Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah
10:06 Jun 27, 2018  |  By SabahKini2
Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah

Mohd Shafie Apdal berkata langkah itu bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di Sabah. Ini termasuk isu warga tiada kerakyatan di Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mengkaji mengeluarkan dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladangan.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata satu jawatankuasa khas dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman akan memperincikan proses mengesahkan pekerja haram sedia ada.

"Kita akan melihat bagaimana dokumen khas boleh dikeluarkan kepada pekerja (haram) di setiap ladang. Mereka kini bekerja di beberapa ladang tanpa dokumen sah dan mematuhi dasar tertentu.

"Oleh itu, kita mahu mereka mempunyai pas kerja, kita tidak boleh berdiam dalam masalah ini tanpa menyelesaikannya, kerana ia sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi kita," katanya kepada media selepas mesyuarat tertutup dengan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan, di sini, hari ini. 

Mohd Shafie berkata kekurangan buruh adalah antara isu dibincangkan dan perbincangan lanjut mengenai perkara itu perlu dilakukan secepat mungkin.

Mengikut statistik Jabatan Imigresen, sejumlah 137,676 pas lawatan kerja sementara dikeluarkan kepada pekerja asing di Sabah tahun lalu dengan majoriti dikeluarkan kepada warga Indonesia (123,313) diikuti Filipina (14,283), Nepal (54) dan Myanmar (26).

Pas kerja yang dikeluarkan adalah untuk penanaman ladang, pertanian, perkhidmatan, pembinaan, pembuatan dan pembantu rumah.

Mengenai isu individu tanpa kerakyatan, Mohd Shafie memberi jaminan kerajaan negeri sedang menanganinya. Mereka yang layak akan diberi kerakyatan

Dengan pemutihan warga asing di Sabah dijangka beratus ribu pendatang asing haram di Sabah akan mendaftar di bawah kelulusan kerajaan Warisan. 

"Ini menjadi masalah untuk tempoh yang sangat lama dan ia satu isu yang rumit. Terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi tetapi saya yakin ada penyelesaian," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, keselamatan negeri secara keseluruhannya terkawal dengan pasukan keselamatan terus mengambil langkah mencegah penculikan dan rompakan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Sementara itu netizen Sabah mempunyai reaksi yang pelbagai berhubung langkah kerajaan negeri untuk memutihkan pekerja asing dan memberi warga negara kepada rakyat tanpa warganegara kerana bimbang pengumuman kerajaan ini akan jadi medan kedatangan warga asing ke Sabah secara berleluasa. Atas alasan pekerjaan mereka akan datang secara haram Sabah. 

Seorang pengguna facebook, Karim berkata sepatutnya kerajaan negeri meneruskan usaha menghantar balik pendatang asing bukan memberi dokumen sah sama ada bekerja atau mendapat warganegara. Kita kena belajar dari tindakan pusat di Putrajaya apabila meluluskan program pemutihan di mana 7 juta warga asing direkodkan berada di Malaysia. Program pemutihan digunakan untuk menghalalkan tindakan kehadiran warga asing di negara ini. Tidak hairan selepas ini lambakan PTI akan berlaku di Sabah.

Kerajaan terdahulu menghantar balik warga asing yang tiada dokumen. Kerajaan Warisan menghalalkan mereka di Sabah. Malah individu tanpa warganegara  bakal diberi IC. 

 

179 Comments