Menteri Agama sahkan aset Tabung Haji RM19.9b diurus oleh cina DAP Mr Chen Yin Heng
19:03 Mar 27, 2019  |  By SabahKini2
Menteri Agama sahkan aset Tabung Haji RM19.9b diurus oleh cina DAP Mr Chen Yin Heng

Lidah Mujahid kelu apabila ditanya siapa CEO SPV Prokhas yang mengurus aset TH. Rupaya Chen Yin Heng orang kuat Lim Guan Eng sebagai CEO

 

Sebelum ini Kabinet Pakatan Harapan mengesahkan  bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH) atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji ]

Sabahkini2 sebelum ini sudah mendedahkan kepincangan dalam Tabung Haji apabila Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik menerajui Tabung Haji hanya ‘individu yang ghairah’ membalas dendam dan menjadi ‘anjing suruhan Lim Guan Eng’.

Tabung Haji dalam bahaya, integriti Zaiton Hassan pengarah baru dipersoal

[ARTIKEL BERKAITAN-SILA BACA]

Tabung Haji dalam bahaya, integriti Zaiton Hassan pengarah baru dipersoal

Part 1: Zaiton Hasan dan Tabung Haji dari transaksi merugikan kepada balas dendam

(Part 2) Zaiton Hasan dan Tabung Haji : 'Kaki putar belit' akhirnya makan diri

Memberi Zukri CEO TH dan Zato’ Zaiton Hasan menasihat Mujahid adalah titik utama bagaimana Lim Guan Eng dan Tony Pua bermain dibelakang tabir Tabung Haji.

Bukan sedikit! Aset-aset Tabung Haji (TH) bernilai RM19.9 billion telah dijual dan dipindahkan daripada TH kepada sebuah SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) terjawab apabila diurus sepenuhnya oleh Prokhas Sdn Bhd yang mana CEOnya Chen Yin Heng. Menurut sumber Chen Yin Heng ini merupakan seorang yang pro DAP.

Menurut Abdul Rahim Hilmi Zakariya dalam facebooknya menulis. Prokhas sebelum ini diterajui oleh Dr Nungsari Ahmad Radhi sebelum Chen Yin Heng dilantik menjadi CEO sekitar September 2018, 3 bulan sebelum pengambilalihan aset TH diumum media. Dr Nungsari kini mengetuai Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Kejayaan Pro Khas Sdn Bhd dalam mengurus aset sejak di zaman BN memang tidak boleh dipertikai lagi, tetapi isu di sini ialah  mengapakah aset-aset Tabung Haji yang merupakan milik mutlak ibadah umat Islam perlu diuruskan oleh bukan Islam? Ini isu yang sensitif sepertimana kita juga percaya bukan Islam tidak mahu aset dan harta berkaitan ibadah mereka diuruskan oleh individu beragama lain.

Walaupun Prokhas mempunyai Lembaga Pengarah (BOD) yang dianggotai sepenuhnya tokoh Muslim, tetapi Lembaga Pengarah hanya bertindak sebagai pemantau prestasi, menetapkan sasaran dan standard syarikat serta memastikan hak pemegang saham terpelihara

Semuanya adalah kuasa CEO atau MD (Pengarah Urusan) dan Menteri. Tetapi oleh kerana aset dipindah ke SPV milik Kementerian Kewangan dan bukan lagi Menteri JPM (Agama) maka kuasa ini tertakluk kepada Lim Guan Eng Menteri Kewangan.

Tak mungkin Mujahid dangkal berfikir panjang? Keperluan pengurusan aset berkaitan ibadah haji wajib diketuai oleh seorang teknokrat Muslim. Ia adalah bagi memastikan pemerolehan hasil adalah menepati kehendak dan matlamat syarak daripada sekecil kecil perkara. Bukan sekadar beli saham di kaunter patuh syariah sahaja.

Atas sebab itu, Tabung Haji sendiri melalui Seksyen 6(2) dan 11(3) Akta 535 menegaskan keperluan teknokrat Islam bagi mengemudi institusi tersebut. Patutnya sebagai Menteri Agama kenalah memahami semangat dan roh Akta ini.

Agaknya sebab itu Mujahid kelu menjawab soalan di Dewan Rakyat siapa CEO SPV? Dia tidak boleh menjawab.

Seperti sindir Najib dalam facebooknya

Dulu kita tanya, syarikat SPV yang ambil aset RM19.9 bilion aset Tabung Haji itu diuruskan oleh Kementerian Kewangan atau tidak.

Dia jawab walaupun SPV itu di bawah Kementerian Kewangan, ia bukan diurus oleh Kementerian Kewangan.

Hari ini pulak dia terpaksa jawab di Dewan Rakyat bahawa SPV itu sebenarnya tidak ada CEO walaupun sudah beroperasi selama 5 bulan.

Dia terpaksa jawab bahawa SPV itu sebenarnya sedang diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan di bawah siapa?

 

 

50 Comments