Kecoh Pegawai Khas 'Palsu' Ketua Menteri bertemu Konsulat Tawau
20:07 Jul 11, 2018  |  By SabahKini2
Kecoh Pegawai Khas 'Palsu' Ketua Menteri bertemu Konsulat Tawau

Media Indonesia kaltara.antaranews menyiarkan dalam berita mereka sebagai “Konsulat Tawau-Menteri Sabah Bahas Perdagangan Perbatasan”

Kota Kinabalu: Demi mempercepatkan semula kelulusan perniagaan sistem perniagaan barter trade ( tukar) kecoh apabila Nordin Ening bekas Vice Chairman BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) menggunakan jawatan palsu sebagai Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah berurusan dengan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau Sulistijo Djati Ismojo.

Media Indonesia seperti kaltara.antaranews menyiarkan dalam berita mereka sebagai “Konsulat Tawau-Menteri Sabah Bahas Perdagangan Perbatasan” memetik pertemuan itu sebagai usaha membincangkan perdagangan antara Sabah dan Indonesia.

Nordin Ening dilaporkan media Indonesia sebagai Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah (Staf Khusus Ketua Menteri Sabah). Menurut sumber rombongan Nordin memperkenalka dirinya sebagai Pegawai Khas mewakili Ketua Menteri dalam rundingan tu.

Minggu lalu Shafie membuat keputusan meluluskan semula perniagaan Barter Trade antara negara Indonesia dan Filipina dengan alasan banyak permintaan daripada pelbagai pihak yang terjejas sebelum ini apabila sistem itu dihentikan atas sebab-sebab keselamatan di perairan negara. Umum mengetahui sebelum pilihanraya umum Nordin sebagai ahli perniagaan yang terlibat dengan barter trade berusaha melobi agar sistem itu beroperasi kembali.

Lantaran itu Shafie mengarahkan agensi berkaitan menyediakan laporan dan cadangan mengenai kaedah pelaksanaan sistem itu yang dijangka pelaksanaannya akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang.

Kekecohan penipuan jawatan itu akhirnya terpaksa dijelaskan semula oleh media Sabah 'Borneo Post' bahawa Nordin Ening hanyalah wakil dari pihak swasta bukan Pegawai Khas Ketua Menteri.

 

7 Comments