PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal?
03:07 Jul 12, 2018  |  By SabahKini2
PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal?

Portal Malaysia Choice mendedahkan mengapa PTD Gred 54 yang miliki RM29 juta dalam akaun dibeku tidak didakwa oleh SPRM? Beliau menjadi saksi utama kes Shafie Apdal.

SUMBER MALAYSIA CHOICE

Media menyiarkan tangkapan reman Hartaty Rahmat TSUB KKLW secara meluas. Jadi bagaimana beliau yang memiliki RM29 juta tidak didakwa ataupun
Shafie Apdal turut didakwa segera kerana beliau sanggup menjadi saksi. Mana Shukri Abdull?
Mengapa menjadi berpilih-pilih dalam siasatan 
dan pendakwaan.

Sudah 48 jam berlalu nampaknya Dato’ Sri Shukri Abdullah Ketua Pesuruhjaya SPRM terus berdiam diri mengenai arahannya menutup Kes Rasuah Dato’Seri Shafie Apdal. Sekalipun blog thethirdforce mencabar dan Malaysia-today menekan beliau nampaknya Shukri lebih bimbang kes Shafie Apdal ke depan semula.

Baca: Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Dato’ Sri Shukri akan terus diasak, bagaimana dia melepaskan Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54 mempunyai wang dalam akaun RM29 juta. Sangat luar biasa.

 

Projek-projek KKLW bawah seliaannya yang diarahkan Shafie Apdal jelas memberi habuan kekayaan kepadanya. Beliau tidak didakwa sehingga sekarang kerana bersedia menjadi saksi untuk mengheret Shafie Apdal di mahkamah.

Bagaimana Norhartaty seorang penjawat awam yang kaya-raya senang lenang, gaya mewah, sentiasa melancong ke luar negara dan mempunyai wang RM29 juta tidak didakwa di bawah Akta SPRM2009 atau AMLA? Belum masuk aset rumeh di Bangi dan hartanah lain. Mengheret Hartaty akan mengheret Shafie Apdal sekali.

Shukri memang terkenal pakar menutup dan menangguh segala kes sejak dia jadi Timbalan Pesuruhjaya SPRM lagi.


Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM hendaklah, sebelum mengambil alih tugas dan tanggungjawab jawatannya, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Pendek kata, sebelum semalam (7 Julai 2018), Shukri telah menjalankan tugas beliau secara haram atau tidak sah. 

Ketika Lim Guan Eng Ketua Menteri, Shukri melengah-lengahkan kes malah kisah rasuah anak buah SPRM Kenney Chua diarahkan tutup hanya penjara beberapa bulan dan denda sahaja dengan pertuduhan yang sangat ringan. Itulah Shukri Abdullah.

Beliau juga terlibat menutup kes Zahida Rafik bersekongkol dengan Abu Kassim KP SPRM ketika itu. Beliau juga mengetahui Abu Kassim yang sekarang Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) memiliki RM7 juta dalam akaun bersama isteri. Ini bukan rahsia lagi dalam SPRM. Pegawai-pegawai SPRM juga mengesahkannya.

Sila baca:

SUMBER SPRM DEDAH ABU KASSIM BAKAL KSN MILIKI RM7 JUTA DALAM AKAUN?

ABU KASSIM ‘KAKI KAWTIM’ KES RASUAH BAKAL KSN GANTI ALI HAMSA

 

 

1 Comment