[FAIL KES] Lagi tipu cukai jualan, Zulfikar, Mat Salleh didakwa 34 pertuduhan terima rasuah RM780,000
17:05 May 23, 2023  |  By SabahKini2
[FAIL KES] Lagi tipu cukai jualan, Zulfikar, Mat Salleh didakwa 34 pertuduhan terima rasuah RM780,000

Pegawai MOF Zulfikar didakwa lagi 34 pertuduhan kali ini bersama Mat Salleh @Awang Apong (Pesara) terima rasuah RM780 ribu daripada Kilang Sawit Bell Sdn Bhd. Puan Sri Diana bos Bell Group kekal selamat begitu juga Salleh Malaya

Pegawai MOF Sabah sebelum ini didakwa 16 pertuduhan rasuah RM45,000 kini dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah atas tuduhan bersubahat dan menerima rasuah berjumlah RM780,000.

Tertuduh Pegawai MOF Zulfikar Khomeini Asli, 44 dan pesara kerajaan Mat Salleh @ Awang Sapong bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas masing-masing 34 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Kedua-dua tertuduh secara rasuah menyetuju terima suatu suapan iaitu wang sebanyak RM780,000.00 secara pemindahan wang menggunakan 34 cek Hong Leong Bank daripada Syarikat Kilang Sawit Bell Sdn Bhd melalui akaun Syarikat Lihot Construction dan Syarikat Sri Atussin Enterprise untuk tidak mengambil tindakan menjalankan lawatan pemeriksaan mengejut terhadap Kilang Sawit Bell Sdn Bhd mengenai pemalsuan Penyata Cukai Jualan Negeri Borang 4 Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Menurut pertuduhan, Zulfikar, sebagai juruaudit (Gred W44) di Unit Cukai Jualan Negeri (UCJN) di Kementerian Kewangan Negeri Sabah didakwa menerima rasuah antara RM15,000 dan RM30,000 daripada Kilang Sawit Bell Sdn Bhd

Wang itu adalah dorongan kepada Zulfikar untuk tidak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pemalsuan Penyata Cukai Jualan Negeri di syarikat minyak sawit itu antara Mei 2014 dan Okt 2015.

Wang itu kemudiannya dipindahkan ke dua akaun bank syarikat milik ibu dan adiknya (Zulfikar) antara 24 Julai 2014 dan 24 Nov 2015, di cawangan Maybank di Sipitang.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

 

BUTIRAN 34 PERTUDUHAN SEPERTI BERIKUT;

 

Sementara itu, pertuduhan kepada Mat Salleh sebagai kakitangan kerajaan ketika itu adalah bersubahat dengan Zulfikar bagi tempoh sama.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM80,000 dengan dua orang penjamin dan perlu melaporkan diri kepada pejabat SPRM setiap dua bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mengapa Puan Sri Diana dan Salleh Malaya tidak didakwa?

Sejak Mei tahun 2022 Sabahkini2 mendedahkan bagaimana Puan Sri Diana pemilik Kilang Bell Group dan Salleh Malaya menipu cukai jualan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Bagaimanapun yang ditangkap kini ialah Pegawai MOF serta bekas pegawai tetapi pembayar rasuah seperti Puan Sri Diana Bell Group dan Datuk Salleh Malaya kekal bebas.

Apapun Tanhiah kepada Pengarah SPRM Sabah  Datuk S Karunanithy kerana bertindak mendakwa pegawai yang terlibat. Kontraktor mungkin menjadi kes namun pegawai yang terlibat perlu dihukum segera

Puan Sri Diana Low dan Datuk Sallah Malaya

Tipu cukai jualan: Selepas BELL Group, Datuk Salleh 'Malaya' diburu SPRM

ARTIKEL BERKAITAN-

Kilang Sawit Bell milik BELL Group pendapatan tahunan RM59.2 juta, bakal didakwa tipu cukai jualan di Sabah

Tipu cukai jualan: Selepas BELL Group, Datuk Salleh 'Malaya' diburu SPRM

Tipu cukai jualan: Pegawai direman, Puan Sri Dr Liana Low BELL Group diburu, Salleh ‘Malaya’ bakal ditangkap!

Skandal Cukai Jualan: Mat Salleh Bekas Bendahari KOPEKS direman, bila SPRM nak tangkap bos BELL Group?

 

Comment