Bekas AG Tommy Thomas sukarkan Sabah, tersepit pertahan diri kata Presiden peguam Sabah
10:07 Jul 23, 2022  |  By SabahKini2
Bekas AG Tommy Thomas sukarkan Sabah, tersepit pertahan diri kata Presiden peguam Sabah

Tindakan Bekas AG PH Tommy Thomas mengutus surat kepada wakil Sulu punca kepada kemenangan Sulu. Kata Roger Chin surat Tommy sukarkan Sabah dan lebih tersepit. Lebih dari 10 kali surat Thomas dipetik ketika hakim timbang tara Gonzalo Stampa menang kes.

Peguam Sabah berkata bekas peguam negara, Tommy Thomas meletakkan negara pada kedudukan sangat sukar susulan pengakuan bahawa negara berhutang kepada waris Kesultanan Sulu, dalam suratnya, pada 2019.

Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah Roger Chin, berkata pengakuan Thomas itu menjadikan Malaysia tersepit dalam usaha mempertahankan diri daripada tuntutan Sulu.

“Itu adalah pengakuan (berhutang wang)…pastinya menjejaskan (kepada Malaysia),” katanya menurut The Star.

Katanya, dalam undang-undang, pengakuan berhutang wang seperti itu kebiasaannya membawa kesan sangat buruk.

Menurut FMT dalam surat dihantar kepada peguam waris Sulu, pada 2019, Thomas mengepilkan salinan penghakiman 1939 oleh Mahkamah Tinggi Borneo Utara, dan berkata, Malaysia tidak mempertikai identiti individu dan hak mereka untuk dibayar.

Thomas turut menyatakan kekesalannya pembayaran kepada waris dihentikan, pada 2013, dan menambah Malaysia “kembali bersedia dan sanggup” membayar kepada waris semua tunggakan, bermula 2013 hingga 2019, berjumlah RM48,300.

Chin berkata, tawaran itu tidak kelihatan dibuat “tanpa prejudis”, bermakna ia boleh digunakan sebagai keterangan di mahkamah tanpa persetujuan pihak berkenaan.

Justeru, kandungan surat Thomas secara jelas “dipercayai” untuk digunakan dalam tuntutan Sulu dalam timbang tara terhadap Malaysia di Madrid dan Paris, kata Chin.

Katanya, Thomas sepatutnya mengambil pendirian mempertahankan Malaysia daripada tuntutan timbang tara di Sepanyol, sebaliknya hanya sekadar tidak mengiktiraf bidang kuasa mahkamah negara itu dalam tuntutan timbang tara Sulu

 

.Surat Peguam Negara PH Tommy Thomas 2019 punca tuntutan RM63 bilion Waris Sultan Sulu terhadap Sabah

 

Surat Tommy punca

MalaysiaNow melaporkan surat bekas peguam negara Tommy Thomas kepada peguam yang dilantik oleh pihak yang mendakwa sebagai waris sultan Sulu dijadikan sandaran dalam keputusan timbang tara baru-baru ini yang kini mengancam untuk merampas aset Malaysia bernilai berbilion ringgit di luar negara.

Penelitian terhadap 297 perkara dalam keputusan timbang tara itu menunjukkan sekurang-kurangnya lebih dari 10 kali surat Thomas dipetik ketika hakim timbang tara Gonzalo Stampa menjelaskan kewajaran anugerah diberikan kepada penuntut.

Petikan Hujah Gonzalo Stampa

“Encik Thomas mengambil pendirian yang sama dalam suratnya pada 19 September 2019 … ketika beliau menawarkan penyelesaian dengan kembali membuat pembayaran, dengan syarat pihak penuntut menghentikan tindakan timbang tara.

“Secara jelas (dan benar), peguam negara Malaysia tidak pernah menganggap timbang tara ini sebagai satu serangan terhadap prerogatif kedaulatan Malaysia.”

Kemudiannya, Stampa kembali mengulangi apa yang dikatakan Thomas.

“Pihak responden (Malaysia) turut mengakui semua pembayaran itu dihentikan pada 2013 dan tidak dibayar kepada penuntut sejak itu. Pada 19 September 2019, Malaysia berkata bahawa ‘… ia kini bersedia dan sanggup membayar klien semua tunggakan dari 2013 hingga 2019 dan bersetuju untuk mematuhi Geran 1878 dan Pengesahan Penyerahan 1903 mulai sekarang berhubung pembayaran akan datang. Sementara mengenai tunggakan, Malaysia juga bersetuju untuk membayar faedah mudah sebanyak 10% p.a. bagi pembayaran tahunan untuk setiap tahun yang dirujuk’..”

