1Bestarinet RM4.4B gagal, kini Tengku Zafrul bersekongkol dengan YTL rompak Projek Gentian Optik KKMM Zon Sabah RM 946.5 juta!
23:09 Sep 21, 2022  |  By SabahKini2
1Bestarinet RM4.4B gagal, kini Tengku Zafrul bersekongkol dengan YTL rompak  Projek Gentian Optik KKMM Zon Sabah RM 946.5 juta!

7 Zon ditender. Kerana 'kawtim' Tengku Zafrul beri Zon Sabah kepada YTL hampir RM1b. RM946.5 juta! Syarikat Sabah layak disingkir MOF. Gentian Optik Sabah akan kekalkan YTL monopoli di Sabah selamanya & Syarikat Sabah perlu melutut kepada syarikat Malaya

Apa sudah jadi? Apakah sekali lagi syarikat tempatan Sabah dianaktirikan sehingga terpaksa memilih syarikat dari ‘Malaya’?

Keputusan Lembaga Perolehan A Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKM) bagi projek TENDER BEKALAN, KERJA SERTA PERKHIDMATAN BAGI PROJEK PENYEDIAAN DAN PENYELENGGARAAN POINT OF PRESENCE (POP) HAB INFRASTRUKTUR GENTIAN OPTIK BERHAMPIRAN DENGAN SEKOLAH, KAWASAN PERINDUSTRIAN, PREMIS KERAJAAN DAN KOMUNITI SEKITARNYA OLEH KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA – FASA 2 (SABAH REGION- KKMM.400-11/17/132 (5) dilaporkan memilih syarikat daripada Sabah yang layak namun di 'sailang' oleh Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Oleh kerana kuasa mempertimbang serta setuju terima tender kementerian sehingga RM100 juta untuk tender kerja dan RM50 juta untuk tender bekalan atau perkhidmatan maka perakuan tender perlu dikemukakan ke Perbendaharaan untuk keputusan muktamad maka di sinilah peranan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan. Apa yang diputuskan oleh Kementerian disampahkan oleh MOF dengan justifikasi baru untuk menghalalkan kontraktor kroni.

7 Zon tender dikeluarkan KKMM termasuk region Sabah namun Menteri Kewangan lebih awal dikawtim memilih syarikat bukan dari Sabah. 

Syarikat yang bermasalah dengan kos lebih mahal hampir RM70 juta dari syarikat yang layak dipilih oleh Tengku Zafrul. Entah apa dalam kepala SUB Bahagian Perolehan yang menyiapkan kertas MOF bagi menolak keputusan Lembaga Perolehan  KKMM.

Bagaimana Syarikat YTL Communications Sdn Bhd yang semua sedia maklum syarikat bermasalah selepas ditamatkan kontrak 1BestariNET di Kementerian Pendidikan dilantik semula oleh Tengku Zafrul?

Siapa tidak tahu masalah 1BestariNet yang kecoh awal tahun 2020 yang menyebabkan Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM PH.

ARTIKEL BERKAITAN- Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM 

Semua juga tahu Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin sangat melindungi YTL sehingga Dr Maszlee mendedahkan inilah punca Muhyiddin mendesak dirinya meletakkan jawatan sebagai Menteri KPM. Dr Maszlee mendedahkan perkara ini dalam bukunya “Memori Bukan Memoir”

Semua juga tahu 1BestariNet projek sangat tidak menguntungkan rakyat. Kerugian besar kepada perbelanjaan kerajaan 8 tahun sejak dilaksanakan dan bersifat monopoli. Para pegawai KPM mendedahkan sebahagian kontrak itu sebagaimana didedahkan dalam laporan Sabahkini2.com. PAC juga menyiasat projek bernilai RM4.47 bilion tempoh 15 tahun itu membelanjakan wang banyak oleh kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 1Bestarinet: YTL untung ratusan juta bil bulanan tak masuk akal, kerajaan rugi, rakyat derita

 

Skandal 1Bestarinet: YTL untung ratusan juta bil bulanan tak masuk akal, kerajaan rugi, rakyat derita


Perjanjian kontrak 1BestariNet pun YTL langgar. Inikan projek Projek Gentian Optik KKMM Zon Sabah

Pasti rakyat Sabah lebih banyak kena tipu

Bukan itu sahaja YTL secara terang-terangan  melanggar obligasi kontrak KPM apabila terdapat kos tersembunyi iaitu caj elektrik sebanyak RM41,881,384.98 melibatkan 2,715 tapak menara telekomunikasi sedangkan hakikatnya ia perlu dibayar syarikat tersebut. 

Bukan itu sahaja kerajaan kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi sebanyak RM32,580,000 setahun di bawah YTL.

Isunya Mengapa YTL? Hampir RM1 Bilion!

