Najib tidak tersenarai 6 disiasat Switzerland dalam kes 1MDB
07:07 Jul 11, 2018  |  By SabahKini2
Najib tidak tersenarai 6 disiasat Switzerland dalam kes 1MDB

Sebagaimana PAC Malaysia menyatakan Najib tidak terlibat kini Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber pula berkata Najib tidak disiasat

KUALA LUMPUR: Switzerland sedang menyiasat enam orang yang disyaki merasuah pegawai asing dan kesalahan lain, sebagai sebahagian daripada siasatan pengubahan wang haram 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata pejabat Peguam Negara negara itu, hari ini.

Kenyataan itu berkata, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bukan salah seorang daripada enam orang yang sedang disiasat itu.

Enam orang yang sedang disiasat itu ialah dua bekas pegawai 1MDB, dua bekas pegawai dari dana kerajaan Abu Dhabi dan dua pegawai Petrosaudi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Tommy Thomas di sini.-BH

6 Comments