Hamisa Samat baru tersedar dari lena mahu institusi pendidikan tinggi di Kalabakan
11:07 Jul 05, 2018  |  By SabahKini2
Hamisa Samat baru tersedar dari lena mahu institusi pendidikan tinggi di Kalabakan

Setelah sekian lama menjadi wakil rakyat di kawasan itu akhirnya mahu pembangunan di Kalabakan

KOTA KINABALU- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat mencadangkan Kerajaan Negeri supaya membina institusi pendidikan tinggi di pekan baharu Kalabakan, dekat Tawau, bagi melonjakkan lagi potensi pembangunan di kawasan berkenaan.

Ini termasuk membina Institusi Latihan Perindustrian (ILP) sebagai kemudahan kepada belia dari Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Keningau, selain memastikan pusat pendidikan berkenaan tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu dan Papar.

"Saya juga mencadangkan agar satu usaha dinamik mendirikan Kolej Islam Antarabangsa Sabah di pekan baharu Kalabakan kerana tempatnya strategik bagi menarik pelajar antarabangsa dengan adanya eko-pelancongan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Kerajaan Negeri  pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamisa mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shafie Apdal kerana meluluskan pembukaan pejabat daerah kecil Kalabakan sekali gus ke arah membangunkan pekan baharu di kawasan itu.

Hamisa berkata semua pembangunan terbabit akan dapat direalisasikan di pekan baharu berkenaan  secara berkala demi keselesaan seterusnya mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Saya mengharapkan cadangan pekan baharu Kalabakan ini dapat didukung dan disegerakan oleh kerajaan negeri," katanya.

Hamisa pada 11 Mei lalu keluar UMNO bersama Datuk Muis Picho namun setakat hingga tiada jawatan tertinggi diberi oleh Shafie Apdal.

1 Comment