Apakah Tun M atau mungkin Tan Sri Muhyiddin masih ada di belakang YTL? Meminta Zafrul memilih YTL? Mengapa Zafrul mahu mengulang peristiwa di atas di Sabah?

Laporan Lembaga Perolehan KKM menunjukkan 9 syarikat menyertai tender FASA 2 (SABAH REGION- KKMM.400-11/17/132 (5) itu dari kos RM4.2 bilion sehinggalah kos RM597 juta. Celcom Axiata, Telekom Malaysia, Serba Dinamik dan beberapa syarikat lagi menyertai tender itu.

Syarikat Sabah lebih murah berbanding syarikat YTL yang semua tahu
syarikat cekik darah sejak kontrak 1BestariNet!

Bagaimanapun menurut sumber  dua syarikat disenarai pendek iaitu Fenomena MajuKaya Sdn Bhd dan YTL Corporations Sdn Bhd.

Harga Fenomena MajuKaya Sdn Bhd ialah RM 879,818,514.04.

Manakala Kos YTL Communications Sdn Bhd pula ialah RM 946,546,605.00 hampir RM1 bilion!

Apakah ini satu usaha membalas budi atau menutup kerugian YTL yang ditamatkan sebelum ini?

Berapa YTL Communications Sdn Bhd kawtim dengan Tengku Zafrul atau mungkin pegawai SUB Perolehan berurusan dengan YTL?

Syarikat Fenomena MajuKaya Sdn Bhd yang mempunyai kerjasama dengan anak syarikat Qhazanah Sabah Berhad sudah tentu mampu melakukannya. Mengapa MOF menolak laporan penilaian Lembaga Perolehan KKMM?

Mengapa Zafrul sanggup memilih syarikat kroni Atuk Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin ini?

 

Zafrul kekalkan YTL Monopoli di Sabah selamanya!

Projek Penyediaan dan Penyelenggaraan Point Of Presence (Pop) Hab Infrastruktur Gentian Optik berhampiran Sekolah, kawasan perindustrian, premis kerajaan dan komuniti sekitar merupakan projek kekal meletakkan syarikat YTL di Sabah selamanya. Ia sekaligus meletakkan YTL memonopoli rangkaian itu pada masa depan di Sabah. 

Bukankah ini tidak bagus kepada pemain industri untuk anak-anak syarikat di Sabah sebagaimana YTL memonopoli projek 1BestariNet seluruh negara sebelum ini?

Rekod YTL sebelum ini terbukti sangat buruk ketika melaksana 1BestariNet yang telah menghapuskan sama sekali industri-industri kecil dan sederhana tempatan dalam bidang pendidikan Malaysia, sekaligus melenyapkan ribuan peluang pekerjaan.

Dan kali ini MOF memberikan YTL di FASA 2 (SABAH REGION- KKMM.400-11/17/132 (5). Kalau benar YTL mampu mengapa tidak diberi saja di 6 zon negeri lain seperti Northern Region, Centrak Region, Southern Region, Eastern Region, Sarawak Region atau mungkin Industrial Area?

Mengapa pilih Sabah?

Mengapa pilih syarikat Malaya jika ada syarikat Sabah tempatan yang mampu melakukannya? Sepatutnya infrastruktur seperti ini YTL yang merujuk kepada Sabah tetapi kini terbalik Syarikat dari Sabah terpaksa menjadi hamba kepada YTL.

Jika Kerajaan Pusat menunjukkan mahu memberikan segala tuntutan Sabah dalam MA63 seperti pembahagian kutipan cukai hasil Sabah 40 peratus atau beberapa kuasa tertentu termasuk pemulangan semula syarikat utiliti seperti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sudah tentu hal Hab Infrastruktur Gentian Optik tidak harus dimonopoli syarikat Malaya seperti YTL.

Mohon Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan membatalkan keputusan ini dan mengikut syor Lembaga Perolehan  KKMM bukan ikut kepala sendiri.

Jangan kerana Zafrul terdesak untuk mempercepatkan langganan saham Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia kepada syarikat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) termasuk YTL maka rela menjual apa saja projek di Sabah kepada YTL Communications Sdn Bhd. 

Apa sebenarnya Deal Tengku Zafrul?

Suruhanjaya SPRM digesa menyiasat Tengku Zafrul dan Bahagian Perolehan MOF bagaimana syarikat yang lebih mahal RM70 juta dan terbukti melanggar obligasi kontrak dalam 1BestariNet KPM sebelum ini dipilih untuk projek di Sabah. Pastinya YTL akan mengulangi perangai buruk mereka.

Nampaknya projek 1BestariNet RM4.4b gagal namun kini YTL cuba masuk ke Sabah untuk monopoli projek Gentian Optik RM946.5 juta pula. Habislah Sabah selepas ni.

 

 

 

 

28 Comments