Kerajaan Sabah digesa rombak Jabatan Air, buang CEO Jetama Sdn Bhd Pro Warisan yang gagal
03:03 Mar 28, 2023  |  By SabahKini2
Kerajaan Sabah digesa rombak Jabatan Air, buang CEO Jetama Sdn Bhd Pro Warisan yang gagal

Menteri Kewangan Masidi dan Menteri Kerja Raya Ir Shahelmy menyarankan rombakan JANS untuk selesaikan masalah air. Jangan lupa buang sekali CEO konsesi air Jetama Sdn Bhd orang Shafie Apdal yang gagal. Dia memalukan Ketua Menteri Sabah!

Masalah utama di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) ialah masalah rasuah yang telah bersarang sekian lama.

Kebenaran itu ialah sebagaimana yang didedahkan Teo Chee Kong bekas Timbalan Pengarah baru- baru ini mengenai sistem komisen di kutip di JANS dari 1998 hingga September 2003. Pengarah JANS menentukan 10.75 peratus komisen rasuah kepada pegawai di Kementerian, Pengarah, Jurutera Air Bahagian (JAB) sehinggalah ke Jurutera Air Daerah.

Sejak kes rasuah bekas Pengarah Jabatan Air, Ag Mohd Tahir Mohd Talib itu didedahkan budaya itulah apa yang ada di JANS sehingga sekarang.

Pelantikan Amarjit Singh Warisan sebagai Pengarah JANS disambung Edward Lingkapo budak Peter Anthony menambahkan sengsara rakyat rakyat. Malah Bung Moktar menjadi Menteri Kerja Raya Sabah meneruskan lagi khidmat Edward Lingkapo.

Banyak siri demonstrasi dan bantahan dibuat penduduk di sekitar Sepanggar dan Kota Kinabalu kerana kemelut air yang sentiasa berulang.

Kini Pengarah JANS yang baharu ini Baharuhom Bin K.K. Sogon budak Edward Lingkapo nampaknya isu air di Kota Kinabalu atau Sepanggar tak pernah selesai.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] 'Suri Rumah' demonstrasi tiada air di Sepanggar, Menteri KKR perlu rombak jabatan ‘skandal rasuah’ JANS

 

Rombak JANS

Sehubungan itu saranan Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmy Yahya dan Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kewangan agar merombak JANS adalah langkah tepat.

Untuk menyelesai masalah JANS individu tepat perlu untuk menyelesaikan isu  air.

“Kami berdua rasa wujud keperluan mendesak untuk meletakkan orang tepat di tempat yang tepat pada semua peringkat di Jabatan Air untuk pengurusan dan pengagihan bekalan air kepada pengguna yang lebih baik,” 

Masalah air Sabah menjadi isu yang kerap ditimbulkan di media sosial. Awal bulan ini, Shahelmy memanggil pengarah jabatan itu selepas Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata, penduduk Sandakan terpaksa minum air “masin” selama tiga bulan.


Apa Baharuhom Bin K.K. Sogon buat di JANS? Selain masalah rasuah di JANS, isu bekalan air malah isu konsesi JANS beliau gagal. Apakah beliau sama seperti Pengarah JANS lain juga hanya pandai mengutip komisen 10.75 peratus?

 

Banyak kali demo dan bantahan dibuat. Rakyat dah lali

 

BACA ARTIKEL MENGENAI  JANS SEBELUM INI

18 OGOS 2019: Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

10 JULAI 2020 : SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B?

10 OGOS 2021 : Dulu direman SPRM, Edward Lingkapo Pengarah bakal lingkupkan Jabatan Air Sabah?

11 OGOS 2021 : Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS

10 SEPT 2021: Rakyat Sepanggar derita tiada air, Edward Pengarah sibuk Projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS ratusan juta milik kroni!

 

Rombak syarikat Konsesi Jetama Sdn Bhd

Rakyat Sabah jarang mendengar isu syarikat konsesi air Jetama Sdn Bhd ini. Anak syarikat Sabah Development Berhad merupakan syarikat konsesi air 20 tahun yang dilantik Kerajaan Negeri Sabah dari 1993 hingga 2013 namun disambung kontrak lagi 2013 hingga 2033.Antara Loji Air seliaannya ialah Moyog WTP, Telibong, Kasigui, Papar, Tamparuli dan Tuaran

Semua masalah air di Kota Kinabalu sangat berkait dengan Jetama Sdn Bhd. Selain JANS yang gagal, penguatkuasaan terhadap keberkesanan perkhidmatan Jetama juga  tidak dapat dikuatkuasakan dengan berkesan. Teknologi digunakan ketinggalan. Misalnya Loji Rawatan Jetama di Telibong Tamparuli hanya boleh merawat air pada kadar kandungan sediment yang tertentu sahaja, sebab itu apabila banjir dan air keruh, Loji rawatan terpaksa di shutdown.

