Petronas bertegas semua sumber petroleum Malaysia termasuk Sabah Sarawak miliknya
01:07 Jul 03, 2018  |  By SabahKini2
Petronas bertegas semua sumber petroleum Malaysia termasuk Sabah Sarawak miliknya

Petronas menegaskan ia mempunyai pemilikan eksklusif terhadap sumber petroleum di Malaysia dan merupakan pengawal selia tunggal bagi sektor huluan di negara ini.

Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas menegaskan ia mempunyai pemilikan eksklusif terhadap sumber petroleum di Malaysia dan merupakan pengawal selia tunggal bagi sektor huluan di negara ini.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengumuman itu dibuat sebagai responsnya terhadap kenyataan berkaitan industri minyak dan gas yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 1 Julai, 2018.

Dilaporkan bahawa kerajaan negeri itu berhasrat untuk menjalankan kuasanya mengikut undang-undang negeri berkaitan aktiviti minyak dan gas di Sarawak, termasuk Ordinan Pengedaran Gas 2016, yang berkuat kuasa 1 Julai, 2018.

“Peraturan di bawah ordinan berkaitan pelesenan telah diluluskan kerajaan negeri dan proses pelaksanaannya akan bermula serta-merta,” demikian menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak itu.

Pada masa hadapan, Petronas berkata, dalam melaksanakan tanggungjawabnya, ia akan memantau dengan rapat isu tersebut termasuk mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada kerajaan yang merupakan pemegang saham tunggal syarikat itu.

- Bernama

2 Comments