[VIDEO] Giliran Hamzah Zainudin bakal didakwa selepas ini?
23:03 Mar 11, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Giliran Hamzah Zainudin bakal didakwa selepas ini?

Siapa seterusnya? Menurut sumber Datuk Seri Hamzah Zainudin bakal didakwa tidak lama lagi

Apabila Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, sepupu Adlan Berhad menantu Muhyiddin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tiada siapa menjangka Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan diheret bersama sehingga didakwa di mahkamah menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Akhirnya rakyat tahu Wan Saiful Wan Jan menerima wang rasuah ke akaun syarikatnya sendiri WSA Advisory Group. Begitu juga , Adam Radlan Adam Muhammad sebagai Pengarah dan pemilik Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd menerima suapan RM2 juta melalui akaun CIMB Bank Berhad daripada Lian Tan Chuan sebagai upah membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Selangor daripada Kerajaan Malaysia bernilai RM141 juta.

Adam Radlan dan sepupunya Datuk Adlan Berhan berpisah tiada

Ramai menjangka Tan Sri Muhyiddin akan dituduh dengan projek berkaitan menantunya Datuk Adlan Berhan yang disiasat mengenai isu kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) RM 1bilion Syarikat IRIS Corporation Berhad. Namun sebaliknya Muhyiddin dituduh di mahkamah dengan 4 pertuduhan rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta

[ARTIKEL BERKAITAN- Muhyiddin hadapi 4 pertuduhan rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta

SPRM mengesahkan pada isnin nanti (13 Mac) Muhyiddin akan dituduh lagi dengan pertuduhan rasuah lain.

Jika Muhyiddin boleh didakwa mengapa tidak Datuk Seri Hamzah Zainudin?

Setiausaha Agung BERSATU hari ini  menepis spekulasi serta menegaskan bahawa tiada sebab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu memanggilnya untuk siasatan.

"Hentikan spekulasi tidak berasas. Tiada sebab saya hendak dipanggil SPRM," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi BERSATU,.


Tiada sebab? sebab dah menunggu YB


Dato’ Stephen Sim ‘Butler’ Hamzah Zainudin ditahan SPRM rasuah RM15 juta

Sebelum ini SPRM menyiasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre.

Pertengahan Februari akhirnya SPRM menangkap dan reman “Butler” Hamzah Zainudin, Dato’ Stephen Sim, Syed Abu Zafran dan Pengarah Urusan Asia Coding Centre

ARTIKEL BERKAITAN - Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Persoalan besar benarkah Dato’ Stephen Sim dan Syed Abu Zafran menerima RM15 juta wang rasuah daripada Pengarah Asia Coding Centre Hep Kim Hong bagi duit rasuah projek Pelabuhan.

Apakah tangkapan Dato’ Stephen Sim  Choo Thiam dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad akan mengheret Datuk Seri Hamzah Zainuddin kerana wang rasuah RM15 juta diberi Asia Coding dimasukkan dalam kereta Dato’ Stephen Audi 8 no pendaftaran RL 8282 pada julai 2021 itu?

Menurut sumber duit itu digunakan alas an Hamzah Zainudin bagi pembelian pejabat mewah Parti Pribumi Bersatu di Block D Publika.

Sepatutnya Hamzah Zainudin tak perlu bising dan bongkak. Lagi banyak bunyi lagi banyak dikorek ketika dia menjadi Menteri KDN dan Setiausaha Agung Bersatu

1 Comment