SPRM sahkan Rohana bekas CEO Astro pulangkan USD10 juta aset berkait 1MDB
06:03 Mar 25, 2023  |  By SabahKini2
SPRM sahkan Rohana bekas CEO Astro pulangkan USD10 juta aset berkait 1MDB

Di mahkamah Tim Leissner mengaku beri rumah rumah berharga AS$10 juta kerana diugut Rohana. Di Malaysia Rohana kata tak tahu punca wang. Senang dia pulangkan kembali dan SPRM sahkan dah pulang..

Kecoh sejak Februari 2022 berhubung skandal Bekas Ketua Operasi Goldman Sachs Tim Leissner dengan bekas ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan bagi pembelian rumah berharga AS$10 juta akhirnya hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Rohana Rozhan sudah memulangkan aset dikaitkan dengan dana 1MDB bernilai USD10 juta kepada kerajaan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN-SPRM siasat Rohana bekas CEO Astro, beku aset, akaun bank dalam negara dan UK

ARTIKEL BERKAITAN- Tim Leissner mengaku beli rumah USD 10 juta di London buat skandalnya Rohana bekas CEO Astro

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dalam satu kenyataan mendedahkan semua aset itu dipulangkan tahun lalu, selepas siasatan agensi itu selesai.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat mendedahkan, Jabatan Peguam Negara “tidak tahu” sama ada Rohana sudah memulangkan wang itu.

Beliau menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada Rohana sudah memulangkan dana itu serta berapa banyak aset dikaitkan dengan 1MDB sudah dikembalikan.

Dalam perbicaraan kes itu di mahkamah Leissner mengaku membelikan sebuah rumah bernilai USD7 juta di Montpelier Street, London pada 2013 kerana wanita itu “sangat kecewa” selepas hubungan 10 tahun mereka diputuskan untuk dia mengahwini Kimora Lee Simmons.

Susulan pengakuan Leissner itu, SPRM mengambil keterangan Rohana pada Feb 2022 selepas beliau menyatakan kesediaan membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes tersebut.

SPRM juga dilapor membekukan aset dan akaun bank Rohana susulan siasatan pemilikan rumah itu.

Menurut sumber, Rohana memulangkan semula kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner sekalipun dalam perbicaraan kes itu Leissner mengaku membeli rumah itu kerana diugut oleh Rohana dengan kes 1MDB.

“Jika saya tidak membelikannya rumah itu, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB.

“Dia mengugut untuk dedahkan penglibatan saya. Pada masa itu, pada 2013, saya sangat takut ia berlaku,” katanya

Paling mengejutkan pengakuan Leissner Bank Negara di bawah Zeti membenarkan pemindahan keluar negara wang sebanyak USD1 bilion dalam tempoh semalaman daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI), selepas suami gabenor BNM ketika itu dibayar rasuah

BACA - Tim Leissner mengaku rasuah suami Zeti luluskan USD1 bilion dalam tempoh semalaman 

Tim Leissner mengaku rasuah suami Zeti luluskan USD1 bilion dalam tempoh semalaman

Namun tiada keputusan kes Zeti dan suaminya sehingga ke hari ini.

 

 

2 Comments