Elak keliru, Petronas di arah jawab istilah 'keuntungan' dan 'royalti'- VK Liew
21:07 Jul 21, 2018  |  By SabahKini2
Elak keliru, Petronas di arah jawab istilah 'keuntungan' dan 'royalti'- VK Liew

Petronas diarahkan menjawab isu royalti 20 peratus. Ketua Menteri Sarawak tidak senang manakala Shafie Apdal pula terkedu dan akan menyemak PM mengenai kenyataan royalti itu.

PUTRAJAYA: Susulan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembayaran royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak dikira berdasarkan keuntungan daripada hasil yang diperoleh di negeri berkenaan Menteri Undang-Undang Liew Vui Keong menggesa Petronas menjelaskan istilah “keuntungan” dan “royalti” kepada rakyat bagi mengelakkan kekeliruan dan kerisauan.

“Kita belum lagi mendengar penjelasan daripada pakar minyak dan gas.

“Nilai 20% daripada keuntungan itu mungkin lebih atau kurang, tetapi sekarang ini saya tak mahu berspekulasi,” kata menteri persekutuan itu.

Pada masa yang sama, Liew menggesa semua pihak jangan membuat sebarang kesimpulan sehingga Petronas sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini.

Apa yang penting ialah kerajaan bersetuju untuk memberikan royalti 20% kepada semua negeri-negeri pengeluar minyak, katanya.

“Kita akan usahakan dinamiknya untuk melihat berapa banyak yang akan diterima Sabah daripada urus janji baru ini.

“Saya belum tengok angka-angka keuntungan Petronas. Saya perlu kaji perkara ini,” katanya.

Netizen dalam media sosial mengecam tindakan kerajaan kerana tidak konsisten dalam pemberian royalti. Royalti bukan berdasarkan keuntungan tetapi hasil jualan kasar.

Sebagai rekod tahun 2017, Sabah menerima RM1.214 bilion dan tahun ini dianggarkan RM1.318 blilion berdasarkan 5 peratus dari jualan kasar.

 

1 Comment