Borneo Today dibayar Shafie dan Warisan untuk menipu rakyat Sabah?
10:07 Jul 10, 2018  |  By SabahKini2
Borneo Today dibayar Shafie dan Warisan untuk menipu rakyat Sabah?

Borneo Today yang kekurangan pembaca dan dana dikatakan ditaja oleh Shafie Apdal untuk menyiarkan berita Shafie, Parti Warsan serta memburukkan Musa Aman dan BN di Sabah.

Tajuk berita "Musa Aman Drops Suit Against Shafie; Former CM Ordered to Pay Costs" yang diterbitkan hari ini oleh portal berita Borneo Today adalah sengaja ingin mengelirukan dan tidak tepat sama sekali.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sebagai respon kepada tajuk berita tersebut, Tengku Fuad Tengku Ahmad, ketua pasukan guaman Tan Sri Musa, berkata saman Musa terhadap Tun Juhar dan Datuk Shafie masih berjalan dan bahawasanya Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 3 September untuk membuat keputusan tentang permohonan Shafie untuk membatalkan saman Musa.

'Tajuk berita Borneo Today hari ini benar-benar terpesong dan tidak tepat. Pada 6 Jun 2018, Musa telah memfailkan saman pemula yang baru terhadap Tun Juhar dan Shafie untuk mengisytiharkan, antara lain, bahawa Musa adalah Ketua Menteri Sabah yang sah. Pada hari yang sama, kami menghentikan saman yang telah difailkan lebih awal terhadap Tun Juhar dan Shafie pada 17 Mei 2018.

Untuk mengatakan bahawa Musa telah "membatalkan saman" terhadap Shafie adalah tak benar sama sekali. Sebaliknya Musa sebenarnya meneruskan samannya terhadap Tun Juhar dan Shafie melalui saman pemula yang baru itu, 'kata Fuad.

Berkenaan isu kos, Fuad menegaskan bahawa 'adalah amalan biasa dalam prosiding Mahkamah Tinggi untuk Plaintif yang membatalkan writ, menanggung kos. Tan Sri Musa membuat tawaran RM5000 untuk kos dan ianya telah diterima oleh Mahkamah. Malangnya, Borneo Today seolah-olah cuba menimbulkan kekeliruan tak munasabah'.

Tengku Fuad berpendapat bahawa pada masa akan datang, portal berita seperti Borneo Today perlu menyemak fakta mereka terlebih dahulu sebelum menerbitkan tajuk-tajuk yang mengelirukan dan tidak tepat kerana kelakuan sedemikian bukan sahaja mendedahkan portal berita kepada liabiliti perundangan tetapi juga akan menyebabkan orang ramai menjadi keliru berkenaan dengan berita penting seperti kes Musa yang sedang berjalan.

Tinjauan Sabahkini2 dalam beberapa komen netizen berkata portal Borneo Today memesongkan berita untuk menarik pembacanya. Borneo Today dikatakan yang kekurangan pembaca dan dana  ditaja oleh Shafie Apdal untuk menyiarkan berita Shafie, Parti Warsan serta memburukkan pembangkang di Sabah.

12 Comments