Omar Harun pengikut 'Radullan Sahiron' Abu Sayyaf guna pasport Malaysia ditahan di Manila
14:05 May 16, 2022  |  By SabahKini2
Omar Harun pengikut 'Radullan Sahiron' Abu Sayyaf guna pasport Malaysia ditahan di Manila

Akhirnya pengikut Radullan Sahiron Geng Abu Sayyaf, Omar Harun ditahan di Filipina menggunakan passport Malaysia. Siapa dalang passport Omar Harun?

Seorang lelaki anggota kumpulan militan Abu Sayyaf yang membawa pasport Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, di Manila, pada 10 Mei.

Memetik laporan media Filipina,  polis Filipina mendapat maklumat berhubung ketibaan pemegang pasport Malaysia, Omar Harun atau Airola-Adjustable, kira-kira 5 petang, yang tiba dari Malaysia menerusi Philippine Airlines.

Lelaki berusia 52 tahun itu, dikatakan menjadi pengawal keselamatan dan penduduk dari Zamboanga City. Dia dikehendaki pihak berkuasa berhubung dakwaan pembabitan dalam penculikan seorang ahli Jehovah Witness, pada 2002.

“Berbekalkan waran tangkap, sepasukan polis daerah selatan bersama bantuan Biro Imigresen, Kumpulan Keselamatan Penerbangan dan polis Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, memberkas suspek sejurus tiba,” kata laporan itu.

Siasatan awal mendapati suspek menggunakan pasport Malaysia bertujuan menyembunyikan identiti sebenarnya.

Kata laporan itu, Omar merupakan ahli keempat kumpulan Abu Sayyaf, di bawah pimpinan Radullan Sahiron, yang ditangkap polis daerah selatan negara itu.

 

 

Abu Sayyaf pengganas yang menjadi buruan di seluruh dunia. Di Malaysia pelbagai usaha dilakukan termasuk menahan dan menyerang pusat operasi Abu Sayyaf termasuk ladang-ladang di Sabah yang menggaji pengganas Abu Sayyaf sebagai pekerja ladang.

Menjadi persoalan besar bagaimana Omar Harun pengganas Abu Sayyaf memiliki passport Malaysia? Mungkinkah ada pegawai JPN dan Imigresen yang membantu dokumennya? Semoga SPRM menyiasat dalang pemberian passport Malaysia ni.

[ARTIKEL BERKAITAN-  (VIDEO) Lima ahli kumpulan Abu Sayyaf di tembak mati di Beaufort Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah!

 

 

 

 

2 Comments