Bung kata “Well… dia kena gantung enam tahun, Shahelmy kata ‘tenang’
06:03 Mar 19, 2023  |  By SabahKini2
Bung kata “Well… dia kena gantung enam tahun, Shahelmy kata ‘tenang’

Hasil penggulingan Ketua Menteri yang gagal. Bung tak sabar umum kedudukan Shahelmy sebelum MKT dan SUA. Well...dia kata gantung. Tapi Shahelmy kata dia dah jangka apa berlaku. Jadi dia kata 'bertenang'.

Belumpun MKT dan Setiausaha Agung UMNO mengumumkan kedudukan Shahelmy, Bung Moktar Pengerusi UMNO Sabah mengumumkan UMNO menggantung keahlian Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya dalam parti itu selama enam tahun

“Well… dia (Shahelmey) kena gantung enam tahun,” katanya ringkas.

Semua tahu Shahelmey dikenakan tindakan berkenaan selepas tidak menyokong keputusan UMNO Sabah untuk menarik sokongan atau mudahnya ‘mengguling’ Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada awal Januari lalu.

Terdahulu, Shahelmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, bersama empat lagi ADUN yang bertanding menggunakan tiket BN ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020 namun bertindak kekal menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri mengekalkan kestabilan negeri.

Shahelmy mungkin boleh bertindak lebih awal keluar parti menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).bersama empat ADUN iaitu ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob, Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk Arshad Bistari (Tempasuk)namun kekal kerana kerusi Parlimen Putatan yang beliau tandingi atas kerusi BN.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan kerusi Parlimen Putatan dimenangi Shahelmy.

Tenang kata Shahelmy

Susulan pengumuman itu Shahelmy kata bertenang. Dia telah menjangkakan mengenai keputusan itu lebih awal.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini beliau belum ada menerima makluman rasmi dari parti berhubung perkara tersebut.

“Belum ada makluman rasmi saya terima dari parti setakat ini. Namun saya memang menjangkakan keputusan sedemikian dan menerimanya dengan berlapang dada. 

“Saya harap kenyataan Bung itu bolehlah dianggap sebagai kenyataan rasmi parti,” katanya ketika memberitahu media

Menurut sumber penggantungan Shahelmy selama  6 tahun tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai Adun Tanjung Keramat, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya. Pelantikannya dalam kabinet merupakan kuasa Ketua Menteri Sabah

 

1 Comment