Zahid ucap takziah Atas Kematian ADUN Balakong dan tegur pemimpin BN
04:07 Jul 21, 2018  |  By SabahKini2
Zahid ucap takziah Atas Kematian ADUN Balakong dan tegur pemimpin BN

Zahid turut menegur sikap segelintir pemimpin BN agar memelihara keharmonian kaum biarpyn berbeza agama dan politik jangan semai kebencian kaum

KUALA LUMPUR- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah atas kematian YB ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya awal pagi ini.

Pada masa yang sama dengan nada tegas beliau mengingatkan dalam isu kematian biarpun berbeza agama, apatah lagi berbeza politik, tidak seharusnya terdapat rasa kebencian yang disimbahkan.

“UMNO tidak boleh menerima sesiapa saja di kalangan ahlinya yang mengeluarkan kenyataan yang berupa seranah, biarpun semasa hayatnya mendiang mungkin pernah melakukan kesilapan dengan menghamburkan kata-kata kesat yang berupa cacian”, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai pilihanraya kecil yang akan diadakan berikutan kematian ADUN Belakong itu beliau berkata BN sedia meletakkan calonnya setelah SPR mengumumkan secara rasmi kekosongan kerusi DUN Balakong.

“Calon yang akan dipilih kelak akan ditentukan setelah perbincangan mengenai perkara itu pada mesyuarat parti-parti komponen BN.

“Calon yang bertanding akan dipilih daripada nama-nama yang akan dikemukakan oleh parti komponen yang meletakkan calonnya pada PRU ke-14 lalu”, ujarnya. –MediaUMNO

Comment