RON97 hanya turun satu sen berbanding naik 19 Sen minggu lalu
18:06 Jun 20, 2018  |  By SabahKini2
RON97 hanya turun satu sen berbanding naik 19 Sen minggu lalu

Bagi menunjukkan seolah-olah RON 97 turun maka hanya 1 sen saja diturunkan dari kenaikan 19 sen. DIjangka minggu depan RON97 akan terus naik

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal manakala RON97 turun satu sen bagi tempoh 21 hingga 27 Jun ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada RM2.20 seliter manakala harga runcit petrol RON97 pada RM2.59, turun satu sen berbanding RM2.60 pada minggu sebelumnya.

Harga runcit diesel pula kekal pada RM2.18 seliter.

Minggu lalu RON97 naik 19 sen berbanding minggu ini turun 1 sen sahaja

11 Comments