Jika untung kami terima kerana hasil boleh jadi kurang atau lebih- MB Terengganu
02:07 Jul 23, 2018  |  By SabahKini2
Jika untung kami terima kerana hasil boleh jadi kurang atau lebih- MB Terengganu

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pada dasarnya Terengganu hanya akan bersetuju jika pemberian royalti itu memberi keuntungan kepada kerajaan negeri bagi memastikan dana yang diperoleh dapat digunakan bagi pembangunan negeri dan menjaga kepen

MARANG: Kerajaan negeri akan mengkaji keputusan kerajaan Persekutuan memberi royalti 20% kepada negeri pengeluar petroleum berdasarkan keuntungan diperoleh daripada negeri terlibat dengan lebih mendalam.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pada dasarnya Terengganu hanya akan bersetuju jika pemberian royalti itu memberi keuntungan kepada kerajaan negeri bagi memastikan dana yang diperoleh dapat digunakan bagi pembangunan negeri dan menjaga kepentingan rakyat.

“Bagaimanapun jika perdana menteri umum untuk beri royalti 20% berdasarkan keuntungan syarikat pengeluar minyak mengikut negeri, agihan hasil boleh jadi kurang atau lebih daripada yang kita kira sebelum ini.

“Oleh itu, sebelum membuat sebarang keputusan, kita akan tengok dengan lebih jelas lagi mana yang akan mendatangkan keuntungan kepada Terengganu,” katanya ketika ditemui selepas majlis kutipan dana pendidikan di Rusila, semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenai pemberian royalti berdasarkan jumlah keuntungan yang diperoleh negeri-negeri berkenaan.

Pada persidangan Dewan Rakyat 19 Julai lepas, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan komited merealisasikan janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum Mei lepas, termasuk pemberian royalti 20% kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.- FMT

Comment