Rakyat marah jalan 'Sangat Teruk', Bung Moktar digesa buang Max Chong JKR selesai jalan Sabah
20:06 Jun 26, 2022  |  By SabahKini2
Rakyat marah jalan 'Sangat Teruk', Bung Moktar digesa buang Max Chong JKR selesai jalan Sabah

Setiap hari rakyat Sabah bising hal jalan. Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR Sabah diketuai Ir Max Chong gagal sejak zaman kerajaan Warisan dan GRS-BN. Jalan teruk tetapi semua konsesi termasuk 'Jalan Hantu' dibayar mudah oleh Pegawai JKR.

20 Jun lalu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan Kementerian Kerja Raya memerlukan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion bagi membaik pulih Jalan-jalan Persekutuan yang rosak di Semenanjung Malaysia.

Itu di Semenanjung belum termasuk di Sabah dan Sarawak.

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya sedar kekangan kewangan kerajaan yang perlu memberi keutamaan kepada keperluan lain. Ini termasuk mengemukakan kertas kabinet untuk mencari penyelesaian lebih konkrit dan komprehensif terhadap semua jalan yang dikategorikan sebagai jalan perlu dibina semula.

Fadillah Yusof berkata berusaha mencari jalan bagaimana nak membiayai bukan sahaja Laluan Persekutuan di Daerah Hulu Perak di Dewan Persidangan Gerik Seri Inai di Perak tetapi seluruh negara bagi mengenalpasti jalan-jalan yang patut dibina semula.

Netizen Meroyan 'Selenggara jalan'

 

 

Selepas berita keperluan Kementerian JKR peruntukan RM3.4 bilion di Semenanjung ramailah para macai PH dan Warisan menggunakannya sebagai hujah membelasah diskriminasi 'Malaya' kepada Sabah dan Sarawak atau jika di Sabah menyindir Ketua Menteri Sabah dan Menteri JKR Sabah berhubung perbelanjaan selenggaraan jalan di Sabah. Hakikatnya sama ada kerajaan Sabah diperintah BN, Kerajaan Warisan 26 bulan, PN setahun lebih dan kini Kerajaan BN-PN campuran Ismail Sabri peruntukan selenggaraan jalan tetap daripada Kerajaan Pusat. JKR memerlukan RM2b hingga 4B setahun kerja-kerja selenggaran jalan.

Kerajaan Warisan sendiri telah diuji 2 tahun 2 bulan gagal melaksana pembinaan atau pemeliharaan jalan di Sabah sekalipun mereka pernah berjanji melakukannya dengan singkat. Apa yang Warisan lakukan hanyalah melantik 4 konsesi kroni dengan rundingan terus RM1.5 bilion. Cerita Telupid-Sandakan ni zaman Peter Anthony bekas Menteri JKR  tahun 2019 pun sudah berkumandang lama. Alasan kekurangan peruntukan dan kerosakan kerap berulang sudah menjadi biasa. Siapa kerajaan pun nampaknya berhadapan masalah perkara sama.  Itu belum masuk kebodohan PH Warisan membatalkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang menyebabkan projek itu tertangguh sehingga kini. 

Apabila netizen menyerang JKR bertubi-tubi Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Ali Ahmad Hamid terpaksa memberi penjelasan menggunakan alasan ketegori jalan seperti jalan persekutuan, jalan negeri, jalan pertanian (JPS) jalan pihak berkuasa tempatan atau jalan dari agensi lain (FELDA/FELCRA) yang konon bukan semua jalan dibidang kuasa JKR untuk memperbaikinya apabila berlaku kerosakan. Semua status jalan dimasukkan ke dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) dan Sabah Road Record Information System (SARRIS).

