Kerana bidang kuasa, permohonan Petronas ditolak:Strategi Dr Mahathir menekan Kerajaan Sarawak?
06:06 Jun 22, 2018  |  By SabahKini2
Kerana bidang kuasa, permohonan Petronas ditolak:Strategi Dr Mahathir menekan Kerajaan Sarawak?

Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa eksklusif asal untuk mendengarnya kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Kes tersebut sepatutnya di bawa ke Mahkamah Tinggi.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Petroliam National Berhad (PETRONAS) untuk memulakan prosiding bagi mendapatkan perisytiharan berhubung kuasa mengawal selia aktiviti huluan sumber minyak di Sarawak.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop, membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa perisytiharan yang dimohon PETRONAS tidak tertakluk di bawah peruntukan Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan,

Hakim Ahmad, dalam penghakimannya, berkata sehubungan itu Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa eksklusif asal untuk mendengarnya kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Menurutnya, kes tersebut sepatutnya di bawa ke Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini barisan peguam Sarawak tampil berhujah bahawasanya tindakan Petronas membawa usul ini ke Mahkamah Persekutuan adalah salah yang mana ianya seharus didengar di Mahkamah Sarawak.

Manakalah peguam Petronas pula menyatakan bahawa Mahkamah di Sarawak mahupun Sabah langsung tidak berkemampuan untuk menyelesaikan kes ini.

PETRONAS memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding mengikut Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) adalah terpakai berhubung kuasa mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri Sarawak."Sehubungan itu permohonan kebenaran ini ditolak," katanya.

Ia memohon perisytiharan bahawa PDA digubal dengan sewajarnya oleh Parlimen dan akta itu secara tersiratnya memansuhkan Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958.

Syarikat minyak dan gas nasional itu diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar manakala Sarawak oleh Peguam Undang-Undang Negeri, Datuk Sri JC Fong.

12 Jun lalu BN Sarawak mengumumkan keluar dari BN menubuhkan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS). Hari yang sama mahkamah menangguhkan pendengaran kes itu pada 12 jun dan dipinda pada 21 Jun. Sebelum itu Abang Johari Ketua Menteri Sarawak bertemu dengan Dr Mahathir.

Hari ini Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petronas. Ia bukan kemenangan. Ia hanya penangguhan kepada tindakan Petronas seterusnya di mahkamah Tinggi Sarawak bagi mendengar kes ini. Apa permainan Dr Mahathir? pastinya telah dijangka jika Kerajaan Sarawak melawan Petronas akan masuk semula apatah lagi semalam Dato' Seri Zahid Hamidi mendedahkan dia merestui BN Sarawak keluar BN untuk menghadapi pilihanraya negeri dua tahun lagi.

Dr Mahathir tidak akan berhenti sehingga parti-parti bekas BN menyertainya bagi mengukuhkan PPBM dalam Pakatan Harapan.

Comment