Dato’ Sri Gnanaraja didakwa terima rasuah RM19 juta projek terowong dasar laut
09:04 Apr 02, 2019  |  By SabahKini2
Dato’ Sri Gnanaraja  didakwa terima rasuah RM19 juta  projek terowong dasar laut

Akhirnya penerima rasuah RM19 juta Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram didakwa kes projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. Bagaimana dengan Datuk Zarul dan Lim Guan Eng?

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram akan didakwa di mahkamah pada esok kerana menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Sumber berkata, pada Februari 2018, Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram yang berusia 38 tahun itu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berkenaan daripada syarikat Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

“Pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos 2017.

“Pembayaran pertama berjumlah RM2 juta dibuat pada Julai 2017 manakala bayaran kedua sebanyak RM15 juta pula dibuat pada bulan sama,” jelasnya.

Menurutnya, baki sebanyak RM2 juta pula dibayar pada Ogos 2017 dan kesemua pembayaran tersebut dilakukan di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Tambahnya, Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram itu akan berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi esok.

 

ARTIKEL BERKAITAN

3 MAC 2019 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dokumen SPRM bocor, Raja Petra berbohong? Lihat fakta kes buktikan Lim Guan Eng dan Exco ambil rasuah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- DARI FAIL SPRM Siri 5: Zarul Menyogok RM22 Juta Untuk Menutup Kes Rasuah Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang]

9 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- VIDEO : Terowong dasar laut: SPRM serbu KOMTAR dan proksi syarikat Lim Guan Eng DAP ]

10 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Lim Guan Eng dapat 23 hari proksi projek terowong SPRM reman 6 hari ]

11 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Lim Guan Eng mengaku kenal rapat Dato' Gnanaraja yang dibayar RM19juta? ]


12 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Skandal Terowong: Lim Guan Eng bohong mengenai bayaran dan makin hampir dipanggil SPRM]

 22 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM Sahkan rasuah Terowong tapi Lim Guan Eng datang menyibuk di Tawau]

 22 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Siapa 2-3 individu yang SPRM maksudkan akan ditangkap? Lim Guan Eng dan Lim Hock Seng? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- DARI FAIL SPRM Siri 4: Orang-Orang Yang Terlibat Dengan Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ]

28 FEBRUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Zenith sahkan bayar rasuah kepada jutawan penipu Dato’ Gnanaraja RM19 juta ]

2 MAC 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Gnanaraja penipu direman harta disita Lim Guan Eng berang ]

3 MAC 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- RM3 juta Jabarullah Kadersah menambahkan risau Lim Guan Eng ]

9 MAC 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Lim Guan Eng arah Zenith bayar RM19 juta kepada Gnanarajah terdedah ]

18 MAC 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Gnanaraja Terima RM19 juta Rasuah Terowong Teman Akrab Lim Guan Eng ]

[ARTIKEL BERKAITAN- DARI FAIL SPRM Siri 5: Zarul Menyogok RM22 Juta Untuk Menutup Kes Rasuah Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ] 

23 OGOS 2018

[ARTIKEL BERKAITAN-Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF ] 

 

Sabahkini2.com

 



2 Comments