TPM perlu tukar KP MARA 'PRO PN', 'Gunting Dalam Lipatan' burukkan Menteri, KKDW dan MARA
06:01 Jan 28, 2023  |  By SabahKini2
TPM perlu tukar KP MARA 'PRO PN', 'Gunting Dalam Lipatan' burukkan Menteri, KKDW dan MARA

KP MARA paling lalang! Siapa Menteri pun jadi makanannya. Kini TPM yang juga Menteri KKDW perlu menukarnya. Bertindak awal sebelum kena getah. Pegawai skandal salah guna kuasa MARA Corp pun dia dilantik Pengarah Bahagian Perundangan MARA.

MARA sedang menuju kehancuran apabila masih ditadbir oleh Datuk Azhar Manaf Ketua Pengarah MARA seorang yang  sangat pro Bersatu atau Perikatan Nasional. Gunting dalam lipatan kepada Kerajaan Perpaduan sekarang.

Tugas mereka sekarang di belakang ialah hari-hari mengutuk Datuk Seri Zahid Hamidi TPM selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).  Apakah TPM dan pegawainya sedar? Di depan berlagak baik tetapi di belakang mereka memperlekehkan Zahid Hamidi sebagaimana mereka memperbodohkan Dato' Seri Mahdzir Khalid sebelum ini.

Selagi Ketua Pengarah MARA ditadbir oleh pegawai dalaman MARA maka selagi itu MARA tidak akan berkembang. Mereka kekal ditakuk lama. Anak-anak syarikatnya hampir melingkup dan banyak yang rugi. MARA mungkin berjaya dalam program pendidikannya tetapi keusahawanan MARA dalam keadaan tenat. 

Itupun MARA bernasib baik selepas menstruktur perniagaan mereka sebelum ini apabila menyatukan semua anak syarikatnya di bawah MARA Corporation Sdn Bhd. Maka Nampak sedikit prestasi anak-anak syarikatnya yang sebelum ini mendapat peruntukan sehingga RM500 juta setahun. Namun Mara Corp terus dilanda kontroversi.Dari isu pemecatan bekas CEOnya Datuk Badlisyah Abdul Ghani, Dato' Suhaili hinggalah kes mahkamah salah gunakuasa budak-budak MARA.  

KP MARA Gila!

Entah apa dalam kepala Datuk Azhar kerana dia turus 3 dan KSU KKDW Datuk Ramlan masih memangku turus 3 maka beliau merasakan lebih besar daripada KSU.

Kerja Datuk Azhar sekarang ialah cuba menyelamatkan pegawainya yang sedang didakwa di mahkamah sejak  julai 2022.

Skandal Maracorp yang kontroversi tahun lalu menyebabkan dua pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) masing-masing berhadapan dengan lima tuduhan menggunakan jawatan untuk meluluskan pembayaran elaun memangku.

 


Gaji dan elaun dibayar

Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55

Rembatan 5 pegawai 

CEO, Pengarah Kewangan MARA Corp didakwa lulus elaun sendiri RM87,09.75
Namun hanya dua cuba dikandangkan. Pegawai Undang-undang MARA Corp selamat 

5 pegawai terlibat tetapi hanya dua yang didakwa iaitu Noor Irwan Marmin CEO luluskan elaun sendiri RM46,218.75 dan Rizal luluskan RM40,875. Pegawai undang-undang MARA  Iskandar Zainudin selaku Group General Council MARA Corp yang menyediakan Proposal for Extension of MARA's Secondment Officers of MARA Corporation Sdn Bhd untuk 5 pegawai termasuk dirinya tidak didakwa. Perancang semua pencurian elaun masih selamat.

[ARTIKEL BERKAITAN- CEO, Pengarah Kewangan MARA Corp didakwa lulus elaun sendiri RM87,09.75 ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM29 ribu elaun 7 pegawai tapi 5 Pegawai curi duit MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah!

Perancang semua pencurian elaun masih selamat tetapi lebih teruk lagi Datuk Azhar Manaf selaku Ketua Pengarah MARA bukan saja tidak menggantung pegawai terlibat sebagaimana arahan Menteri KPLB (Sebelum ini) tetapi memberi pula Iskandar Zainudin Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan sebagai pemangku jawatan Pengarah Bahagian Perundangan MARA bermula 6 oktober 2022 menggantikan Puan Siti Hajar Abd Khalid yang akan bersara 22 Januari 2023.

Betapa teruk mesej yang cuba ditunjukkan oleh Datuk Azhar!

Datuk Azhar mahu mencari jalan pegawai MARA yang didakwa di mahkamah perlu diselamatkan oleh Iskandar Zainudin Pemangku Pengarah Bahagian Perundangan MARA ini.

Bukan itu sahaja Azhar semakin gila mana-mana pegawai menentangnya dipindah, turun pangkat malah dibuang. 

Group CEO Mara Corp

Hari ini Azhar melantik pula Group CEO Maracorp Datuk Julaine Mohd Salleh bekas Pegawai BERNAS dan UDA yang punya kes gangguan seksual dan salah guna kuasa. Menurut sumber Datuk Julaine ini dibawa masuk oleh bekas Pengerusi MARA Corp lama iaitu  Datuk Othman Aziz.

Gaji Group CEO dibayar hampir RM60 ribu tetapi masih gagal mengurus Maracorp. Tiada hala tuju. Apa Group CEO ini buat sekarang? Dia melantik konsultan dari UniKL dan beberapa pensyarah untuk membantunya membuat pelan strategik Mara Corp.

Jika adapun kejayaan dan peningkatan keuntungan syarikat ia kerana hasil penstrukturan Maracorp oleh Ahli Lembaga Pengarah lama  sebelum ini. 

 

 

 

20 Comments