Tidak bayar Cukai Jualan Negeri, Imigresen Sabah serbu pelantar Hibiscus Petroleum Berhad
09:08 Aug 04, 2022  |  By SabahKini2
Tidak bayar Cukai Jualan Negeri, Imigresen Sabah serbu pelantar Hibiscus Petroleum Berhad

Hibiscus perlu permit kerja di Sabah. Jika mereka gagal membayar Cukai Jualan Negeri permit 2 syarikat mereka bakal dibatalkan. Terbaru Jabatan Imigresen Sabah serbu pelantar Hibiscus. Ia mungkin satu amaran agar jangan bermain dengan Kerajaan Sabah

Kerajaan Sabah sangat serius menangani masalah syarikat petroleum yang tidak mahu membayar Cukai Jualan Negeri (CJN) sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun dalam sidan DUN Sabah 19 Julai lalu.

Menurut Masidi Kerajaan Sabah akan menghentikan dan membatalkan permit kerja bagi dua buah syarikat minyak dan gas yang gagal membayar Cukai Jualan Negeri (CJN) yang dituntut oleh Kerajaan.


[ARTIKEL BERKAITAN- DUN Sabah: Permit kerja 2 syarikat minyak gas milik Hibiscus dibatalkan jika gagal bayar CJN ]

Menjelang 1 Oktober tempoh yang diberikan kerajaan isnin lalu melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menyerbu dua buah pelantar minyak di kawasan utara perairan negeri ini dalam satu Operasi Bersepadu Pelantar milik  dua anak syarikat Hibiscus Berhad iaitu SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) dan Repsol Oil and Gas Ltd (Repsol).

Operasi bersepadu yang diketuai JIM Sabah dengan kekuatan anggota seramai 37 pegawai lain-lain pangkat, turut disertai Pasukan Bahagian Hal Ehwal Negeri Sabah dan Penyelidikan, yang diketuai Datuk Ag. Shahminan Datuk Ag. Sahari ; Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah, Maswandie Maimoon yang turut diiringi lima orang pegawai.

Pengarah Imigresen Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, dalam operasi itu seramai 311 orang telah diperiksa terdiri dari 307 warganegara Malaysia; seorang warga Indonesia dan tiga warga Myanmar.

“Objektif utama operasi ini dilaksanakan di perairan Sabah adalah untuk membenteras dan mengenal pasti mana-mana individu yang melakukan beberapa kesalahan yang ditetapkan Kerajaan.

“Antaranya seperti Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002); Peraturan-peraturan Imigresen 1963; Akta Passport 1966; Akta Anti Pemerdagangan Orang (pindaan 2010) dan; Anti Penyeludupan migran 2007,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata Pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di dua pelantar minyak di kawasan utara perairan Sabah adalah bagi memastikan semua pekerja pelantar minyak memiliki pas kerja yang sah di negeri ini.

Ia juga bertujuan untuk memastikan rakyat di negeri ini diberi keutamaan untuk bekerja dalam industri minyak dan gas.

Menurutnya inisiatif itu juga adalah selaras dengan konsep ‘Sabah First’ yang terdapat dalam salah satu teras perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengutamakan tenaga kerja tempatan.

“JIM Sabah mula bertindak menguatkuasakan arahan dan dasar Kerajaan Negeri Sabah agar semua pekerja pelantar minyak mesti memiliki pas kerja untuk berkerja di negeri ini.

“Pemeriksaan ini juga bukan bertujuan untuk menghalang pelabur tetapi adalah untuk memastikan rakyat Sabah didahulukan dalam pengambilan pekerja dalam industri ini.

“Pas kerja hanya dikeluarkan sekiranya tidak ada orang tempatan (Sabah) yang mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan

Hasil pemeriksaan tiada sebarang tangkapan dibuat malah pihak syarikat yang beroperasi di pelantar minyak tersebut berserta krew-krew pelantar telah mematuhi peraturan pas kerja yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah.

Sebelum ini Syarikat Hibiscus Petroleum Bhd melalui anak syarikatnya REPSOL Oil & Gas M Ltd (RML) dan SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) tidak mahu membayar Cukai Jualan Negeri (SST) produk petroleum kepada Kerajaan Negeri Sabah. 

Hari ini ilaporkan cukai tertunggak Hibiscus Petroleum Bhd kepada kerajaan negeri kira-kira RM410 juta. 

Hibiscus merupakan syarikat kroni Dr Mahathir milik Tan Sri A.Paquirri Arumugam.

[ARTIKEL BERKAITAN- Cukai SST RM410 juta, bila Hibiscus Petroleum Bhd milik Arumugam kroni ‘Dr M’ mahu bayar Kerajaan Sabah?

Cukai SST RM410 juta, bila Hibiscus Petroleum Bhd milik Arumugam kroni ‘Dr M’ mahu  bayar Kerajaan Sabah?

 

 

 

Comment