Zahid Hamidi beri keterangan di SPRM
12:07 Jul 02, 2018  |  By SabahKini2
 Zahid Hamidi beri keterangan di SPRM

Zahid hadir untuk beri keterangan SPRM.Langkah ini merupakan serangan kerajaan PH kepada pemimpin pembangkang

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 9.50 pagi bagi memberi keterangan berhubung dua siasatan yang berasingan.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu semalam.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam tiba dengan kawalan oleh anggota SPRM.

Ahmad Zahid, yang memakai baju batik berwarna oren, kelihatan ceria ketika tiba di perkarangan bangunan berkenaan dan sempat melambai kepada media.

Difahamkan, hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan masuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

Seawal jam 8 pagi tadi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan Ahmad Zahid.

Pada 27 Jun lalu, Ahmad Zahid dihubungi oleh SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.

Semalam beliau mengesahkan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung sebuah yayasan.

1 Comment