SPRM Siasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre
20:01 Jan 27, 2023  |  By SabahKini2
SPRM Siasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre

Nampaknya PN panas lagi. Isu RM92.5B tak selesai lagi. Ramai ditahan dan siasat SPRM. Kini kroni atau 'butler' Hamzah Zainudin Dato' Stephen pula kena siasat kerana 'pau' pendahuluan RM15 juta. Benarkah Dato' Stephen beri kepada Hamzah?

Menurut sumber SPRM mereka telah menyiasat orang kanan atau pembuka pintu bagi Hamzah Zainudin Dato’ Stephen Sim  Choo Thiam di pejabat mereka Publika tentang  wang pendahuluan RM 15 juta yang diminta Dato’ Stephen daripada Asia Coding untuk projek Rundingan Terus Pembinaan Pelabuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( APMM) di Terengganu berjumlah RM 420 juta. 

Urusniaga ini dibuat oleh Dato’ Stephen dan Dato’ Syed Abu Zafran “ Kassim Baba”  kepada Tan Sri Muhamad Ikmal Opat ( Widad Group) yang merupakan pemilik Syarikat Data Prep Holdings Berhad  dan bayaran RM 15 juta dibuat melalui syarikat kerjasama Dataprep iaitu Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Menurut siasatan mendedahkan, dua beg berisi RM 15 juta telah diserahkan oleh Asia Coding kepada wakil Hamzah Zainudin, Dato’ Stephen dan Syed Abu Zafran di basement B6 block B4 PUBLIKA dan dimasukkan ke dalam kereta Dato’ Stephen Audi 8 bewarna hitam no pendaftaran RL 8282 pada julai 2021. Menurut sumber siasatan dan penyataan bersuara telah direcordkan oleh SPRM dari Dato’ Stephen, RM 15 juta diambil dan diserahkan kepada Hamzah Zainudin untuk pembelian pejabat mewah di block D Publika.

 

Butler kesayangan Hamzah Zainudin

Rentetan dari Projek tersebut, pihak SPRM juga telah menyiasat Dato’ Stephen dan menahan reman 4 hari 3 malam Syed Abu Zafran di lokap SPRM Putrajaya mengenai penyelewengan tender Projek Saringan Covid ( Projek Imigresen dan KKM ) di KLIA dan laporan dibuat oleh MyEG kerana tidak berpuas hati di atas kekalahan projek tersebut yang dikatakan ada penyelewengan tender tersebut.

 

Hamzah Zainudin bukan hanya memakai seorang “Door Keeper” Dato’ Ariffin Tobias, SUSK beliau merupakan orang kanan yang terkenal dengan membuat deal dengan meminta 5% hingga 10% setiap projek yang berkaitan di KDN dan Hamzah berjaya menutup setiap kes yang berkaitan beliau dengan menjual nama Azam Baki KP SPRM.

 
Arifin Tobias SUSK Hamzah penentu projek kroni di KDN

Hamzah jugak bersekongkol dengan TS Vignesswaran ( Presiden MIC) dan Saravanan Bekas Menteri Sumber Manusia membela Dato’ Amin Bangla ( FWCMS) BESTINET dengan memberi projek rundingan terus sistem Imigresen di kementeriannya KDN dan projek BRA ( Bangladesh Retruitment Agenci) di Kementerian sumber manusia di bawah kelolaan Dato’ Saravanan. Dari sinilah mereka berjaya mengumpul Dana yang besar dan digunakan untuk membantu PN di PRU 15 yang lalu.

Projek FWCMS yang digunakan di negara ini kecoh selepas pelbagai pihak mempersoalkan pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia yang dimiliki semuanya oleh pengasas Bestinet Dato’ Sri Aminul. Kisah skandal Saravanan dan BESTINET ini boleh dibaca di sini;

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu pekerja asing: Mengapa Saravanan Menteri KSM pertahan Taikun Bangladesh pemilik Bestinet? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Rasuah ejen RM1500 'Satu kepala', 345,861 kuota pekerja asing, CEO Bestinet direman SPRM 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes rasuah Bestinet, HRD Corp, seleweng Penjana Kerjaya RM100 juta bila SPRM heret Saravanan MIC, Shahul Hameed?

 

Saravanan, Aminul Islam dan Shahul Hameed (HRD Corp) bagaikan isi dengan kuku


Akrab- Saravanan dan Dato' Aminul Islam Bangla

Tidak cukup dengan itu, Hamzah Zainudin melalui SUSK beliau Dato’ Ariffin Tobias juga menggunakan Taikon-taikun judi cina seperti JP Tan dan Wan Kuok Toi untuk mendapatkan Dana PRN Johor dan PRU 15. PN berjaya mengumpul berbillion ringgit untuk menghadapi pru 15 tersebut yang digunakan untuk membeli undi sebagaimana video tular. Taikun-taikun judi ini mudah masuk ke pejabat Hamzah Zainuddin.

26 Comments