Isu utama JETAMA SDN BHD ialah pengurusan. Sistem catu, kurangnya penyampaian maklumat tepat kepada rakyat menyebabkan rakyat yang tiada bekalan air marah kepada kerajaan. Bayangkan kawasan Ketua Menteri Sabah pun Jetama tak mampu urus. Tuaran dan Tamparuli yang ada loji air pun tiada bekalan air berhari-hari. CEO Jetama dan Pengarah JANS ni memang bertujuan nak malukan Hajiji Ketua Menteri. 

Jadi bahan troll politik

 

Selain merombak JANS, syarikat Jetama yang menjadi lubuk Warisan ini juga perlu dirombak. CEOnya Ahmad Naim Uddang (Ahli Keluarga Shafie) yang juga dilantik sejak zaman Shafie Apdal Ketua Menteri bukan saja lembap tapi gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Yang menjadi mangsa dan punching bag ialah Jabatan Air Negeri Sabah. Kerja CEO ni di Tuaran sibuk untuk beristeri dua dengan orang Tuaran.

Rakyat Sabah masih ingat pada oktober 2020 bekas Pengarah JANS Warisan Datuk Amarjit Singh yang dilantik Penasihat Teknikal di Kementerian Kewangan Sabah secara kontrak Gred Utama C Gred VU7 diberi pampasan RM132,000.00 ekoran penamatannya sebagai Ketua Pengawai Operasi Syarikat Jetama Sdn Bhd.

Penamatan itu merangkumi bayaran pampasan gaji bulan Oktober RM30 ribu, elaun kenderaan RM3000, notis tiga bulan gaji RM90 ribu dan elaun kenderaan 3 bulan RM9000.

Amarjit ditamat kontrak COO Jetama Sdn Bhd dibayar pampasan RM132 ribu

Surat penamatan kontrak dan pembayaran pampasan itu ditandatangani Pengerusi Jetama Datuk Yussof Abd Mannan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Naim Uddang bertarikh 6 Oktober 2020. Jetama tempat lubuk pemimpin Warisan dapatkan wang. 

 

PROFAIL PENUH JETAMA SDN BHD

Rombak JKR Sabah- Ir Max Chong dipindahkan

Sebenarnya bukan hanya JANS tetapi JKR Sabah juga wajib dirombak. Pendedahan Sabahkini2 sebelum ini mengenai JKR Sabah adalah jelas banyak berlaku ketirisan ketika Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX sebagai Ketua Penolong Pengarah/Penyenggaraan Jalan. Rasuah konsesi Warisan RM1.5 bilion diteruskan pada zaman Bung Moktar sebagai Menteri Kerja Raya.  Banyak kali gesaan memindahkan Max Chong tidak pernah diendahkan.

Sekian lama  Max Chonglah punca kegagalan selenggaraan jalan raya di Sabah sama ada jalan Persekutuan, Jalan negeri dan PBT selagi.

 

 

Bukan itu saja laporan Sabahkini2 sebelum ini membuktikan selenggaraan jalan tidak dibuat. SPRM Sabah dah 'kawtim' tak teruskan siasatan.

RM154.5 juta di bayar selepas PRN Sabah dalam skandal RM1.5b konsesi dalam tempoh 2020 hingga 2021. Daripada semua bayaran itu  RM145.1 juta  dibayar kepada 1755 'Jalan Hantu' yang tidak wujud. Bayangkan kerugian kepada Kerajaan Sabah. Siapa dalang bayaran ini dibuat kalau bukan Pegawai JKR Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX KPP KPP Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR Sabah. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni] 

Baru sebulan Datuk Ir Shahelmy sebagai Menteri JKR beliau telah mengarahkan Ir Max Chong dipindahkan ke Jabatan Pembentungan Sabah. Masalah pertama perlu diselesaikan di JKR ialah rasuah yang membusuk di JKR. 

Jika Pegawai Cerun dan Pan Borneo juga gagal maka elok juga mereka dirombak. 

Jika semua pegawai mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat kepada rakyat pasti masalah rakyat dapat diselesaikan.

21 Comments