Kegagalan JKR Sabah dan KKRM

Rakyat sebenarnya tak kisah pun siapa pelaksana selenggara jalan yang mereka tahu akan menyerang Kerajaan memerintah, Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Negeri. Yang gagal pegawai JKR Negeri tapi yang kena maki Ketua Menteri. Tapi rakyat tak bodoh kerana hakikatnya Jalan persekutuan, jalan negeri dan  jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah bawah seliaan JKR Negeri Sabah. Mereka urusetianya. Tak perlu sembang jalan lain. Buka mata apakah selenggaraan jalan persekutuan, jalan negeri dan  jalan pihak berkuasa tempatan (PBT)  dalam keadaan baik oleh JKR Sabah? Rakyat Sabah tidak akan menggelarkan 'jalan neraka atau jalan ke bulan' jika JKR membuat kerjanya.

Gagal selenggara Jalan Persekutuan di Negeri Sabah

Jalan Persekutuan di Negeri Sabah adalah 1,407.80KM. Jalan-jalan ini diberi nama laluan dan di selenggara oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) urusetianya JKR Sabah. 

Apa jadi kepada jalan-jalan ini? Dari R1 hingga R1805 apa JKR buat?. Ketua Penolong Pengarah Projek Lebuhraya Pan Borneo / Pengawasan & Pemantauan Mohd Shamsul Nizam Bin Abdul Wahid pada januari lalu pun mengaku sebanyak 7.40% bersamaan 104.20KM Jalan Persekutuan sedia ada adalah dalam kondisi 4 iaitu jalan dalam keadaan sangat teruk. Manakala sebanyak 44% bersamaan dengan 619.40KM adalah dalam kondisi 5 iaitu jalan dalam keadaan kritikal.

Jawapan pegawai JKR Sabah ialah kondisi Sangat Teruk dan keadaan kritikal! Bukankah itu fakta yang rakyat Sabah hadapi sekarang?

Sejak tahun 2019 Jabatan Kerja Raya Sabah mendapat pihak KKRM melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan di Negeri Sabah. Dari 2019 – 2021 hampir RM300 juta diperuntukan. 

Realitinya sama ada projek kekurangan peruntukan atau sebaliknya kerja –kerja penyenggaraan jalan di sepanjang Jalan Persekutuan Negeri Sabah tidak dilaksanakan dan bertambah teruk apabila keadaan cuaca yang tidak menentu selain mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya.

Ini belum termasuk isu Lebuhraya Pan Borneo yang sekarang pembinaannya sangat lembap. 15 pakej kerja majoritinya belum siap dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya.  Kisah kontraktor Chong Babi Lebuhraya Pan Borneo sebahagian dari pendedahan Sabahkini2 sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Lori Hantu 'Chong Babi' Sipitang-Beaufort, bahayakan nyawa tapi mana JPJ, Penguatkuasa?

[VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi  ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat!

Jalan Negeri dan Majlis Daerah/Perbandaran (PBT)

Jalan Negeri merupakan mana-mana jalan awam, selain daripada Jalan Persekutuan yang diwartakan mengikut Akta Jalan Persekutuan 1959, yang boleh dilalui oleh orang ramai. Jalan-jalan ini perlu disenggarakan secara berterusan dan teratur bagi memastikan kualiti jalan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh orang awam.

Jalan Negeri adalah jalan yang layak mendapat pemberian geran jalan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 109(1)(b), Jadual 10, bahagian 11,3b. Pemberian tersebut diperakaunkan dalam satu akaun kumpulan wang amanah khusus untuk tujuan ini iaitu Kumpulan Wang Amanah Jalan-jalan Raya Dan Jambatan-jambatan (Pengendalian Dan Penyenggaraan) yang  dikawal oleh Kementerian Kewangan Negeri.

Jalan Negeri terbahagi kepada dua iaitu ;

     i. Jalan Negeri di kawasan PBT yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah (Sebelum ini) dan kini urusetianya JKR Negeri.
     ii. Jalan Negeri yang dikawal selia oleh JKR seperti SRT1, SRT2 dan SRT3

Kumpulan wang ini digunakan untuk menampung perbelanjaan kerja-kerja penyenggaraan jalan Negeri termasuk jalan-jalan Negeri yang terletak di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sebagai contoh pada tahun 2012, 2013 dan 2014, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pemberian tersebut kepada Kerajaan Negeri masing-masing berjumlah RM427.43 juta, RM507.77 juta dan RM542.92 juta. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sejumlah RM130 juta, RM35 juta dan RM30 juta masing-masing pada tahun 2012, 2013 dan 2014 untuk menambah dana kumpulan wang ini.

