Rasuah ejen RM1500 'Satu kepala', 345,861 kuota pekerja asing, CEO Bestinet direman SPRM
17:08 Aug 04, 2022  |  By SabahKini2
Rasuah ejen RM1500 'Satu kepala', 345,861 kuota pekerja asing, CEO Bestinet direman SPRM

25 syarikat agen Bestinet, setiap ejen bayar rasuah RM1500 'Satu kepala'. Bayangkan 345,861 kuota pekerja asing berapa pegawai Bestinet sapu? Akhirnya CEO Bestinet & 5 staf direman SPRM

Kes rasuah Syarikat Bestinet Sdn Bhd semakin berkembang. Kontroversi terus berpanjangan. Semalam Enam individu termasuk ketua pegawai eksekutif Bestinet Ismail Mohd Noor direman tiga hari bagi siasatan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah antara RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.


Mampukah staf Bestinet bertahan? didakwa atau jadi saksi? pastinya banyak perkara berlaku

Menurut sumber, syarikat Bestinet syarikat platform bagi permohonan pekerja asing yang dilantik oleh kerajaan terlibat dalam memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022.

Bagaimanapun seperti biasa Syarikat Bestinet  yang sering dipertahankan Dato’ M Saravanan Menteri Sumber Manusia ini (sehingga bercuti di Dubai) bersama pengasas nya Dato’ Sri Aminul itu yakin pegawai dan kakitangannya akan dibebaskan daripada semua tuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

[ARTIKEL BERKAITAN-  Isu pekerja asing: Mengapa Saravanan Menteri KSM pertahan Taikun Bangladesh pemilik Bestinet? ]

Dakwaan sebelum ini di Dubai. Ia misteri bagaimana semuanya kebetulan

Belumpun siasatan selesai atau pertuduhan dikenakan Bestinet dalam satu kenyataan yakin mereka tidak bersalah. 

"Bestinet yakin syarikat dan kakitangannya akan dibebaskan daripada sebarang dan semua dakwaan.

"Bestinet menjunjung tadbir urus yang sangat ketat berhubung etika dan integriti perniagaan serta mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap rasuah dan rasuah dalam semua bentuknya," katanya  


Dato’ Sri Aminul dan Ismail Mohd Noor CEO Bestinet. 
Sekarang Dato' Sri Aminul menggunakan alasan perubatan untuk
tidak ditangkap SPRM

"Oleh itu, syarikat meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap akauntabiliti dan ketelusan dalam menjalankan aktiviti perniagaannya pada setiap masa dan komited sepenuhnya untuk bertindak sebagai kuasa positif dalam semua pasaran yang beroperasi," tambah syarikat itu.

Keadaan semakin meruncing apabila  ketua pegawai eksekutif (CEO) Bestinet,  Ismail Mohd Noor direman SPRM dan ini mungkin akan membuka jalan kepada tangkapan Dato' Sri Aminul. 

Kredit: Astro Awani

Bestinet mengendalikan FWCMS yang digunakan di negara ini bagi menguruskan proses pengambilan dari semua negara sumber bagaimanapun pelbagai pihak mempersoalkan pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia. Terdapat dakwaan semua syarikat itu berkaitan dengan dengan pengasas Bestinet Dato’ Sri Aminul.

25 syarikat monopoli ini pastinya bakal menjerat Bestinet.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan pula seolah-olah menjadi jurucakap kepada syarikat Bestinet apabila mempertahan Bestinet kononnya hak Malaysia untuk mengehadkan bilangan ejen yang dibenarkan menghantar pekerja ke Malaysia kepada 25 ejen. 

Saravanan turut menafikan dakwaan yang mengaitkan Bestinet dan Amin dengan satu "sindiket" membekalkan tenaga kerja Bangladesh ke Malaysia walaupun di negara seperti Bangladesh kecoh dengan monopoli Dato’ Sri Aminul yang kini menjadi warganegara Malaysia dan mendapat gelaran Dato’ Sri di negara ini.

 

8 Comments