Stampa juga turut merujuk kenyataan lain oleh Thomas dalam menyimpulkan sultan Sulu tidak pernah melepaskan dirinya daripada kedaulatan ke atas wilayah Borneo Utara.

Stampa berkata Malaysia bersetuju bahawa “penilaian bukti yang ada pada timbang tara ketika ini mengekalkan Sultan tidak pernah dilucutkan atau dilupuskan daripada kedaulatan wilayah Borneo Utara yang disebut dalam Perjanjian 1878 dan Wasiat Pengesahan 1903.”

Wasiat Pengesahan itu ditandatangani Sultan Sulu Jamalul Kiram II, mengesahkan beliau sudah menyerahkan pemilikan Borneo Utara kepada penjajah British.

Stampa turut merujuk kepada fakta bahawa tiada sebarang keraguan ditimbulkan oleh Thomas yang menunjukkan bahawa prosiding timbang tara itu akan melanggar kekebalan kedaulatan Malaysia.

“Terma itu mendedahkan tiada sebarang keraguan ditimbulkan pada waktu tersebut (i.e., 19 September 2019), sebaik sahaja timbang tara yang dibuat ketika ini dimulakan, menyatakan prosiding yang dijalankan akan melanggar kekebalan kedaulatannya.”

Satu lagi tamparan kepada Malaysia adalah perkataan yang digunakan dalam surat Thomas tersebut, yang membawa kepada kesimpulan ia adalah transaksi komersial dan tertakluk kepada timbang tara.

Pendirian yang diambil oleh Thomas tersebut adalah bercanggah dengan dasar kerajaan ketika ini.

“Subjek tuntutan itu bukan bersifat komersial dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara, malah Perjanjian 1878 sendiri tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara,” kata Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan bersama Kementerian Luar dalam maklum balas kepada keputusan timbang tara itu pada Februari.

Ketika menyimpulkan penemuannya, Stampa sekali lagi merujuk surat Thomas dalam memutuskan Malaysia masih terus mematuhi Perjanjian 1878 tanpa sebarang keraguan.

Beliau memetik satu baris daripada surat Thomas mengenai pembayaran tahunan Malaysia kepada waris sultan Sulu, “..dari 1963 hingga 2012, di mana, ia tidak pernah putus dan berterusan selama 49 tahun”.

“Penimbang tara berpandangan Responden (Malaysia) terus menunaikan Perjanjian 1878 – secara sukarela dan tanpa ragu-ragu – sehingga akhir 2012,” tambah Stampa.

Stampa kemudiannya mengisytiharkan Malaysia gagal menunaikan pembayaran seperti di dalam Perjanjian 1878 dan menambah ia “tidak dapat menunjukkan pada masa yang sama mengikut mana-mana alasan kontrak bagi tindakannya yang tidak menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kontrak tersebut”.

“Sebaliknya, responden secara sukarela mengakui bahawa ‘… malangnya, pembayaran.. dihentikan pada 2013,” katanya, sekali lagi memetik Thomas.

Proses timbang tara itu berakhir di mana Malaysia diperintahkan untuk membayar AS$14.9 billion (RM60 billion) kepada kumpulan tersebut, menjadikan ia sebagai pampasan kedua terbesar seumpamanya di dunia, malah mampu menyebabkan kerugian lebih besar daripada skandal 1MDB.

Pembayaran tersebut dihentikan sejurus selepas pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah oleh ratusan penyokong setia Sulu pada 2013.

Walaubagaianapun Malaysia mendapat perintah penangguhan di Paris untuk menghentikan pelaksanaan anugerah timbang tara tersebut, yang mengundang amaran peguam penuntut untuk menyasarkan aset-aset Malaysia di negara lain.

Pakatan Harapan dan Warisan yang memainkan isu ini nampaknya terperangkap apabila Menteri Warisan termasuk Shafie Apdal bekas Ketua Menteri mengaku tidak surat Tommy Thomas sedangkan Menteri PH VK Liew merupakan Menteri JPM daripada Warisan. 

 [ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Menteri Warisan Shafie Apdal pula tidak tahu surat Tommy Thomas kepada waris Sulu  ]

13 Comments