Jun 2021, Jalan Negeri di Kawasan PBT menjadi pertikaian antara MOF Sabah dan JKR Negeri.  Kerana kegagalan  JKR melaksanakan tugasnya MOF mahu mengambil semula tugas sebelum ini yang diuruskannya. Pertikaian itu membongkar pelbagai dokumen kononnya JKR melaksana atas Arahan SPRM 2016 wal hal ia hanya sekadar cadangan bukan arahan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Laporan Ketua Audit Negara buktikan MOF Sabah laksana senggaraan Jalan PBT, JKR laksana jalan Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR Sabaheliaan JKR! ]

Punca masalah Sabah- Max Chong

Surat penamatan  konsesi kroni Peter Anthony juga telah dibuat namun kerana tiada perjanjian konsesi kepada konsesi RM1.5 bilion itu sebelum ini. Namun Kementerian Kerja Raya Sabah di bawah JKR Sabah di bawah Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah/Penyenggaraan Jalan bertegas mahu meneruskan 4 konsesi itu.

Kerana apa? semua dana penyelenggaraan jalan itu bawah kuasanya. Beliau boleh melakukan apa saja malah boleh mempengaruhi Menteri untuk mengekal dan meneruskan konsesi kron.

Kepada rakyat Sabah inilah punca kegagalan selenggaraan jalan raya di Sabah. Sama ada jalan Persekutuan, Jalan negeri dan PBT selagi Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX mengetuai Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR Sabah. 

Percayalah segala masalah jalan raya Sabah yang teruk tidak akan selesai selagi Max Chong yang menguruskannya. Maka berbakul-bakullah lagi cacian kepada Ketua Menteri Sabah dan Menteri JKR Sabah. Peruntukan ada tetapi kerja tidak dilaksana kemudian claim bayaran dibuat. Laporan Sabahkini2 sebelum ini membuktikan selenggaraan jalan tidak dibuat. 

RM154.5 juta di bayar selepas PRN Sabah dalam skandal RM1.5b konsesi dalam tempoh 2020 hingga 2021. Daripada semua bayaran itu  RM145.1 juta  dibayar kepada 1755 'Jalan Hantu' yang tidak wujud. Bayangkan kerugian kepada Kerajaan Sabah. Siapa dalang bayaran ini dibuat kalau bukan Pegawai JKR Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX KPP KPP Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR Sabah. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni]

Pasti mengejutkan kurang sebulan (bulan Oktober) pembentukan Kerajaan GRS, KKR Sabah telah meluluskan bayaran lebih RM40 juta kepada 3 konsesi iaitu Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 21.9 juta), AK Kontraktor Sdn Bhd (RM11.8 juta) dan Sinaran Mewah Sdn Bhd (RM8.3 juta). Lihat rajah di bawah.

Dalam tempoh 3 bulan selepas bulan September 2020 sehingga disember 2020, RM66.7 juta dibayar kepada 4 syarikat konsesi. Manakala  sehingga september 2021 sejumlah RM 83.5 juta dibayar kepada konsesi. Sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan Negeri telah membuang RM154.5 juta kepada konsesi 4 kroni. Siapa pegawai yang sahkan kelulusan selenggaraan ini kalau bukan Ir Max Chong? Atau Pengarah JKR Sabah sendiri buta?

Para macai PH, Warisan atau mungkin pentaksub berkata pendedahan  konsesi adalah fitnah semata kepada pegawai dan kerajaan Warisan sebelum ini. Oleh itu kita dedah sebahagian dokumen bayaran konsesi itu dengan nombor akaun, nombor baucar, EFT, tarikh bayaran dan jumlah yang telah dibayar kerajaan kepada  konsesi. Ia telah diringkaskan seperti di atas namun butiran terperinci bayaran itu di lampiran di bawah. Beberapa butiran ditutup namun jika SPRM atau pegawai JKR menafikannya kita akan mendedahkan butiran penuh mengenainya.

