Ketua 'Kartel Azmin' ADUN Sungai Kandis meninggal dunia
12:07 Jul 02, 2018  |  By SabahKini2
Ketua 'Kartel Azmin' ADUN Sungai Kandis meninggal dunia

Ketua Kartel Azmin yang terkenal dengan lesen pasir akhirnya meninggal dunia.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei terkenal sebagai KETUA KARTEL Azmin Ali meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di Subang Jaya, dekat sini kira-kira jam 11.10 pagi tadi.

Allahyarham yang baru saja dipilih semula menjadi wakil rakyat kawasan itu (sebelum ini dikenali sebagai Seri Muda) bagi penggal ketiga, dipercayai dirawat di pusat perubatan berkenaan sejak awal Jun lalu ekoran menghidap penyakit kanser limfoma.

Jenazah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurusselesai urusan di hospital.

Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Asar petang ini.

Mat Shuhaimi yang berasal dari Perak tetapi menetap di Klang dipilih menjadi ADUN Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis apabila berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor awal tahun ini.

Berita kematian Allahyarham tersebar selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin, memuat naik mesej mengenainya melalui akaun Twitter @AzminAli kira-kira jam 11.15 pagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, dalam satu kenyataan media berkata, Allahyarham seorang ADUN yang sangat komited, bertanggungjawab dan disenangi rakyat dan rakan taulan.

"Allahyarham juga sahabat karib saya dan rakan seperjuangan dalam politik. Pemergian Allahyarham satu kehilangan yang besar kepada Kerajaan Selangor serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Khidmat bakti dan pengorbanan Allahyarham kepada rakyat dan negeri Selangor adalah sangat besar dan tidak ternilai. Semoga Allah SWT memberi ganjaranyang baik atas segala jasa dan budi Allahyarham.

"Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Haji Shuhaimie Shafie atas pemergian ini.

Shuhaimi ketika hidupnya sebagai Ketua Kartel Azmin banyak dikritik oleh pemimpin PKR sendiri seperti Chegu Bard kerana terlibat dengan gejala rasuah di Selangor. Beliau dikaitkan sebagai bakal Menteri Besar Selangor menggantikan Azmin kerana sakit maka Amiruddin Shari.

 

1 Comment