20 peratus hanya 'istilah' Dr Mahathir senangkan hati kata Menteri Sarawak
20:07 Jul 21, 2018  |  By SabahKini2
20 peratus hanya 'istilah' Dr Mahathir senangkan hati kata Menteri Sarawak

Mengapa royalti 20% dari keuntungan? Royalti daripada keuntungan itu bermaksud nilai selepas menolak kos pengeluaran, cukai dan perbelanjaan lain. Kos pengeluaran tertakluk kepada banyak tafsiran antara lain mungkin termasuk gaji eksekutif dan..

KUCHING: Rakyat Sarawak tidak gembira dengan pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan Sabah dan Sarawak akan diberi royalti minyak 20% tetapi kiraan berdasarkan keuntungan dan bukan jualan kasar.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah berkata Dr Mahathir sama sekali salah dan kiraan royalti 20% berdasarkan keuntungan itu tidak akan diterima oleh rakyat di kedua-dua negeri itu.

“Royalti adalah bayaran yang dibuat kepada pemilik yang sah manakala keuntungan ialah manfaat kewangan apabila hasil aktiviti perniagaan mengatasi perbelanjaan, kos pengeluaran dan cukai.

“Dalam kes ini, Dr Mahathir hanya cuba menyenangkan hati negeri-negeri pengeluar minyak dengan menggunakan istilah ‘royalti’ dan kemudian mengatakan royalti itu dinaikkan ke 20% daripada keuntungan,” katanya.

Bahayanya ialah angka kos pengeluaran tertakluk kepada banyak tafsiran kerana antara lain ia mungkin termasuk gaji eksekutif, perjalanan, kos keraian dan cukai.

“Selepas semua perkara ini ditolak barulah 20% itu muncul. Jumlahnya mungkin 0 atau kurang dari 5% bayaran tunai yang diberikan sekarang ini.

“Apa yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan ialah royalti 20% dan bukan 5% seperti sekarang ini.

“20% itu harus dikira berdasarkan pengeluaran, bukan keuntungan,” katanya.

7 Comments