Sebahagian daripada butiran bayaran JKR Sabah kepada 4 konsesi. 

 

Mesejnya jelas Kerajaan Sabah dan persekutuan membayar ratusan juta setahun untuk kerja-kerja penyelenggaraana jalan persekutuan dan negeri tetapi jalan tetap teruk sementara konsesi kroni Max Chong kaya raya. Rakyat marah jalan macam ke bulan tapi Pegawai JKR senang dan mudah membuat bayaran berjuta. Rakyat dapat apa? 

Yang kena maki sekali lagi Ketua Menteri, Menteri JKR dan Kerajaan GRS-BN. Pegawai JKR seperti Max Chong tidak pernah merasa bersalah sedikit pun membayar para konsesi kroni yang tidak membuat kerja ini. Jurutera-jurutera daerah diarah memperakukan kerja-kerja siap selenggaraan jalan tanpa melaksanakannya.

Bukti-bukti gambar jelas membuktikannya. 

Sabahkini2  juga telah memperolehi gambar-gambar terbaru di seluruh Sabah  tidak disertakan dalam artikel ini atas sebab-sebab tertentu. Kita akan dedahkan kemudiaan.

Cuba lihat syarikat Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd di atas, konsesi kesayangan Shafie Apdal dan Peter Anthony dinaungi VVIP Kayangan. Syarikat dimiliki oleh kumpulan Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd. Konsesi yang tidak boleh disentuh dan didakwa.

Apa Nabalu buat? 637 jalan hantu dengan 450 jalan dikesan di Majlis Perbandaran Tawau,  Lahad Datu 144 jalan, Semporna 12 dan Kunak 31 jalan. Panjang jalan ialah 1003.484 kilo meter dengan anggaran kerugian Kerajaan Sabah ialah RM79,493,082.34. 

Mengapa Ir Max Chong memilih Borneo Nabalu Builders atau Azam Jaya untuk memperbanyakkan jalan hantu? Sebab mudah berurusan dan komisen mudah dibayar.

Selepas PRN Sabah pada 26 September 2020, Konsesi Nabalu mendapat SECARA PUKAL RM21.9 JUTA pada 19 Oktober 2020.  Nampak tak claim mereka begitu banyak? Apa mereka buat di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak?

 

Modal berbayar syarikat RM750 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM12 ribu.
Tuntutan bayaran konsesi mereka selepas
PRN Sabah saja ialah RM21.9 juta. Memang Kayangan!

Apa masalah SPRM Sabah tidak diketahui. Di depan mata rakyat terbukti selenggaraan jalan konsesi sangat teruk. Bukti bergambar dan bayaran juga telah didedahkan. Namun SPRM Sabah masih tidur. .

Sudah tiba masa Menteri JKR memindahkan Max Chong Ketua Penolong Pengarah/Penyenggaraan Jalan ke agensi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) seperti perancangan sebelum ini. JKR perlukan pegawai yang bekerja untuk rakyat bukan untuk konsesi atau kontraktor.

Datuk Seri Bung Moktar mesti berani melakukannya jangan biarkan Kerajaan GRS-BN  jadi mangsa kecaman rakyat kerana seorang pegawai yang gagal melaksanakan tugasnya. Dari zaman Kerajaan Warisan hingga GRS BN Max Chong terbukti gagal. Jadi mengapa tunggu lagi. Mengapa perlu mempertahankan pegawai yang memudaratkan kementerian dan kerajaan. Max Chong pegawai JKR pro Warisan mensabotaj Kerajaan GRS-BN!. Ini fakta yang jelas.

Buktikan kepada rakyat Sabah. Buang Max Chong masalah selenggaraan jalan raya Sabah akan selesai! Jika tidak selagi ada Max Chong sampai kiamatlah jalan Sabah terus 'terburuk'. 

 

25 Comments