menunjukkan Kilang Sawit Bell Sdn Bhd tidak pernah mengalami kerugian malah untung sejak mendirikan kilang di Lahad Datu. Hari ini pendapatan tahunannya saja RM59.2 juta dan keuntungan selepas cukainya saja ialah RM40.7 juta.

Kalau melihat revenue Syarikat Bell Corporation Sdn Bhd sahaja RM257.9 juta dengan keuntungan selepas cukai RM17.6 juta.

Kilang Sawit Bell didapati melanggar undang-undang Akta Cukai Jualan Negeri Sabah apabila menipu pendapatannya dengan kerajaan negeri bagi membayar cukai jualan sepatutnya kepada Kerajaan Sabah.

Melihat kepada prestasi syarikat, Penipuan kilang seperti Kilang Sawit Bell ini tidak dapat diterima oleh itu Kerajaan Sabah dan rakyat di negeri ini terhadap syarikat daripada Semenanjung mengaut untung dan mengelak membayar cukai. Pihak berkuasa seperti Pejabat Cukai Jualan Negeri, LHDN dan SPRM wajar mengambil tindakan tegas  bagi mengelak ketirisan.

Bagi Pegawai yang terlibat rasuah atau salah guna kuasa SPRM wajar mengheret mereka ke mahkamah.

Industri minyak sawit sangat penyumbang besar kepada ekonomi Sabah.

Baru-baru Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin melaporkan eksport minyak sawit Malaysia berjumlah RM7.5 bilion pada Mac 2022 dengan Sabah mencatatkan angka tertinggi sebanyak RM1.8 bilion (23.5 peratus), diikuti oleh Johor (RM1.7 bilion, 23.1 peratus) dan Sarawak (RM1.5 bllion, 20.3 peratus).

 

3 Comments