Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata, sebanyak 64 majikan turut ditahan dalam operasi itu kerana menggaji atau melindungi PATI.

Beliau berkata, sebanyak 118,176 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen sejak 2016 sehingga Jun lepas menerusi 34,426 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan sepanjang tempoh itu.

"Seramai 3,293 majikan yang masih berdegil menggaji atau melindungi PATI turut ditahan sepanjang tempoh ini," katanya bagi menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang ingin tahu langkah kerajaan menangani kebanjiran warga asing berdaftar dan tidak berdaftar. 

Menjawab soalan Dr Jeffry Kitingan mengenai cadangan Kerajaan Negeri Sabah memberikan dokumen sah pekerja asing sebagai sesuatu yang salah dan sepatutnya dihantar balik Azis Jamman mengaku pemutihan PATI di negeri Sabah adalah satu cara mengawal PATI di Sabah. 

"mereka hanya diberi pas kerja bukan kad pengenalan". katanya 

Sebelum ini Persatuan Majikan Sabah (SEA) menyuarakan kebimbangan cadangan Kerajaan Negeri itu. Waga asing yang didaftarkan di Sabah kini lebih 200 ribu namun yang sedia ada tidak berdaftar ialah 800 ribu hingga satu juta. Apakah mereka yang telah lama tanpa dokumen ini diberi pas kerja? kebimbangan ini yang disuarakan oleh rakyat Sabah sebagai Projek IC 2.0 pada masa akan datang.