Wan Azizah TPM jangan naik helikopter, kasihan orang Tawau dan Kalabakan- Sarifuddin Hatta
05:07 Jul 02, 2018  |  By SabahKini2
Wan Azizah TPM jangan naik helikopter, kasihan orang Tawau dan Kalabakan- Sarifuddin Hatta

Di Zaman Shafie Apdal Menteri KKLW RM 14 bilion diberi kepada Sabah di mana Tawau menerima RM 543 juta RMK9 dan RMK10. Apa jadi? apakah Warisan berjaya memberi peruntukan lebih?

TAWAU: Kerajaan negeri gabungan Parti Warisan Sabah (Warisan) akan memberi kerjasama kepada kerajaan pusat bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) di bawah Tun Dr Mahathir untuk pentadbiran Malaysia yang lebih baik, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hata.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Warisan negeri berkata pendirian Warisan cukup jelas akan menyokong penuh segala dasar dan polisi kerajaan pusat yang akan dilaksanakan demi kepentingan rakyat Malaysia.

"Sabah ini sudah ketinggalan, sudah berpuluh tahun sejak Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri dan pusat tetapi kasihan orang Sabah, kasihan orang Tawau, kasihan orang Kalabakan, kerana kami (rakyat Sabah) masih bercakap mengenai soal jalan raya, soal keperluan asas.

"Sedangkan di Semenanjung Malaysia, sudah bercerita kereta api laju serta bangunan bertingkat-tingkat, jadi saya memohon kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) memberi tumpuan khusus kepada negeri Sabah," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Merdeka Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tawau di sini, pada Ahad.

Majlis itu disempurnakan oleh Wan Azizah yang juga Presiden PKR dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew serta menteri kabinet negeri dan wakil rakyat.

Dalam pada itu, Sarifuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Merotai berkata Sabah memerlukan pembangunan sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia dan untuk itu rakyat Sabah akan terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.

"(Tetapi) jangan lupa kami rakyat di Sabah dan saya ingin membawa timbalan perdana menteri melawat Kalabakan, saya ingin timbalan perdana menteri tidak naik helikopter ke sana tetapi menggunakan jalan raya bersama kami rakyat, lihat sendiri keadaan kami di Kalabakan ini, jangan macam menteri sebelum ini," katanya berharap lawatan rasmi pemimpin pusat ke Sabah berterusan.

Untuk rekod di Zaman Shafie Apdal Menteri KKLW RM 14 bilion diberi kepada Sabah di mana Tawau menerima RM 543 juta RMK9 dan RMK10. Di mana projek pembangunan itu dilaksanakan? Apa jadi? apakah Warisan akan memberi peruntukan lebih? Apakah Dr Mahathir akan menurunkan dana RM 14Bilion atau kurang?

1 Comment