SPRM siasat Zamri Pengarah AMLA SPRM terima rasuah RM20 juta, 'pau' pemilik Projek 'Qatar' RM200 juta
15:01 Jan 06, 2023  |  By SabahKini2
SPRM siasat Zamri Pengarah AMLA SPRM terima rasuah RM20 juta, 'pau' pemilik Projek 'Qatar' RM200 juta

Nampaknya Zamri Pengarah AMLA SPRM panas selepas minta rasuah RM20 juta dan RM200 juta kantoi dengan VVIP Selatan tanah air. Zamri dikatakan memulangkan RM20 juta itu di publika selepas amaran VVIP itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dilaporkan menyiasat Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin kerana menerima dan meminta rasuah kepada sebuah syarikat berkaitan projek ‘Qatar’ di selatan tanah air

Menurut sumber Zamri Zainul meminta rasuah RM20 juta daripada pengadu untuk menyiasat syarikat projek ‘Qatar’. Zamri dilaporkan telah menerima wang itu.

Bagaimanapun Pemilik projek ‘Qatar’ berjumpa dengan Mohamad Zamri Zainul Abidin bagi ‘kawtim’ siasatan itu namun Zamri meminta RM200 juta bagi menutup kes itu.

Berang dengan ugutan dan siasatan pegawai SPRM itu pemilik projek ‘Qatar’ melaporkan kepada VVIP di Selatan Tanah air.

VVIP Selatan tanah air ‘murka’ dan memanggil Mohamad Zamri Zainul Abidin berhubung rasuah RM20 juta dari pengadu dan ugutan RM200 juta pemilik projek ‘Qatar’.

Zamri dilaporkan memulangkan semula RM20 juta kepada pengadu di publika sebelum isu ini di bawa kepada pihak lebih tinggi di SPRM. Bagaimanapun kes ini bocor di kalangan pegawai atasan SPRM.

Pengurusan atasan SPRM menegaskan pihaknya tidak berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang terbabit dengan sebarang perlakuan jenayah.

"Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika terbabit," kata sumber SPRM

 

Kes pegawai SPRM

Sebelum ini banyak kes rasuah dan pecah Amanah pegawai SPRM berjaya ditumpaskan.

Laporan rasuah kepada Zamri Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM tidak menghairankan kerana beliau memang terkenal pegawai SPRM yang rasuah.

Banyak kes SPRM yang dikendalikannya kalah termasuk isu notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti penerima  1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rakyat Malaysia menyaksikan sendiri bagaimana kes -kes pelucutan hak SPRM tewas banyak kali mahkamah seperti bulan Februari 2020 Mahkamah Tinggi  menolak permohonan (Kerajaan) SPRM untuk melucut hak harta UMNO, Wanita MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd membabitkan wang berjumlah hampir RM194 juta. Daripada jumlah itu, UMNO mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM192.9 juta diikuti Syarikat Binsabi Sdn Bhd (RM 777,250), Syarikat Perano Sdn Bhd (Habib) (RM337,634.78) dan Wanita MCA (RM300,000). Banyak lagi kes sebelum itu seperti pelucutan hak wang UMNO Sabah RM1 juta pada disember 2019. Begitu juga kalah kes Datuk Latif Bandi bekas Exco Kerajaan Negeri Johor.

Pertukaran kerajaan pada  Mac 2020 telah membongkar salah guna kuasa Lim Guan Eng dan Dr Mahathir mengarahkan  Peguam Negara Tommy Thomas dan Shukri SPRM KP SPRM membatalkan pembekuan akaun Taikun DAP Tan Sri Lim Soon Ping Titijaya Group. Shukri dan Zamrilah orang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Peguam Negara dan Lim Guan Eng cara menyelamatkan wang Taikun DAP itu. SPRM cuba lucutkan wang, SPRM juga cuba selamatkan taikun!

Terbaru kes pertuduhan politik terhadap Tan Sri Shahrir Samad mendedahkan penglibatan Zamri dan Tommy Thomas dengan pertuduhan kes tidak lengkap.

Nurzahidah kantoikan Zamri Pengarah AMLA SPRM kertas ‘siasatan tak lengkap’ Tommy pula arah dakwa Shahrir!

Pegawai Penyiasat SPRM Nurzahidah Yacop, mengesahkan dalangnya ialah Zamri. Akhirnya Tan Sri Shahrir Samad bebas kes itu di mahkamah. Ini terbukti Zamri ni jenis bayar.

Maka tidak hairan Zamri meminta rasuah RM20 juta dan RM200 juta dari pengadu dan pemilik projek ‘Qatar’

Sudah tiba masa SPRM menyiasat Zamri malah mengantung khidmatnya.

 

28 Comments